KENINGAU: Minum arak di khalayak ramai yang cuba ditonjolkan secara berani oleh anak-anak remaja di bandar kecil ini, menimbulkan kegusaran rata-rata ibu bapa di daerah ini.
“Situasi ini amat menakutkan,” demikian kebimbangan Pengerusi PIBG SK Panagatan , Mohd Khairil Abdullah, 42.
Khairil yang merupakan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pensiangan, tergamam ketika melihat gelagat sekumpulan anak-anak remaja yang sedang minum arak dan merokok, di salah satu lorong di bandar kecil itu berkata: “Perbuatan berani anak-anak remaja itu boleh mempengaruhi remaja yang lain, untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat itu,”.
Sejak lebih seminggu yang lalu akhbar ini bersama sekumpulan aktivis masyarakat, melakukan pemantauan ke atas aktiviti anak-anak remaja di sekitar bandar kecil Keningau, sebagai reaksi kebimbangan yang diluahkan oleh ibu bapa di daerah ini.
Hasil pemantauan mendapati, sebahagian besar remaja terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat, seperti minum arak di khalayak ramai, merokok, menganggu ketenteraman awam selain terlibat dalam aktiviti vandalisme.
Sasaran pemantauan dijalankan di Kompleks Pegalan, Kompleks Arshad, Nabawan Shoping Compleks dan Fuu Loong Shophing Compleks.
60 peratus daripada 500 remaja yang ditemui dikalangan pelajar sementara selebihnya bekas pelajar dan remaja dikalangan anak-anak warga asing yang berpeleseran.
Pecahan gander pula mendapati 60 peratus daripada mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat, seperti pengambilan arak dan syabu.
Kumpulan pemantau mendapati sekurang-kurangnya 30 peratus remaja wanita terlibat sebagai pengunjung pusat hiburan, sama ada bekerja sebagai pelayan atau mengikut rakan-rakan lelaki. 20 peratus daripada mereka dikalangan remaja yang masih belajar di beberapa buah sekolah menengah di daerah ini.
“Generasi pelapis kita sudah jauh dihanyutkan oleh arus pengaruh,” jelas Khairil dan menambah, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan masa depan gernerasi itu.
Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohamad ketika memberi reaksi mengenai hasil pemantauan itu berkata, ibubapa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menyelamatkan masa depan anak-anak mereka.
“Polis melihat masalah ini amat serius,” katanya dan menambah, pemimpin disetiap kampung khususnya pengerusi JKKK dan Ketua Kampung, perlu memikirkan sesuatu yang mengekang kehadiran anak-anak remaja ke bandar.
Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno menekankan, sekatan terhadap pengaruh perlu dibuat bagi menangani masalah supaya tidak berterusan.
Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah berkata, penegasan terhadap institusi keluarga perlu diperkasakan selain pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
“Saya melihat pengaruh adalah elemen di sini, dan kita perlu berfikir bagaimana elemen itu bukan menjadi penyebab kepada kehancuran masa depan generasi kita,” katanya.
Beliau mahu supaya pengerusi JKKK dan Ketua Kampung kreatif untuk menyediakan tumpuan remaja, sebagai usaha untuk menghalang mereka ke bandar untuk mencari hiburan.
“Sesuatu yang lebih baik daripada bandar, dan menepati gelagat golongan remaja,” katanya.
Ibubapa yang ditemui pula menuding jari bahawa anak-anak warga asing yang berpelesiran, tidak mempunyai halatuju serta dibesarkan di bawah alamsekitar yang tidak sihat, sebagai pengaruh besar kepada anak-anak remaja tempatan. -NST
Wednesday, December 1, 2010
Gejala remaja minum arak meningkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keruntuhan moral masyarakat.
ReplyDelete