Tuesday, August 12, 2014

Dilema PR : Provokasi pula menjadi-jadi

rafiziPengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata PKR mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi di Selangor untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka.

Menurut beliau, hari ini warga Kuala Selangor dikejutkan dengan beberapa kain rentang politik bersifat provokatif, yang kononnya memetik ucapan daripada Rafizi Ramli mengenai parti politik seangkatan dalam Pakatan Rakyat.

Kain rentang tersebut memetik kata-kata Rafizi yang mengatakan “ Berapa ramai lagi pemimpin PAS yang khianat, rasis, dan anti demokrasi? Sila jangan bermuka-muka”.

Rafizi bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Kami telah mengarahkan anggota parti untuk menurunkan kain-kain rentang yang penuh fitnah jahat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ujarnya lagi, PKR mengecam tindakan ini dan mengesa supaya musuh-musuh politik hentikan permainan kuno ini.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.