Tuesday, July 16, 2013

Rafizi Dedahkan Pembekal Dakwat Kekal SPR

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.

"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).

"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.

"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.

Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.

"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.

Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. : Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin sokongan pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan berpihak kepada parti itu.

    ReplyDelete
  2. Sokongan pengundi Cina di kawasan ini sememangnya baik. Kita optimis memperoleh undi penuh daripada mereka,” katanya ketika ditemui pada program tinjauan mesra bersama pengundi Cina di sekitar Jeti Kuala Besut, di sini semalam.

    ReplyDelete
  3. Tengku Zaihan turut menyifatkan kesungguhan MCA turun padang membantu kempennya bagi mendekati 114 pengundi Cina, menunjukkan semangat setia kawan tinggi komponen BN itu.

    ReplyDelete
  4. Beliau turut berikrar memastikan segala projek yang sudah diluluskan kerajaan untuk DUN Kuala Besut dilaksanakan mengikut perancangan jika mendapat mandat pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Rabu ini.

    ReplyDelete
  5. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM35 juta bagi membaik pulih serta menaik taraf empangan rendah dan sering rosak yang dihadapi pesawah di kawasan Kuala Besut.

    ReplyDelete
  6. Turut diumumkan sebelum ini, peruntukan RM250 juta untuk projek pembinaan benteng pemecah ombak dan mendalamkan muara Sungai Besut bagi mengatasi masalah nelayan melepasi beting cetek ketika membawa pulang hasil tangkapan.

    ReplyDelete
  7. Projek pembinaan 72 unit pangsapuri di tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out, Tok Saboh juga dilancarkan dengan kos RM10.3 juta bagi menempatkan penduduk yang menghadapi masalah air pasang besar setiap kali musim tengkujuh di Kampung Pengkalan Atap.

    ReplyDelete
  8. PEmbekal dakwat kekal lama sudah dipecatOctober 2, 2013 at 3:37 PM

    Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) merancang untuk membeli dakwat kekal daripada pembekal baru untuk digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    ReplyDelete
  9. PEmbekal dakwat kekal lama sudah dipecatOctober 2, 2013 at 3:40 PM

    Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata pihaknya akan mencuba untuk mendapatkan dakwat yang lebih baik bagi mengelakkan kesalahan yang lalu berulang.

    ReplyDelete
  10. PEmbekal dakwat kekal lama sudah dipecatOctober 2, 2013 at 3:41 PM

    Beliau berkata pihaknya akan mengumumkan kandungan silver nitrat dan akan memastikan kandungannya cukup membuatkan dakwat itu kekal.

    ReplyDelete
  11. PEmbekal dakwat kekal lama sudah dipecatOctober 2, 2013 at 3:42 PM

    Dalam pilihan raya umum lalu, wujudnya aduan daripada pengundi yang mendakwa dakwat kekal yang digunakan mudah untuk ditanggalkan.

    ReplyDelete
  12. PEmbekal dakwat kekal lama sudah dipecatOctober 2, 2013 at 3:43 PM

    Penggunaan dakwat kekal adalah syor daripada jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistempilihan raya dan antara tuntutan NGO BERSIH untuk mengelak pengundian dua kali.

    ReplyDelete
  13. Ala Rafizi ni, kalau parti sanjungan kamu tu sudah kalah, tidak payah nak salahkan orang lain, rakyat sudah mengundi.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya pembekal dakwat kekal tidak bersalah langsung, kenapa Rafizi dari PKR mau cari hal lagi ni? tiada isu lain lagi ke?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.