PERTAMA sekali perlu dijelaskan di sini bahawa, saya bukan pengamal politik atau belum lagi menjadi pengamal politik, tetapi saya tetap mengambil peduli; bahkan setiap warga pribumi Borneo sememangnya wajar mengambil peduli tentang akibat neraka kehancuran politik yang ditimpakan oleh pengamal politik Melayu UMNO dan barua-baruanya ke atas ketahanan peradaban waktu muka North Borneo (Sabah) hatta abadi.
Lantaran itu, sebagaimana yang pernah saya sentuh dalam siri paradigma yang lepas bahawa, wilayah Sabah di awal tahun 1970-an, sah pernah membentuk atau melahirkan sebuah kerajaan yang begitu berjaya memimpin atau mengemudi Sabah menjadi sebuah wilayah yang paling maju di Malaysia, sehingga kemajuan dan kemewahannya melimpah ke Sarawak melalui pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajarnya dalam bentuk biasiswa Yayasan Sabah.
Walau bagaimanapun, kerajaan (parti USNO) yang saya maksudkan tidak bertahan lama, kerana dimangsakan atau dikuburkan oleh percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah melalui pengwujudan parti politik (parti Berjaya), yang sengaja diwujudkan atau ditaja pengwujudannya oleh pimpinan melayu UMNO demi kepentingan politik jangka panjang mereka di bumi Sabah gamaknya.
Justeru, kemuncak akibat pengwujudan parti Berjaya tajaan melayu UMNO tidak lain, melainkan dalam tempoh yang singkat sahaja percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah seakan mustahil dapat didamaikan untuk diyakinkan, bahawa sanya pengwujudan parti Berjaya untuk Sabah sebenarnya berintipatikan muslihat terkotor peringkat tinggi Melayu UMNO yang amat berbahaya bagi kelangsungan kemajuan Sabah.
Namun begitu, sebilangan besar warga Sabah tidak mempercayainya atau telah mengabaikannya, lantas warga Sabah begitu gembira atau dilanda tsunami kegembiraan dengan mengadakan pesta besar-besaran bagi meraihkan kekalahan parti USNO di tangan parti Berjaya tajaan Melayu UMNO.
Bahkan, gelombang tsunami kegembiraan warga Sabah di atas kehandalan parti Berjaya mengalahkan parti USNO juga, telah disusuli dengan pesta berganda berikutnya, tatkala Labuan diserahkan kepada Melayu UMNO untuk dijadikan Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984, yang dianggap pula oleh pimpinan Melayu UMNO sebagai pengorbanan besar kerajaan Sabah (parti Berjaya) terhadap Melayu UMNO lantaran sanggup mengenepikan kepentingan warga Sabah dengan menyerahkan Labuan kepada Wilayah Persekutuan demi kepentingan warga Malaysia (sebenarnya warga Malaya) apa nama kononnya.
Dengan ungkapan lain, kuasa kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Berjaya, yang berketuakan ‘Harris Salleh Alpakistani’ memang sah hanya boneka kepada ‘Mamak Mahathir Mohamad Iskandar Kutty’ yang berselindung disebalik parti Melayu UMNO gamaknya.
Tegasnya, parti Berjaya adalah sebuah kerajaan yang dipaksakan secara penipuan mendalam dengan muslihat terjijik ke atas jiwa dan minda warga Sabah oleh para gerombolan Melayu UMNO sebagai sarjana agung dalam berbohong. Justeru, secara benarnya, parti Berjaya adalah sebuah instrumen pengembaraan politik busuk untuk warga Sabah menuju ke muara kemiskinan dan kehinaan terkutuk yang berpanjangan hatta kini.
Sesungguhnya, sebuah impian untuk membangun dan memajukan sesebuah wilayah tidaklah semudah menyebutnya. Tetapi, sebelum pengwujudan parti Berjaya di Sabah yang ditaja oleh Melayu UMNO, betapa Sabah pernah sampai dikemuncak kemajuan dan kegemilangannya sebagai sebuah wilayah yang kaya dan mewah, justeru Sabah yang termaju di seantero Malaysia.
Yang demikian, di kala Sabah sebagai sebuah wilayah yang gemilang dan begitu mewah di zaman kerajaan parti USNO, maka apakah lagi yang hendak warga Sabah inginkan sebenarnya? Atau, kerajaan dalam bentuk orientasi pimpinan bagaimanakah lagi yang warga Sabah mahukan sebenarnya?
Lantarannya, warga Sabah tergamak melahap umpan beracun yang dipasang oleh Melayu UMNO, melalui jorannya parti Berjaya untuk meranapkan parti USNO!
Sesudah warga Sabah melahap umpan beracun Melayu UMNO yang dipasang melalui jorannya parti Berjaya, disamping membungkus dan memnyumbat parti USNO di kolam najis kekalahan demi kekalahan, akhirnya hari ini dan sekarang, standard apakah yang warga Sabah dapat, selain bangkai busuk kemiskinan dan kehinaan?
