Sunday, February 3, 2013

BN bawa ‘Psy’ ke sambutan Tahun Baru Cina P. Pinang

Pembangkang Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bakal mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah Han Chiang pada 11 Februari ini, mengikuti langkah kerajaan negeri DAP yang turut mengadakan himpunan besar-besaran di lokasi yang sama sebelum pilihan raya 2008 lalu.

Bagi menarik orang ramai, BN akan membawa penyanyi terkemuka "Gaya Oppa Gangnam", Psy ke rumah terbuka dan dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu tetamu termasuk pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penyanyi berasal dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu.

Rumah terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan merupakan salah satu strategi utama BN untuk memenangi semula negeri perindustrian dan pelancongan di utara Malaysia itu.

Semasa kempen pilihan raya 2008, padang sekolah Han Chiang menyaksikan ceramah terbesar anjuran DAP yang dihadiri ribuan rakyat di Pulau Pinang.

Selepas itu, DAP dan rakan parti komponennya berjaya menakluk Pulau Pinang daripada BN, menyaksikan Umno sebagai parti tunggal dalam pembangkang dengan hanya 11 kerusi daripada 40 kerusi dewan undangan negeri.

The Malaysian Insider difahamkan rumah terbuka Tahun Baru Cina merupakan salah satu langkah yang akan diambil oleh pengerusi negeri BN Teng Chang Yeow untuk cuba memenangi semula Pulau Pinang pada pilihan raya tahun ini.

Dalam temubual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Teng berkata BN aka cuba fokus untuk mempelbagaikan ekonomi negeri terutamanya pelancongan, sambil mendakwa kerajaan BN sebelum ini yang telah berkempen untuk pengiktirafan status Tapak Bersejarah Dunia UNESCO di Georgetown dan pembesaran lapangan terbang negeri.

Kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa pembubaran dewan negeri sebaik Najib memanggil pilihan raya tahun ini. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat akan berakhir pada 2 Mei, empat hari selepas mandat kerajaan pusat BN berakhir.

Najib telah memberikan isyarat pilihan raya sudah semakin hampir dengan partinya Umno sudah mengarahkan semua cawangan membukan bilik gerakan bermula semalam.

Sejumlah 13.3 juta pengundi berdaftar akan membuang undi mereka pada pilihan raya kali ini bagi merebut 222 kerusi pusat dan 505 kerusi dewan negeri di 12 negeri bersama tiga kawasan Persekutuan.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya pada tahun lepas. -TMI

47 comments:
Write comments
  1. kita kena faham kan kerajaan di bawah kepimpinan najib tengah nak minopos

    ReplyDelete
  2. eheheh.....lantaklah kau BN....bagi Angpau benyak-benyak, bagi balik duit rakyat yg telah engkau disonglap selama ini....

    ReplyDelete
  3. Persatuan Cina teruk kena hentam oleh UMNO dan bukan oleh MCA trutama persatuan cina Selangor. Kini ada berita berita baru yg PM umum subsidi berpuloh ribu kpd sebuah ersatuan cina di PP. Sekolah Agama Rakyat ( SAR) ada ke dpt bantuan PM tu? BR1M entah berapa kali, BL1M pun dah kecoh dgn pengusaha Sekolah Memandu, harga sawit dah jadi RM250 satu tan selepas peneroka dpt 'durian runtuh' dr PM. Yg pasti peneroka dah nak mampuss.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. RM1juta bakal dhabiskan Najib bagi mmbawa penyanyi Gangnam Style ke PP utk meraikan Tahun Baru Cina. Persembahan selama 60 minit dgn lagu2 rakaman jer pun. Hebatkan PM kita yg disanjungi oleh sesetangah pancacai?

    ReplyDelete
  5. Memang org2 BN ini suka sangat dengan benda2 keduniaan,
    memenuhi kehendak nafsu.........

    ReplyDelete
  6. Mesti ramai orang datang ini kalau begini.

    ReplyDelete
  7. Orang BN Sajakah? Pihak lain tidak suka kah. Takut nanti didedahkan ada pula yang bising.

    ReplyDelete
  8. Tidak apa simpan dahulu itu. Yang pasti BN akan cuba yang terbaik untuk mengambil semula PP daripada tangan DAP.

    ReplyDelete
  9. Psy adalah artis yang terkenal hanya dengan 1 Lagu dan Tarian saja.

    ReplyDelete
  10. Pasti sambutan tahun baru ini akan lebih meriah lagi dengan artis jemputan ini.

    ReplyDelete
  11. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepercayaan dan sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  12. Perdana Menteri berkata melalui pelbagai persemukaan yang dilakukannya sejak tiga tahun lepas, trend sokongan kaum tersebut itu semakin meningkat dan menggalakkan walaupun peratusannya lebih rendah berbanding masyarakat lain.

    ReplyDelete
  13. "Dia rendah tetapi trend adalah ke arah meningkat. Saya percaya kalau proses persemukaan kita jalankan secara berterusan, pelaksanaan program dapat dirasai oleh sebahagian besar masyarakat dan kita membuat pertimbangan yang adil, saya rasa peratusan sokongan boleh terus meningkat," katanya.

