WESTON: Penduduk di empat buah di Kampung Weston dan Kampung Lubok terpaksa menggunakan air sungai apabila apabila bekalan air masih gagal disalurkan oleh Jabatan Air sejak seminggu lalu.
“Tidak ada air sejak 5 hari lalu dan kami terpaksa menggunakan air sungai setiap hari”,kata seorang ibu tunggal yang ditemui oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan, Hj Ahmad Mumin yang turun padang ke Pekan Weston pada Isnin berikutan banyak aduan mengenai masalah bekalan air di empat buah kampung di Pekan Weston membabitkan 5,000 pengguna
“Setiap kali cuti umum,bekalan air juga cuti mesti,” dakwanya sambil memberikan contoh bekalan air telah gagal disalurkan sehari sebelum perayaan Krismas sehinggalah kehari ini begitu juga masa bulan Ramadan lalu.
Penduduk ini berkata kini mereka terpaksa menggunakan air masin untuk mencuci pinggan mangkuk dan pakaian malah terpaksa menggunakannya untuk mandi.
Pengerusi JKKK Kg Hulu, Azahari Ibrahim yang mengiringi PKR meninjau dari rumah ke rumah itu berkata pada September lalu ketika umat Islam mula menyambut ketibaan Ramadan,bekalan air juga tidak dapat dibekalkan dan hanya pulih sehari sebelum hari raya.
“Itupun setelah penduduk marah dan mahu mengadakan protes dan kempen membuka meter-meter air dan mengembalikannya ke Pejabat Jabatan Air,” tegasnya.
Katanaya, selaku Pengerusi JKKK beliau menerima banyak aduan dari para penduduk yang cukup marah dan mahu mengadakan protes beramai-ramai dengan kempen membuka meter air dan mengembalikan meter tersebut ke Jabatan Air.
New Sabah Times yang dihubungi oleh seorang penduduk berkata,mereka melahirkan rasa kecewa kepada prestasi kerja Jabatan Air yang tidak produktif untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada rakyat.
“Seperkara yang menjadi kenyataan ,setiap kali cuti umum maka bekalan air juga akan turut bercuti”,katanya Beliau menambah kekerapan gangguan bekalan air menyebabkan penduduk rasa amat tertekan kerana ianya memberikan pelbagai kesusahan malah menjejaskan keceriaan dan aktiviti kehidupan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.
“Minggu lalu juga berlaku gangguan bekalan air hampir seminggu,sekalipun dipulihkan namun bekalan air hanya dapat diperolehi pada tengah malam,menyebabkan penduduk berkangkang mata menyimpan bekalan air tetapi kali ini belum pun sampai seminggu bekalan air kembali bermasalah,” dakwanya.
Beliau berkata para penduduk sudah muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Jabatan Air setiap kali berlakunya gangguan.
“Banyak kali kita menghubungi Jabatan Air namun mereka sering memberikan alas an yang sama iaitu pam rosak dan paip pecah,alasan itu sudah tidak boleh diterima kerana masalah itu sudah sekian lama berlaku justeru itu mengapa tidak ada usaha mengatasinya sehingga gangguan bekalan air berlaku berhari-hari”,katanya
Masalah bekalan air di Pekan ini yang turut membabitkan Kampung Lubok seperti tidak berpenghujung dan tidak ada tanda-tanda atau tindakan Jabatan Air untuk mengatasinya berdasarkan kepada kekerapan berlakunya gangguan bekalan air
Ahmad mendesak agar Jabatan Air segera menyelesaikan masalah bekalan air.
“Ianya cukup memberikan kesengsaraan kepada penduduk yang terpaksa menggunakan air sungai dan bagi mereka yang tidak mampu memiliki atau mempunyai tangki akan lebih terasa dengan masalah ini”,katanya. -NST
Friday, December 31, 2010
Penduduk Weston kecewa bekalan air turut 'cuti' setiap kali musim perayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.