Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata kerajaan dan Lembaga Tabung Haji bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.
"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.
"Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.
Beliau juga berkata TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji Khamis ini.
"Pada masa kini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan," katanya.
Jamil Khir turut menasihati bakal haji supaya mengikuti kursus haji di bawah bimbingan 360 pembimbing di seluruh negara.
Mengenai muzakarah tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 4 Feb ini, beliau berkata ia bagi membincangkan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan bimbingan ibadah haji.
"Melalui majlis ini, pelbagai isu mengenai ibadah haji diketengah dan dibahaskan bagi mencari penyelesaian terbaik serta bernas dari aspek teori dan aplikasinya," katanya. BERNAMA
Sunday, February 3, 2013
Tambang Haji Kekal RM9,980
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan gunakan duit pencarum Tabung Haji utk projek one off sudahlah.. seperti duit KWSP yg digunakan utk BR1M... satu lagi projek Barisan Nasional..!!
ReplyDeletesebenonya sapa yg topup lebihan kos tersebut? jawapnya orang awam yg ambik package (antara 20-60K sorang) bukanya tabung haji, dalam 28K visa haji setahun anggaran dalam 40% adalah package selebihnya haji biasa (9980)...tbhaji buat business melalui package sbb tur bila hang daftar haji 40 tahun akan datang baru boleh gi...sbbnya limit haji biasa bukannya 28k yg arab kasi..tapi lebih rendah sbb thaji kasi lebih pada package utk cover-up kos dan make some profit
ReplyDeleteCEO Lemb Tabung Haji tu elaun bulanannya RM70 000 sebulan. Duit dr mana tu? Haa,tu la duit pencarum semua. Nak pergi buat haji tu..kena tunggu 25 thn lagi,kah kah kah. Gila dunia nih. Konon atas alasan kesesakan la, kos mningkat le,visa le. Hanya jgn sampai, dosa pakcik makcik yg trbantut nak kerjakn haji,ditanggung oleh Lemb Tabung Haji sudah le dan yg pasti trpalit sama KERAjaan BeEnd.
ReplyDelete**888
Sebelum ini banyak pihak yg merupakan ejensi mmbawa jemaah ke Mekah. Maknanya msyarakat nak ke Mekah tiada masalah,asalkn brduit shj. Ada juga yg ke negara jiran trutama Bangkok utk ke Mekah. Sampai juga mereka ke sana dn mngerjakn Rukun Islam ke 5. Lama kelamaan dan sehingga hari ini seolah2 pihak yg digelar ejensi mmbawa jemaah haji ke Tanah Suci spt disekat oleh pihk KERAjaan melalui Lemb Tabng Haji. Berbagai alasan yg telah diutarakn mngenai sekatan itu sehingga visa tidak dikeluarkn oleh Kedutaan Arab Saudi. LTH mewarwarkn mana2 individu yg nak ke Mekah MESTI melalui LTH. Kenapa? Tidak sahkah Haji jika tidak melaui LTH? Sah ,hanya jawapan bodoh yg dikeluarkn oleh LTH iaitu pihak kerajaan Arab saudi brtegas le, tiada jaminan kualiti le, kerajaan tida brtanggungjawab le dan 1001 alasan, yg pasti LTH adalah juga TBUNG BN utk sebat duit. Jika rakyat tidak melalui meeka maka LTH akan kekurangan fulus dan itu mnyakitkan hati PM/UMNO. Sudah tentu. Soal jaminan atau kebajikn atau apa2 lah,itu satu retorik kerana jika kita daftar sekarang utk kerjakn ibadt haji maka tunggu lah 25 thn lagi. Jawapan yg pasti adalah itu arahan dr pihak Arab saudi. Mngkin sebenarnya kelulusan kuota haji sekian2 banyak, maka KERAjaan yg mmerintah akan guna kuasa veto yg ada utk mnidakkan jemaah haji yg melalui ejensi dan bukan LTH. Itu sudah pasti.
ReplyDelete