    ReplyDelete
  14. Perdana Menteri berkata secara realitinya kerajaan sedar masih ada kelompok 'atas pagar' yang belum membuat keputusan berkaitan sokongan terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Ditanya apakah yang disasarkan beliau dalam konteks sokongan masyarakat Cina kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib berkata adalah mustahil untuk mendapat sokongan 100 peratus dalam sistem demokrasi berparlimen.

    ReplyDelete
  16. "Yang penting bagi kita ialah mendapat sokongan yang membolehkan kita memenangi satu-satu kerusi, apatah lagi ia kerusi Parlimen. Kita nak majoriti dalam kawasan tersebut untuk memihak kepada BN," katanya

    ReplyDelete
  17. Mengenai sama ada beliau risau dengan kecenderungan mengundi masyarakat Cina yang dilihat agak sukar difahami, Najib menegaskan semua kaum adalah penting dan perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete
  18. "Saya telah nyatakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua, bererti tanggungjawab saya mestilah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua kaum. Dan melalui usaha kita untuk membuat 'engagement' dan komunikasi yang baik, maka kita berharap bahawa mereka akan memberi sokongan kepada kita bila sampai masanya," tegas beliau.

    ReplyDelete
  19. Perdana Menteri berkata beliau lebih memahami sikap, aspirasi dan harapan kaum Cina terhadap kerajaan, hasil persemukaan dengan masyarakat itu.

    ReplyDelete
  20. Najib mengajak masyarakat Cina supaya bersama-sama kerajaan menjayakan agenda transformasi negara kerana tanpa kerjasama semua pihak, agenda besar itu tidak mungkin dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  21. Aku tak mahu GANGNAM tapi aku mahu GANYAM pemimpin umno.biar mampoih

    ReplyDelete
  22. Selasiah said...
    February 4, 2013 at 1:09 PM

    Kalau menang pon hasil dari undi pos dan penyokong umngok yang jenis lembu macam lu!

    ReplyDelete
  23. mewah dan boros berbelanja akibat nya rakyat lah yang akan menderita dengan hutang yang tak akan pernah selesai sampai masuk dalam kubur...

    ReplyDelete
  24. rakyat terlompat lompat sbb gembira dapat BRIM yang cuma rm500 saja. psy yg umno import bakal terlompat lompat dlm masa beberapa minit saja dapat hampir sejuta RM.

    kesian rakyat 1meloya''

    ReplyDelete
  25. Nampak tak selepas peneroka dpt durian runtuh baru2 ini? Sekarang apa dah jadi,harga sawit turun mndadak pertan. Yg pasti harga tak jatuh dpasaran dunia hanya Felda yg beli dgn harga murah ( spt arahan PM) kemudian jual kpd pasaran dunia harga mahal. Conoth mudah,mereka beli dgn peneroka harga gred c sedangkn minyak sawit yg trhasil adalah gred A. Berapa bezantara harga tu? Cover balik durian runtuh yg Felda istihar tempohari. Haaa..sama lah jika BN menang lagi salapas ini, confirm dia kaut balik dr rakyat apa yg dah diberi melalui BR1M, TR1M, BL1M atau apa2 subsidi yg dah trkeluar.

    ReplyDelete
  26. Anon 4, 2013 @ 11.49

    Itu kan kerja BN -Penipu Rakyat, fren - kita sama2 pastikan BN melingkup dalam
    PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  27. Wahai pencacai BE END,bersedialah menghadapi tsunami kekalahan.Najib perompak n rosmah penyundall.

    ReplyDelete
  28. Artis tempatan pupuskah? RM1 Juta BN sedekah pada artis luar negara artis Malaysia cukup bagi BRIM. Pintar Najib!

    ReplyDelete
  29. Ni dinamakan kera dihutan disusukan.. anak dirumah kelaparan. pada Zed Zaidi. .toksah melalak lelebih. bukan kah nko penyokong kuat UMNO..?? ingat jadi ahli UMNO spesial ker..?? korang hanya sesuai utk buat persembahan dipentas pentas utk golongan yg berjaya disesatkan oleh UMNO...tapi jgn bimbang.. 75%.. Psy akan membatalkan pesembahan dia kerana desakan kuat dari peminat yg tidak mahu melihat dia menjadi kuda tunggangan UMNOBN.. biarlah dia kekal dgn kuda mengawan....

    ReplyDelete
  30. tak de menarik sngt dgn PSY ni.. tp ramai pla minat..huhu..

    ReplyDelete
  31. Jom kenali Pecacai angkat najis LEMBU...TERRORIST,HEADHUNTER,MANTRA,SANIH..Tukang komen UMGOK BODOH PIANG.

    ReplyDelete
  32. Lanjutan dari penyiaran artikel tersebut, khabarnya berpuluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak di Sabah, dan tambah mengejutkan lagi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri diketuai Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail pada 11 September 2012, tampil mengadakan sidang media bersama, menafikan bahawa laman web tersebut ada kaitan dengan mereka.

