Thursday, October 23, 2014

Hubungan Shafie Apdal & Zahida Rafik Terdedah Di Mahkamah?

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.

Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Bagaimanapun Hakim Hue mengarahkan tiada gangguan terhadap kes sivil itu sehingga Noor Azman selesai memberi testimoni beliau.

Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.

Bagaimanapun Zahida dan Shafie sebelum ini telah menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut. -gb

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.