Thursday, October 16, 2014

Individu bogel dibicarakan minggu depan

BALIK PULAU: Empat individu yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel di khalayak awam akan dibicarakan pada 21 November ini.
Majistret Muhamad Najib Ismail berkata, penetapan tarikh tersebut dibuat supaya pihak pembelaan mendapat dokumen daripada pendakwaan.

Katanya, kempat-empat individu tersebut dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi Taman Negara Pulau Pinang antara jam 3 hingga 6 petang.

Menurut laporan Bernama, tertuduh yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38, telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM4,000 berserta seorang penjamin.

Kes disebut mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pendakwaan telah dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Wan Noraini Ahmad yang mewakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani dan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan.

Tertuduh telah diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala Teh Guan Hoon diwakili Jason Khor Jit Cheng. -fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.