    ReplyDelete
  33. Sesuatu yang jarang berlaku dalam hal yang penting sekalipun, apatah lagi bagi mengecam sebuah laman web. Agak menakjubkan juga, setelah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut hadir dalam sidang media tersebut), meminta supaya artikel ini dikeluarkan dari laman web itu, artikel tersebut memang betul-betul dikeluarkan, malah ada permohonan maaf pula dibuat penulis artikel tersebut!!

    ReplyDelete
  34. adi persoalannya disini, benarkah Pakatan Rakyat tidak ada kaitan dengan laman web itu? Kalau tidak ada kaitan bagaimana pula pengendali laman web ini ‘akur’ dengan permintaan Tuan Ibrahim? Pada saya, tidak logik perkara ini berlaku secara kebetulan

    ReplyDelete
  35. Dari pemerhatian saya di laman-laman facebook yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, ada tuduhan yang mengatakan laman web tersebut adalah diuruskan oleh UMNO sendiri, kononnya hasil satu konvensyen media sosial (tidak dinyatakan dimana) yang memutuskan supaya UMNO/BN menubuhkan web tersebut dalam usaha memerangi Pakatan Rakyat di Internet.

    ReplyDelete
  36. Sebagai seorang yang aktif di dalam konvensyen media sosial yang diadakan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, saya tidak pernah ingat program mana satu yang memutuskan perkara sedemikian. Dalam setiap konvensyen, yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memantapkan lagi usaha memerangi adu domba fitnah dan putar belit pembangkang.

    ReplyDelete
  37. Tidak pernah wujud dalam ingatan saya, ada satu konvensyen yang memutuskan untuk mewujudkan laman web sedemikian. Lagipun kos untuk mewujud dan mengendalikan laman web tersebut bukan murah. Siapa yang mahu menanggung semua kos tersebut?

    ReplyDelete
  38. Itu satu hal, satu hal yang lain mencari penulis berkaliber yang mampu ‘membawakan peranan palsu’ sedemikian? Maka itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan sama ada laman web ini benar-benar palsu atau sememangnya berada dibawah kendalian Pakatan Rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  39. Setelah beberapa hari memerhati dan memantau perkembangan laman web tersebut, saya berani mengesahkan disini bahawa laman web ini adalah milik Pakatan Rakyat dan diuruskan oleh mereka yang ada kepentingan langsung dengan PKR, terutama sekali penyokong Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  40. satu-satunya bukti yang digunakan penyokong Pakatan Rakyat di facebook untuk mengatakan web ini web palsu ialah kerana laman ini tidak segan silu mengecam pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Itu sahaja, tidak ada bukti lain.

    ReplyDelete
  41. Cakap yang mengaitkan kononnya kewujudan web ini hasil konvensyen media sosial UMNO juga, hanya satu kata-kata, tidak ada bukti. Hakikatnya, perkara ini (mengecam pemimpin sendiri) sepatutnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kita tahu bukan semua orang bersetuju dengan pemimpin walaupun dari parti yang sama.

    ReplyDelete
  42. Apatah lagi dalam situasi pakatan tidak rasmi seperti Pakatan Rakyat ini yang ‘memaksa’ PAS, DAP dan PKR untuk bersatu dengan tujuan menumbangkan BN dan membentuk kerajaan semata-mata.

    ReplyDelete
  43. Satu perkara yang jelas, setelah telah meneliti banyak artikel-artikel yang dikeluarkan laman web suarapakatanrakyat.com sebelum ini, saya mendapati mereka memang konsisten untuk tidak mengecam Anwar secara keterlaluan.

    ReplyDelete
  44. Memang ada artikel yang seakan ‘mengecam’, antaranya berkenaan Seksualiti Merdeka, tapi itu terlalu lembut untuk dipanggil menegur sekalipun, apatah lagi mengecam. Nak mengekalkan konsistensi yang semacam ini bukan mudah.

    ReplyDelete
  45. Kalau laman web palsu, saya pasti akan ada satu di antara beratus artikel yang telah dikeluarkan laman web ini yang ‘tersasul’ mengecam Anwar dan DAP secara keras, tapi setakat yang telah saya baca (dari Ogos 2011 hingga sekarang), tidak ada.

    ReplyDelete
  46. Menariknya, dimuka hadapan laman web ini, gambar Anwar diletakkan dengan petikan “manusia suci” – menggambarkan ketaksuban pengendali laman web ini kepada Anwar Ibrahim, walaupun ada yang mengaitkannya sebagai keterlaluan dan sengaja dibuat. Tapi jangan lupa, mereka konsisten mempertahankan Anwar pada setiap masa.

    ReplyDelete
  47. NAJIB kat Penang dgn kump PSY nyer...Are you ready for PSY,??Yaa. Are you ready for Bn,??Noooo. Alamak! malu nyer akuuu.(dlm hati NAJIB)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.