KOTA KINABALU: Seramai 870 pelajar dari Sabah memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diambil dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Haji Muhiddin Bin Yusin, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan 0.75 peratus pada tahun ini berbanding 594 pelajar mendapat A pada 2009. Bagi PMR 2010 seramai 37,078 calon menduduki peperiksaan itu.
Muhiddin juga berkata untuk tahun ini sejumlah 21, 783 calon memperolehi tahap kelulusan memuaskan minimum (termasuk D) dalam semua mata pelajaran yang diambil, iaitu meningkat 3.95 peratus berbanding kelulusan pada 2009.
PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan untuk empat mata pelajaran teras di mana 96.6 peratus lulus untuk Bahasa Melayu (meningkat 0.51 peratus), 67.2 peratus untuk Bahasa Inggeris (meningkat 3.88 peratus), 89.9 kelulusan untuk Matematik (meningkat 3.44 peratus) dan 94.7 peratus untuk Sains (meningkat .07 peratus).
SM Sains Lahad Datu mencatatkan pelajar yang paling ramai memperolehi 8A dengan 67 pelajar manakala SM Sains Kota Kinabalu dengan 49 pelajar. Kedua-dua sekolah ini mencatatkan kelulusan 100 peratus.
Sementara itu enam sekolah, yang memperolehi sekolah terbaik Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan PMR tahun ini ialah SM Sains Lahad Datu (1.08), SM Sains Kota Kinabalu (1.15), SM Agama Kota Kinabalu (1.57), SMK Agama Inanam (1.7), SMK Tawau (1.95) dan SM St. Micheal Penampang (1.95).
Sementara itu Muhiddin berkata semua pelajar yang memperolehi semua A dalam peperiksaan PMR 2010 juga menjadi pelajar terbaik. -NST
Saturday, December 25, 2010
PMR: 870 pelajar Sabah perolehi A semua mata pelajaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kepada mereka yang lebih lemah, jangan putus asa, teruskan usaha.
ReplyDeletesatu pencapaian yang amat baik. teruskan pencapaian seperti ini.
ReplyDeletetahniah atas pencapaian yang amat baik.
ReplyDeletediharap pencapaian pelajar Sabah akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
ReplyDeletetahniah di atas kejayaan para pelajar dan juga sekolah-sekolah yang mendapat pencapaian terbaik.
ReplyDeleteCongrats to these 870 students. Obtaining all As is not easy but still they manage to do it. Bravo!
ReplyDeleteHopefully the number of students score all As in PMR will increase next year.
ReplyDeleteWah Taniah. kalau selalu macam begini kan bagus :)
ReplyDeletePencapaian yang baik dan kalau boleh pastikan kejayaan sebegini terus dikecapi.
ReplyDeletetahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. teruskan usaha..
ReplyDeleteBaguslah kalau macam tu.
ReplyDeletepencapaian baik tapi masih belum ada sekolah di sabah yang layak menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT..
ReplyDeleteTahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDelete