Monday, July 15, 2013

MCA desak Soi Lek letak jawatan

Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng.
Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi.

Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan

Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. 14 Julai, 2013. -TMI
xxx2

Komen Anda

14 Responses to " MCA desak Soi Lek letak jawatan "
Ashley said...
July 16, 2013 at 8:04 AM

Walaupun tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak akan tunduk kepada tekanan agar meletak jawatan sekarang.


Ashley said...
July 16, 2013 at 8:05 AM

Sambil menegaskan beliau bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Dr Chua berkata beliau hanya akan berundur apabila tiba masanya iaitu selepas selesai menyusun semula parti.


Ashley said...
July 16, 2013 at 8:06 AM

"Saya tidak akan berundur semata-mata kerana ada yang mahu saya letak jawatan.

Saya faham mereka ini mungkin yang sayangkan parti tetapi majoriti mahu saya kekal.

"Akan tetapi saya bertanggungjawab terhadap keputusan buruk yang dicatat MCA.

Justeru saya memberi tempoh antara Jun dan Disember ini untuk berundur," katanya


Ashley said...
July 16, 2013 at 8:07 AM

"Saya memang bertanggungjawab atas keputusan itu tapi bukan saya seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya. Bagaimanapun disebabkan saya presiden, maka saya pikul tanggungjawab itu," katanya.


Ashley said...
July 16, 2013 at 8:08 AM

Katanya majlis itu juga memutuskan untuk melantik Timbalan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai pasukan petugas khas bagi menggubal hala tuju baru parti.

Dr Chua turut mengumumkan majlis itu bersetuju mempercepatkan pemilihan parti, iaitu bulan depan bagi peringkat cawangan dan bahagian, manakala peringkat pimpinan tertinggi pula pada Oktober.


Anonymous said...
July 16, 2013 at 8:24 AM

MCA membentangkan 'kad laporan' yang menyenaraikan 47 sumbangan kepada komuniti Cina di negara ini bagi tempoh 1,000 hari lepas.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata selain memaparkan prestasi parti, kad itu juga bertujuan mematahkan dakwaan pembangkang terhadap MCA.


Anonymous said...
July 16, 2013 at 8:26 AM

Beliau berkata dokumen itu akan menjadi sebahagian daripada alat kempen MCA pada pilihan raya umum kali ini.

"Kad laporan ini berdasakan angka yang tepat, bukan putar belit seperti yang DAP lakukan...DAP sendiri boleh nafikan atau akui apa yang tertulis dalam laporan ini," katanya.


Anonymous said...
July 16, 2013 at 8:27 AM

Dr Chua menyenaraikan pelbagai inisiatif untuk melonjakkan pendidikan kaum Cina di negara ini seperti menyediakan tanah untuk membina lebih banyak sekolah aliran Cina dan peruntukan bagi membiayainya.

Pada 2011, sebanyak 1,648 daripada 4,000 penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan penuntut Cina iaitu angka tertinggi pernah direkodkan.


Anonymous said...
July 16, 2013 at 8:27 AM

Kad laporan itu juga menyatakan 80 peratus daripada usahawan yang menerima pinjaman industri kecil dan sederhana daripada Kementerian Kewangan pada 2011 adalah kaum Cina.

Kad laporan itu dikeluarkan sempena 1,000 hari selepas pemilihan jawatankuasa pusat MCA pada Mac 2010 susulan krisis kepimpinan dalam parti.


Anonymous said...
July 16, 2013 at 8:29 AM

Soi Lek pasti akan meletak jawatan bila tiba masa ahli MCA majoritinya tidak lagi menyokong beliau.


rawna H said...
October 2, 2013 at 12:59 PM

Kalau saya Soi LEk, saya akan meletak jawatan secara bermaruah.


Soi Lek yang gila kuasa patut letak jawatan said...
October 2, 2013 at 1:00 PM

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi.


Soi Lek yang gila kuasa patut letak jawatan said...
October 2, 2013 at 1:02 PM

"Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.


Bung said...
October 2, 2013 at 2:53 PM

Dengan kes seks dengan perempuan simpananya dulu, SOi Lek patut bersara pada masa itu juga.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx