Wednesday, October 15, 2014

Samsung Galaxy Note 4 kini tiba di Malaysia

SAMSUNG Malaysia Electronics melancarkan versi terbaharu telefon pintar Galaxy Note dan jam pintar Gear S.

Presiden Samsung Malaysia Electronics Lee Dong Yong berkata Galaxy Note 4 menandakan pencapaian inovasi teknologi luar biasa dengan skrin bersaiz besar dan teknologi Pen-S ikonik yang menetapkan satu standard baharu dalam budaya penggunaan telefon pintar.

"Di samping Note 4, kami juga memperkenal Samsung Gear S yang mentakrifkan semula idea pemakaian dan budaya bergaya komunikasi mudah alih selain menawarkan satu pengalaman baharu dalam berketerampilan," katanya pada majlis pelancaran dua produk itu di sini hari ini.

Telefon pintar Galaxy Note 4 diupayakan dengan sistem kamera terbaharu pandang belakang 16 megapiksel serta sebuah kamera pandang hadapan 3.7 megapiksel dengan f1.9 yang menawarkan sudut rakaman 90 darjah dan mampu mengambil selfie sehingga 120 darjah, sekali gus memudahkan fotografi berkumpulan.

Samsung Gear S pula menampilkan paparan peraga melengkung dua inci Super AMOLED, yang memberikan pemandangan lebih luas.

Pengguna boleh membaca mesej dan pemberitahuan dengan sekali pandang sahaja.

Samsung Galaxy Note 4 ditawarkan dalam tiga warna, hitam arang, putih salji dan emas gangsa, dan mula dijual pada Jumaat. - Bernama
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Samsung Galaxy Note 4 kini tiba di Malaysia "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx