Tuesday, July 16, 2013

Pemimpin Umno SMS suruh undi calon PAS

BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.

"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.

Beliau juga menegaskan, rakyat Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaja.

Malah katanya penerimaan paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang dipertandingkan pada PRU13.

"Rakyat bandar dan pinggir bandar dan lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk berubah.

"Saya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh penyokong yang hadir.

-HD
xxx2

Komen Anda

13 Responses to " Pemimpin Umno SMS suruh undi calon PAS "
day said...
July 22, 2013 at 10:25 AM

Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan membawa pengundi dari luar yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pulang menunaikan tanggungjawab itu.


day said...
July 22, 2013 at 10:26 AM

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata parti juga sedang mempersiapkan jentera dalam menyediakan kenderaan untuk digunakan mengangkut pemilih ke tempat pengundian dan menghantar mereka pulang, Rabu ini.


day said...
July 22, 2013 at 10:26 AM

Kempen kita berjalan baik, tak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.


day said...
July 22, 2013 at 10:27 AM

Beliau yang juga Menteri Pendidikan II dan Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga sudah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi di DUN berkenaan.


day said...
July 22, 2013 at 10:27 AM

Beliau juga berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terbabit dalam kempen yang sedang berlangsung.


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 3:58 PM


Bukan Mc yang cakap, ADUN PAS Chukai yang cakap, si Hanafiah Mat tu, bahawa pihak PAS menyarankan agar calon mereka iaitu Che Long Cari Make agar menutup mulut dari memberi sebarang komen kepada media kerana Che Long dianggap kurang cerdik atau dalam bahasa kasar adalah 'bodoh'.


rawna H said...
September 30, 2013 at 4:01 PM

Che Long Cari Make bukan sahaja dianggap 'bendul', ADUN tersebut juga turut menyatakan Che Long 'kurang cerdik' berbanding wartawan!


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 4:02 PM

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Markas Besar Pemuda, Kampung Nail Kuala Besut, malam esok.


Calon PAS KALAH said...
September 30, 2013 at 4:02 PM

Pengarah PRK DUN Kuala Besut PAS, Satiful Bahri Mamat, berkata PAS Terengganu menyenarai pendek beberapa calon yang layak dan terpulang kepada PAS Pusat untuk buat keputusan pada malam ini di Kuala Lumpur.


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 4:03 PM

“Tuan Guru (Abdul Hadi)sendiri akan mengumumkan calon pada malam esok selepas solat tarawih pertama. Insya-Allah kami akan dapat keputusan malam ini dan selesaikan isu calon,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 4:04 PM

Esok, Barisan Nasional (BN) juga, menerusi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual mengumumkan calon parti itu berdasarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 4:05 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai.

PRK ini yang pertama selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan wakil rakyat Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.


Calon Pas Bodoh sebab tu la KALAH! said...
September 30, 2013 at 4:05 PM

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. Pada PRU13, Dr Rahman mendapat majoriti 2,434 undi menewaskan calon PAS Napisah Ismail.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx