Sunday, October 19, 2014

Jabatan Pelajaran Sabah tiada pakar

KOTA KINABALU: Jabatan Pelajaran Sabah bergantung kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih sekolah.
“Ini adalah kerana Jabatan Pelajaran tidak memilliki pakar untuk melakukan kerja-kerja tersebut dan bukannya kerana kami kekurangan pakar seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Gerakan, Cleyrance Lee Chen Peng.

“Pegawai jabatan kami bekerja hampir 24 jam kerana mahu meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah,” kata Pengarahnya, Jame Alip.

Beliau mengulas kenyataan Cleyrance yang berkata, jabatan itu menghadapi kekurangan pakar untuk melakukan kerja-kerja pembaikan sekolah yang dilanda bencana alam dan kebakaran dan mencadangkan agar mereka meminjam pakar dari jabatan lain.

“Saya setuju bahawa cadangan itu adalah idea yang bijak, ianya sudah lama dilakukan dan jabatan masih menghadapi masalah yang sama kerana JKR juga memerlukan pakar untuk projek mereka,” kata Jame.

Jabatan itu masih menunggu 10 pegawai teknikal daripada Pasukan Projek Sabah di bawah JKR Malaysia untuk melaporkan diri bagi melaksanakan pelan projek dan tender bawah RM5 juta.

Jame menambah bahawa Lee perlu belajar bagaimana sistem jabatan dilaksanakan sebelum beliau mengatakan apa-apa kerana pendidikan bukan jenaka di negara ini.

Tiga sekolah di Sabah memerlukan tindakan segera, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, SK Gadong Beaufort dan SK Bawang, Tamparuli.

“Saya terkejut selepas membaca kenyataan Lee dalam akhbar kerana dia tidak pernah bertanya kepada saya atau pegawai mengenai status menaik taraf dan kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Biasanya, pemimpin dari kerajaan dan pembangkang akan menghubungi atau menulis kepadanya untuk bertanyakan tentang isu sebelum membuat sebarang kenyataan atau cadangan.

Beliau menghormati kenyataan Lee sebagai pemimpin muda tetapi menasihatinya supaya berfikir sebelum membuat sebarang kenyataan, jika tidak, kenyataannya akan dilihat sebagai publisiti murahan semata-mata untuk kepentingan politik sahaja. -fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.