Saturday, October 18, 2014

Pemuda bunuh 39 orang

RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Seorang pemuda di Brazil mengaku membunuh sekurang-kurangnya 39 orang di negeri Goiania.

Pihak polis berkata, Thiago Henrique Gomes da Rocha, 26, turut membunuh 16 wanita termasuk pondan dan gelandangan.

Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun lapor The Independent.

Gomes da Rocha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lalu selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.

Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya.

Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut.

Sebelum ini penduduk mengadakan protes di hadapan balai polis meminta polis menangkap pembunuh terbabit. -sinar harian

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.