Seorang remaja yang sepatutnya mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Wong Kim Huo di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Michelle, 15, maut di tempat kejadian akibat dilanggar oleh dua kenderaan jenis Perodua Kenari dan Proton Saga ketika sedang melintas jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa cuba melintas jalan untuk pulang ke rumah neneknya bersama dua orang sepupunya.
Namun katanya, mangsa dipercayai terlebih dahulu berlari untuk melintas jalan berkenaan tanpa menyedari akan kehadiran kenderaan berkenaan lalu dilanggar Perodua Kenari tersebut, mengakibatkan dia terpelanting ke laluan bertentangan.
"Mangsa yang tercampak ke seberang jalan kemudiannya dilanggar oleh sebuah Proton Saga menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya dekat Kanowit dan akan dibawa pulang ke rumah oleh ibunya yang sedang dalam perjalanan menuju ke rumah neneknya di Jalan Lanang.
Shafie menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sibu. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Utusan
Saturday, December 25, 2010
Pelajar PMR maut dirempuh kereta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.