NEW YORK - Pihak pengurusan majalah High Societymenawarkan AS$60,000 (RM185,580) kepada seorang guru wanita, Melissa Petro untuk bergambar dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Tawaran itu menyamai dengan gaji tahunan guru itu selama setahun.
Majalah itu membuat tawaran tersebut selepas guru itu mendedahkan dalam laman blognya bahawa dia pernah menjadi pelacur.
Pada awal bulan ini, guru itu menulis dalam ruangannya di akhbar Huffington Post yang menyatakan pada Oktober 2006 hingga Januari 2007, dia memperoleh wang sebagai pertukaran untuk perkhidmatan seks.
Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyatakan sokongannya berhubung desakan supaya guru itu tidak lagi mengajar.
Ekoran pendedahan itu, guru tersebut telah ditukarkan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.
Seorang wakil majalah High Society, Daniel Nardio memberitahu akhbar itu, jika guru tersebut menerima tawaran untuk berbogel, gambarnya akan disiarkan untuk edisi Disember depan. - Agensi
Friday, February 1, 2013
Guru wanita ditawar RM185,580 untuk berbogel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kepada admin sabahdaily, apakah tujuan nya menyiarkan berita atau laporan atau artikel sebegini pada blog ini?? saya lihat blog ini secara 'halus' cuba untuk menerapkan pemikiran seksual kepada pelawat dengan bnyk menyiarkan berita yg berkaitan salah laku seksual.
ReplyDeleteTidak malu kah kamu pada satu sudut kamu menyiarkan artikel berunsurkan islamik dari segi hukum-hukum agama, hadis-hadis dan sirah-sirah para solihin tetapi dalam masa yg sama benda maksiat juga diselitkan?
saya sokong kamu PS. kalau dilihat pun tidak ada kewajaran menyiarkan berita atau artikel tersebut, tiada manfaat pun kita dapat. harapan agar ianya dapat diperbaiki. selitkan lah artikel2 yang positif.
ReplyDeleteSuka hati empunya blog lah.... nak baca sialakan... tak nak baca abaikan... pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan dan pertanggungjawaban sendiri tentang kandungan blog ini... PAYOR...
ReplyDeleteini blog dia maaa, dia punya tau la. bukan pun dia kena bayar....
ReplyDeleteJgn rosakkan lagi pemikiran rakyak M'sia yg sudah rosak.
ReplyDeleteSaya mengacam sekeras-kerasnya admin sabahdaily yg suka menyairak berita-berita lucah dan tidak bermoral..mau ajar orang sabah kah buat begitu kerana secara tidak langsung memberikan contoh tidak bermoral kepada orang2 sabah terutama orang2 muda ....baik hentikan lah perbuatan kamurang nee...kalau kamurang seorang islam pasti kamurang tahu bahawa kerja seperti menghebahkan perbuatan maksiat kamurang akan dapat dosa sebanyak mana orang membaca artikel tersebut ....
ReplyDelete