Sebagaimana hari ini dan sekarang, Sabah tercampak atau memang sengaja dicampak di lembah gaung dan longkang wilayah bangsat yang termiskin dan terhina di seantero Malaysia oleh pimpinan Melayu UMNO dan barua-baruanya. Justeru, yang tinggal untuk warga Sabah hanyalah mata putih berbekalkan pepatah purba ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’ gamaknya.
Oleh yang demikian, betapa penyerahan atau penghambaan jiwa dan minda warga Sabah kepada Melayu UMNO selama ini dan mungkin berikutnya, bukanlah buah yang bagus dari realiti idea yang bermoral tinggi untuk warga Sabah; dan lagi, bukan juga sebagai gambaran jatidiri dari realiti kewarasan agung bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana yang telah dicadangkan dalam intipati Perjanjian 20 Perkara yang menjadi imej autonomi Sabah dalam gagasan Malaysia.
Sebaliknya, realiti warga Sabah kini bukan lagi seakan, bahkan memang pun sahih sedang mempersembahkan sebuah pengakuan mendalam, bahawa secara majoritinya masih belum memahami hakikat kekuatan fungsi kuasanya, dalam konteks sebuah negara bersekutu yang berprinsip demokrasi, bahawa sanya kuasa undi atau kuasa mengangkat pemimpin politik ditangannya cukup kuat untuk menghapuskan atau meranapkan kepembohongan dan kepenipuan melampau lawan, iaitu Melayu UMNO yang hanya berpura-pura bersifat kawan ke dalam longkang kekalahan dan keranapan di persada demokrasi.
Lantas, di sinilah terletaknya amanah dan tanggungjawab besar pasukan cendekiawan Sabah, untuk memberi kesedaran dan keinsafan jitu secara serius dan dedikasi kepada seluruh warga Sabah, agar tidak selamanya boleh diperbebal atau dipertolol oleh para gerombolan panglima dubur keris bersilang atas nama Melayu UMNO (United Malays National Organisation) atau Melayu BN (Barisan National) sebagai sarjana agung dalam berbohong gamaknya.
Justeru, jika hanya seorang warga Sabah yang diperjahil oleh Melayu UMNO itu mungkin perkara biasa, jika seluruh pimpinan parti-parti politik bersifat tempatan Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah luar biasa, tetapi jika seluruh warga Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah melampau, dan jawapan tegas yang dinamik dan komprehensif adalah kebangkitan holistik warga Sabah, ke arah menghapuskan sama sekali parti Melayu UMNO dan semua parti yang bersifat Malaya serta proksi-proksi yang tergamak menjadi penjilat dan talibarutnya.
Dan tidak syak lagi, bahawa ianya merupakan eka cabaran terbesar bagi warga Sabah untuk membasmi mereka (Melayu UMNO dan talibarutnya) sebagai kerajaan di Sabah hingga ke akar-akarnya secepat mungkin dari muka bumi Sabah dan lagi, demikianlah sebenarnya sifat dan hakikat kedaulatan Negara Sabah yang dimaksudkan atau diinginkan oleh intipati ‘Perjanjian 20 Perkara’ sebagai pokok yang menjadi pagar emas dalam konteks pembentukan Malaysia.
Sesungguhnya kerajaan bukan hanya sebagai wakil rasmi masyarakat dalam usaha mengemudi perihal negara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, tetapi juga yang lebih penting lagi adalah, yang berhubung dengan ketelusan dan kecekapan mengurus tadbir sumber ekonomi negara demi kebajikan semula bersama masyarkat.
Dalam lukisan kasar amanah dan tanggungjawab kepemimpinan seorang pemimpin mengaturcara sumber ekonomi negara, demi kebajikan semula bersama masyarakat, justeru masyarakat berhak menghancurkan kuasa kerajaan Melayu UMNO dan barua-baruanya yang diangkat menjadi pemimpin, tetapi menyeleweng dengan hidup hanya sebagai parasit.
Betapa pemimpin atau pimpinan Melayu UMNO dan talibarutnya yang hanya sarat dengan pelbagai tingkah laku durjana laksana parasit, bukan sahaja membebankan masyarakat, bahkan akan mengotorkan kelangsungan sejarah murni negara bangsa Borneo, khususnya yang berhubung dengan perjanjian 20 perkara sebagai otak dan asas kedaulatan Sabah dalam konteks gagasan pembentukan Malaysia, atau dengan ungkapan lain, cabaran kedaulatan Perjanjian 20 Perkara tidak mungkin menjadi kenyataan untuk kekal hanya sebagai bayang-bayang tanpa keberanian impian bersepadu segenap jiwa dan raga warga Sabah untuk menggapainya.
Oleh: NASPAZI (sabahkini)
Wednesday, December 15, 2010
HANCURKAN KERAJAAN PARASIT DI SABAH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apakah semua rakyat sabah berfikir seperti anda atau berfikir cara anda?
ReplyDelete