Tuesday, August 12, 2014

Robin Williams mati disyaki bunuh diri

Pelakon Robin Williams bergambar untuk jurugambar di Rome dalam gambar fail bertarikh 15 November, 2005. – Gambar oleh Reuters, 12 Ogos, 2014. Pelakon terkenal Robin Williams ditemui mati di rumahnya di Tiburon, California Utara, dipercayai kerana membunuh diri, kata polis semalam, lapor media antarabangsa.

Kenyataaan Jabatan Sheriff Wilayah Marin berkata, Williams, 63, yang pernah memenangi anugerah Oscar ditemui mati sebelum waktu tengah hari, di rumahnya.

"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia," kata kenyataan itu seperti dilaporkan media Amerika Syarikat (AS).

Menurut Media AS, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan (depression).

Williams, yang juga seorang pelakon komedi mula mencipta nama menerusi siri televisyen Mork & Mindy dan kini mendiang dianggap sebagai salah seorang penghibur paling diminati di AS.

Antara filem terkenal yang dibintanginya ialah Good Morning Vietnam pada 1987, Dead Poets Society (1989) dan menerusi filem Good Will Hunting (1997), mendiang meraih anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu terbaik. –

-TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.