Tuesday, July 16, 2013

Calon PAS Ditawar Projek Beratus Juta Ringgit?

Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.

“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.

Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A.

Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.

“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.

Penduduk daif

Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.

Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.

Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.

Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.

“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.

Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.

Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.

Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .

Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long. -FMT
xxx2

Komen Anda

17 Responses to " Calon PAS Ditawar Projek Beratus Juta Ringgit? "
Resident said...
July 27, 2013 at 3:21 PM

Even though PAS candidate Azaln Yusof was “more appealing among local residents” BN’s unwavering machinery swayed voters, said a UiTM analyst.


Support said...
July 27, 2013 at 3:22 PM

The decision of voters in retaining Barisan Nasional (BN) in Kuala Besut is a sign of unanimous support for Prime Minister Najib Tun Razak’s agenda.


Strong Hold said...
July 27, 2013 at 3:23 PM

Fulfilling the prediction that Kuala Besut is a BN stronghold, the win strengthened the position of Umno as the largest party of the Malay community and re-inforced its stance that it has Malay support.


Victory said...
July 27, 2013 at 3:24 PM

The by-election, which was held following the death of BN incumbent Dr A. Rahman Mokhtar, saw a straight fight between two Malay parties – BN and PAS – which further proved that the process of democracy in the country is very much alive.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:25 PM

The victory of BN’s Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, a civil engineer with a 2,592-vote majority against his challenger from PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, a businessman, also maintained the status quo in the state legislative assembly.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:26 PM

Terengganu has 32 state seats with BN holding 17 seats while the opposition coalition Pakatan Rakyat has 15 seats. PAS has 14 and PKR holds one.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:27 PM

In the 13th general election (GE13) on May 5, Dr Rahman won with a majority of 2,434 votes, beating Napisah Ismail of PAS.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:27 PM

According to political observers, the result signaled the people’s desire for stability in the administration and development of Terengganu.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:28 PM

Cooling the hot warring politics, the by-election result showed the maturity of voters in understanding the current political scenario and its effects on them.


Civil said...
July 27, 2013 at 3:29 PM

If BN had lost, the number of seats between BN and the opposition would have been tied at 16 each.The result also ended speculation as the little by-election could have had major implications on the landscape of politics for both parties.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:49 PM

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:51 PM

Keputusan pilihan raya itu sekaligus menyaksikan jumlah majoriti meningkat berbanding jumlah majoriti pada pilihan raya yang lalu.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh pegawai pilihan raya di Dewan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:51 PM

Turut hadir mendengar pengumuman PRK kali ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga Pengarah PRK Kuala Besut.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:52 PM

Tengku Zaihan memperolehi undian sebanyak 8, 288 manakala Che Long mendapat sebanyak 5, 696 undian.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:53 PM

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dengan calon Pas, Endot@Azlan Yusof.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 3:54 PM


Pada pilihan raya lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.


rawna H said...
September 30, 2013 at 3:55 PM

Nampaknya BN tetap di hati pengundi Kuala Besut... taniah!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx