Tuesday, July 16, 2013

Tema "16:16 Terengganu Baru" sedang mengancam BN?

Menyambung kepada gelora kempen di medan pilihan raya kecil Kuala Besut sekarang ini, apa yang berlaku sekarang tempo kempen sedang dilambung ombak galak. Sebaik selesai penamaan calon semalam, dengan rasminya Calon PAS Azlan@Endut yang popular dengan panggilan Che Long adalah pencabar kepada Calon BN Tengku Zaihan

Calon BN adalah tidak memiliki nama panggilan popular kalangan pengundi Kuala Besut. Ia suatu nilai kredit kepada Calon PAS.

Melonjakkan lagi nilai Calon PAS itu, nampaknya media pro-BN sudah rancak menyerang sudut keperibadian Che Long dengan pendekatan "demoralise" yang mengaitkan keahlian UMNO dan kesanggupan berkhidmat sekiranya menang.

Apa ya g pasti calon PAS sudah mesra, lunak pengundi dan mudah ditemui (mudoh jembo).

Yang pasti, pergerakan kempen calon sentiasa mendapat sambutan pelbagai lapisan pengundi.

Semoga harapan rakyat Besut untuk mencipta sejarah baru akan tercapai pada PrK Kuala Besut kali ini. Apa yang ditunggu, Dun Kelantan bakal mencipta politik berimbang 16:16 yang pasti menentukan kuasa marginal pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said. Allahu

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com
xxx2

Komen Anda

10 Responses to " Tema "16:16 Terengganu Baru" sedang mengancam BN? "
rawna H said...
October 2, 2013 at 11:32 AM

Nampaknya tema 16:16 tidak menjadi, & PAS KALAH... HAHAHA!


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:34 AM

Apa pun, keputusan macam ni patutnya memalukan Idris 'Natang' Jusuh yang sebelum ni dengan angkuh kata calon Umno BN akan menang majoriti besar sehingga 4,000 undi.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:35 AM

keputusan rasmi dah diumumkan ka belum pasai aku malas nak mengadap TV, baik aku mengadap laptop dari mengadap TV walaupun sebaiknya aku dah ada kat surau sekarang ni.

Apa pun nampak gayanya kompom la majoriti pengundi Kuala Besut masih nak Umno BN jadi wakil depa, tak kira la sebab duit raya ataupun janji Umno BN yang hampir setengah billion untuk Kala Besut.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:36 AM

Dari keputusan tu pada aku PAS Besut dan jentera PRK Kuala Besut patut ada rasa berbangga walaupun Che Long tak berjaya mengalahkan Ku Azman tapi dengan majoriti yang cuma bertambah 208 undi kira hebat la.

Pasainya jentera PRK Kuala Besut bukan lawan dengan jentera Umno BN tapi kawan dengan jentera Kerajaan Pusat yang memang hebat sangat bezanya terutama sekali dari segi kekuatan dana dan juga kekuatan rasuah depa.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:36 AM

Lagi satu kira ok la boleh dapat undi tara tu dalam keadaan pengundi melayu kurang sikit 100%. Kalau ada pengundi cina dalam 30% kompom kut Che Long akan menang. Nak buat macamana, memang majoriti pengundi melayu masih belum celik politik, masih terbelenggu politik rasuah dan ugut cara Umno BN yang celaka tu.

Apa pun, keputusan macam ni patutnya memalukan Idris 'Natang' Jusuh yang sebelum ni dengan angkuh kata calon Umno BN akan menang majoriti besar sehingga 4,000 undi.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:37 AM

"Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut... kenapa 4,000? sebab ahli parlimennya ialah menteri pendidikan kedua.

"Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi," katanya sambil ketawa. - Ibid.

Tapi main dengan pemimpin Umno BN ni bukan tau malu, kalau tak percaya hangpa tunggu la ulasan dia pasai keputusan PRK Kuala Besut ni, tentu punya dengan bangga dia akan spin kut lain pulak.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:38 AM

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi, sekaligus menyaksikan pembangkang sukar menembusi kubu kuat BN itu.


PAS KALAH DENGAN CEMERLANG said...
October 2, 2013 at 11:39 AM

BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula sekadar memperolehi 5,696 undi. Sejumlah 125 undi pula diumumkan tidak diterima.


ALfred said...
October 2, 2013 at 11:40 AM

ITulah terlalu riak, kan dah kalah.


Sally said...
October 2, 2013 at 11:41 AM

PAS surely will lost again in the PRU 14.... haha!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx