Wednesday, July 10, 2013

Akta Hasutan : Betulkah Rakyat Tertipu?

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak konsisten untuk memansuhkan Akta Hasutan.

“Sejak tahun lalu Najib menyatakan usahanya untuk memansuhkan akta ini digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional,” kata Nurul Izzah dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Katanya, Najib dilihat bercanggah dengan pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyelar pihak yang mahu akta tersebut dimansuhkan.

Zahid baru-baru ini berkata, pemansuhan Akta Hasutan menyebabkan agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan oang Melayu dicabar.

“Akta ini hanya senjata politik dan bukan alat untuk pelihara hak rakyat Malaysia. Jelas sekali Akta Hasutan akan menghakis legitimasi demokrasi kerajaan,” katanya.

Nurul Izzah berkata, undang-undang sedia ada mencukupi antaranya Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mampu menangani isu yang menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Tambahnya, Akta Hasutan yang diwujudkan penjajah British pada 1948 mempunyai peruntukan yang menyekat hak perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Malah, laras, terma dan liputan bahasa yang digunapakai terlalu luas dan berpotensi disalahguna pemerintah.

“Kerajaan sewajarnya mengambil kira ‘kehendak rakyat majoriti’ dan ‘kehendak politik’ untuk memulihkan demokrasi. Bukannya mengambil akta anti demokratik,” ujarnya. -KD

102 comments:
Write comments
  1. Seperti yang dijangka, revolusi yang berlaku di Mesir turut melibatkan kuasa asing. Michel Chossudovsky, penganalisis politik dari Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendedahkan bahawa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh kau...lari tajuk...buatlah blog sendiri baru cakap banyak...bodoh...

      Delete
  2. Menyifatkan tentera Mesir sebagai "penerima terbesar bantuan ketenteraan AS selepas Israel" dan "sekutu kuat" Washington, Chossudovsky berkata rampasan kuasa telah dirancang dengan lampu hijau dari Pentagon.

    ReplyDelete
  3. Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua AS Staf Jeneral Martin Dempsey berada dalam perhubungan kekal dengan arkitek rampasan kuasa itu dalam tempoh dua minggu sebelum pengambilalihan oleh tentera

    ReplyDelete
  4. kita masih ingat lagi apabila negara kita juga telah menyaksikan campurtangan pemimpin kuasa asing. Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat pernah cabul mulutnya mengkritik dan memihak kepada Anwar Ibrahim sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Begitu juga dengan kehadiran ahli politik dari Australia yang menyibuk berlagak pandai tentang hal ehwal negara ini.

    ReplyDelete
  6. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

    ReplyDelete
  7. Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  8. dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis

    ReplyDelete
  9. Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.

    ReplyDelete
  10. Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan.

    ReplyDelete
  11. Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru

    ReplyDelete
  12. BONGKAR ! Anwar Ibrahim Hanya Ada 2 Kepakaran Sahaja! kenyataan Dr Chandra Muzaffar, bekas orang kuat Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. harapkan agar mereka yang terpedaya dengan pujuk rayu Anwar terutamanya siswa-siswi supaya benar-benar faham dengan kelicikan suspek liwat tersebut. Chandra Muzaffar sendiri akhirnya menolak Anwar Ibrahim dek pembohongan dan penipuan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  14. Dan sekarang, penglibatan sekumpulan siswa yang bersekongkol dengan suspek liwat itu serta tercetusnya demonstrasi siswa telah menyetujui kenyataan Chandra Muzaffar tersebut.

    ReplyDelete
  15. Pertama, demonstrasi. Dari dulu lagi, beliau memang pakar demonstrasi. Kedua, pakar pakar dalam demagogue (kuasa rayuan penuh perasaan, emosi dan prasangka), yang pandai berpidato. Dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘Two D’..’Dua D’, D..demonstrasi, D.. Demagogue. Beliau pakar demonstrasi dan demagogue. Dua ini sahaja, kepakarannya.

    ReplyDelete
  16. Selain daripada itu, kalau kita tengok beliau sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri, yang dulunya dalam kerajaan selamanya 16 tahun, apa pencapaiannya ? Semasa jadi Menteri Pertanian, apa ideanya memajukan bidang pertanian di negara ini ? Sebagai Menteri Kewangan, beliau merosakkan ekonomi negara. Pencapaiannya hanya dua perkara itu.. Dua D - AIDC.

    ReplyDelete
  17. Felo Prinsipal Institut Pengajian Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus.

    Datuk Dr. Sulaiman Md Yassin mengingatkan pihak pembangkang termasuklah para penyokong agar akur dengan proses demokrasi yang telah berlangsung.

    Katanya, pihak penyokong terutamanya perlu menghentikan sebarang demonstari atau apa sahaja tunjuk perasaan kerana majlis mengangkat sumpah oleh 222 orang ahli Parlimen termasuklah pemimpin Pakatan Rakyat sendiri baru sahaja selesai.

    ReplyDelete
  18. “Demonstrasi yang dijalankan oleh penyokong tidak memberi sebarang kebaikan bahkan membawa imej buruk kepada negara.

    “Hal sebegini tidak seharusnya berlaku kerana tidak akan merubah apa-apa keputusan sekalipun,” tegasnya.

    Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang berkumpul di depan Parlimen dengan membawa sepanduk mengenai isu kematian tahanan dalam lokap termasuk menuntut panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

    ReplyDelete
  19. Menurut Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid berkata, sebenarnya ada dalang di sebalik penyokong yang melakukan demonstrasi ini.

    “Mereka melakukannya kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati kerana menganggap pilihan raya 5 Mei lalu penuh dengan unsur penipuan.

    “Apapun yang pasti apabila pimpinan Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah, semua penyokong mahupun pimpinan PR sendiri harus akur dengan keputusan sedia ada,” katanya.

    ReplyDelete
  20. DS Najib Razak turut berdepan dengan anasir luar negeri yang sengaja memburuk-burukkan nama beliau dan negara kita ini.

    ReplyDelete
  21. anda tentu kenal dengan wartawan Barat tersebut, Roger Mitton yang dikatakan begitu minat mengampu ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  22. Beliau digelar Anwar Ibrahim Fan Club’s cheerleader !

    ReplyDelete
  23. Beliau juga merupakan salah seorang wartawan barat yang didakwa diupah untuk menulis berita yang boleh memberikan imej positif kepada Anwar Ibrahim dan tidak elok kepada lawan politik bekas banduan Sungai Buluh itu.

    ReplyDelete
  24. Perkembangan semasa berkaitan hak asasi begitu ketara. Penelitian terhadap undang-undang yang dianggap menceroboh hak asasi sudah banyak dibuat. Dengan semangat menghormati hak asasi, pelbagai undang-undang sudah dimansuh atau diganti. Satu lagi akta yang menjadi fokus perhatian dan dikatakan menceroboh hak asasi ialah Akta Hasutan.

    ReplyDelete
  25. Kenyataan berturut-turut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkenaan Akta Hasutan memperlihatkan kejituan beliau dalam memastikan sistem dan nilai yang kita ada ketika ini diteruskan.

    ReplyDelete
  26. Hanya pihak yang melakukan kesalahan sahaja takut dengan Akta Hasutan 1948 sehingga mahu memansuhkannya, kata ahli Parlimen Jempol Tan Sri Isa Samad.

    "Sebab nak pinda itu tiada (sebab). Kalau tengok suasana sekarang, tak pinda pun tak apa, orang yang nak pinda ini orang yang takut sahaja.

    "Kalau kita tak buat salah, kita tak takutlah," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.

    ReplyDelete
  27. Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan.

    ReplyDelete
  28. Beliau tidak mahu Akta Hasutan disentuh. Saya percaya kenyataan ini dibuat bagi menegaskan pendirian beliau sebagai menteri bertanggungjawab berkenaan keselamatan dalam negeri.

    ReplyDelete
  29. Isu pemansuhan Akta Hasutan kini giat dibincangkan semula kerana selepas perdana menteri mengumumkan hasrat memansuhkannya tahun lalu, ia terus juga digunakan.

    Malah, anggota kabinet berbeza pendapat berhubung perkara itu. Menurut Menteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz, kabinet bersetuju memansuhkan akta kontroversi itu dalam satu pertemuan tahun lalu dan Jabatan Peguam Negara diminta mengkajinya.

    Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam sebelumnya yang berkata, hasrat itu "cadangan" Najib dan kabinet akan "mempertimbangkan" sebelum membuat keputusan.

    ReplyDelete
  30. Dari segi sejarah, asal Akta Hasutan ialah Enakmen Hasutan 1939 yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya Akta Hasutan mula diperkenalkan ketika keadaan darurat di Tanah Melayu pada 1948 sebagai Ordinan 14 1948. Akta ini kemudian disemak semula pada 1969 dan diwartakan sebagai Akta 15.

    ReplyDelete
  31. Pengisian Akta Hasutan

    Umumnya Akta Hasutan bertujuan mengekang perbuatan yang boleh melahirkan kecenderungan menghasut yang membabitkan Raja-Raja Melayu, kerajaan (sama ada negeri atau Persekutuan), hubungan antara rakyat negeri-negeri dalam Persekutuan, hubungan antara kaum serta hal-hal berkaitan kewarganegaraan, bahasa Melayu, keistimewaan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  32. Kecenderungan menghasut secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai sehingga membenci, menghina atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja atau kerajaan. Ia juga menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk Malaysia.

    ReplyDelete
  33. Dua perkara ini pada asalnya adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi dimasukkan dalam Enakmen Hasutan pada FMS En.13/1939. Pengisian Akta Hasutan ini lebih kurang sama dengan Common Law Inggeris dengan penyesuaian kepada keadaan setempat.

    ReplyDelete
  34. Peranan akta

    Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan.

    ReplyDelete
  35. Akta Hasutan melarang perbuatan menghina Raja-Raja, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja bagi negeri-negeri. Akta Hasutan menjaga demokrasi berparlimen dengan menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat kecenderungan menghasut untuk perubahan kerajaan dengan cara tidak sah.

    ReplyDelete
  36. Akta Hasutan menjaga hubungan antara rakyat bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan dengan menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan dengan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Raja bagi mana-mana negeri dalam Malaysia atau penduduk Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Perkara-perkara ini ada kalanya diambil mudah oleh sesetengah pihak kerana pemahaman yang ada ialah Akta Hasutan ini menyekat kebebasan bersuara. Cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Kaum agak jelas kedengaran. Memang benar keharmonian kaum adalah perkara penting. Tetapi sekiranya itu saja fokus undang-undang terbabit, ia belum mampu menggantikan Akta Hasutan yang lebih lebar ruang lingkup dan tujuannya.

    ReplyDelete
  38. Sebagai contoh, kita jarang mendengar pandangan yang meletakkan perpaduan atau integrasi antara rakyat negeri-negeri yang membentuk Persekutuan. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana keserasian atau integrasi antara rakyat negeri-negeri inilah yang menjadikan negara kita aman dan sejahtera. Dilema sebuah negara Persekutuan seperti Malaysia ialah antara cinta rakyat negeri-negeri dan kesetiaan kepada Persekutuan.

    ReplyDelete
  39. Kebijaksanaan orang dulu

    Kita nampak jelas dilema ini dalam banyak negara Persekutuan lain. Kita ini diikat dengan satu kewarganegaraan tetapi dipisahkan dengan sentimen kenegerian. Walaupun hal ini tidak begitu menonjol ketika ini, kita lihat kebijaksanaan orang dulu dalam meletakkan persediaan menghadapi kemungkinan.

    ReplyDelete
  40. Oleh itu, sekiranya kita mahu mengubah Akta Hasutan ini, perkara ini juga perlu diambil perhatian sewajarnya. Kita tidak mahu nanti sudah terhantuk baru terngadah.

    Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa punca kuasa Akta Hasutan ini adalah Perlembagaan Persekutuan sendiri, iaitu perkara 10(2)(a) dan dibaca bersama dengan 10(4) Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  41. Oleh sebab akta ini membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, maka sebarang pindaan kepadanya hendaklah harus mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Kita lihat hal ini jelas disebut dalam perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  42. Jumlah permohonan yang tinggi untuk memasuki Kolej Vokasional membuktikan transformasi pendidikan vokasional yang dilaksanakan kerajaan meyakinkan rakyat.

    ReplyDelete
  43. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan berkaitan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 perlu dilakukan dengan mengambil kira tuntutan-tuntutan semasa dan tidak berdasarkan emosi semata-mata.

    "Kita kena fleksibel dengan tuntutan semasa tetapi tuntutan semasa ini biar atas dasar keselamatan dan bukan emosi," katanya kepadaMalaysiakini sewaktu mengulas akta itu yang kembali hangat dibincangkan akhir-akhir ini.

    Namun tegasnya, beliau menyokong pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keperluan mengekalkan akta itu."Saya dalam hal ini, kenyataan yang dikeluarkan menteri dalam negeri itu saya sokong.

    Itu yang penting kerana dia mengetahui perkara ini," katanya yang yakin perkara itu masih akan diperhalusi di peringkat kabinet tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  44. Zahid Hamidi (kanan) sebelum ini menegaskan akta tersebut perlu dikekalkan bagi memelihara empat perkara - kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.

    Isu pemansuhan Akta Hasutan kini giat dibincangkan semula kerana selepas perdana menteri mengumumkan hasrat memansuhkannya tahun lalu, ia terus juga digunakan.

    Malah, anggota kabinet berbeza pendapat berhubung perkara itu.Menurut Menteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz, kabinet bersetuju memansuhkan akta kontroversi itu dalam satu pertemuan tahun lalu dan Jabatan Peguam Negara diminta mengkajinya.

    Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam sebelumnya yang berkata, hasrat itu "cadangan" Najib dan kabinet akan "mempertimbangkan" sebelum membuat keputusan.

    ReplyDelete
  45. BNBBC tunggu semua pandangan

    Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Shahrir Samad pula menegaskan badan tersebut masih belum menetapkan pendirian mereka tentang akta itu."BNBBC belum ada pendirian apa-apa kerana kita belum bincang."Saya ingat lebih baik tunggu semua punya pandangan," katanya ringkas kepadaMalaysiakini.

    ReplyDelete
  46. Ku Nan: Serah pada KDNMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan untuk memansuhkan, meminda atau menggantikan Akta Hasutan perlu diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)."Saya lihat kita serah kepada KDN-lah kerana akta itu ada baiknya, ada tidak baiknya.

    "Yang baiknya, kita sekurang kurangnya cuba cegah jenayah (dengan akta ini)," katanya."Dulu kita ada EO (Akta Darurat), ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), orang bila nak buat sesuatu mereka berfikir."Sekarang ini bila kita dah mansuhkan, orang tak kisah (untuk melakukan apa-apa sahaja).

    Jadi kita serahkan kepada KDN, mereka lebih tahu," kata ahli Parlimen Putrajaya itu.Beliau sedia maklum perdana menteri telah mengumumkan pemansuhan akta itu tahun lepas.Namun tegasnya, kerajaan masih boleh memperbaiki sebarang keputusan yang telah dibuat jika ia tidak membawa manfaat seperti diniatkan."Ini satu kaedah cuba dan jaya (trial and error).

    Seperti saya selalu kata, kita bukan kerajaan yang sempurna, kita tak tahu semua perkara."Ada kalanya apabila kita buat keputusan, kita rasakan ia yang terbaik buat semua tapi akhirnya apabila ada masalah, kita kena perbaiki, maka kita perbaikilah."Kita tunggu untuk kabinet buat keputusan," katanya.

    ReplyDelete
  47. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 117,000 permohonan diterima memasuki kolej itu tahun ini, berbanding 21,000 tempat ditawarkan.
    Permohonan meningkat

    ReplyDelete
  48. permohonan pelajar ke program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam kelmarin adalah 1,874 orang, berbanding kapasiti tempat hanya 465 pelajar.

    ReplyDelete
  49. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional memasuki tahun kedua kini melangkah ke fasa lebih mencabar.

    ReplyDelete
  50. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang merangka undang-undang baru yang membolehkan sesuatu syarikat sama ada tempatan atau luar negara didakwa bagi jenayah rasuah.

    ReplyDelete
  51. Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sultan, berkata undang-undang itu yang akan dikenali sebagai ‘korporat liabiliti’ kini pada peringkat draf dan dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

    ReplyDelete
  52. It announced today that voters will have to dip their left index finger into the ink instead of having it brushed onto the finger as in the last general election.

    ReplyDelete
  53. EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said in a statement that the indelible ink would be used for advance voting on July 20 and polling on July 24.

    ReplyDelete
  54. Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) today reiterated its position on the acceptance of gifts from external parties especially from companies or people having dealings with the government-owned company.

    ReplyDelete
  55. Prasarana Group advocates the values of integrity and trustworthiness in all its dealings. We strictly uphold the No-Gift Policy as stated in the company's Code of Conduct,

    ReplyDelete
  56. BESAR kemungkinan atas sebab mahu mempertingkatkan hasutan ke atas rakyat agar membenci kerajaan, terutama membenci parti Umno yang menjadi tonggak kepada kuasa politik Melayu, maka dihebohkanlah cerita konon Najib Razak berjanji hendak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

    ReplyDelete
  57. Mungkin sebelum PRU13 Najib ada menyebut perkara ini. Tetapi sekadar sebutan sahajalah. Ini soal undang-undang negara. Takkan sebut hari ini besok dah mansuh.

    ReplyDelete
  58. Kenalah kaji dulu dari pelbagai aspek. Dalam keadaan hasutan yang kian melampau diusahakan oleh pembangkang dan ejen-ejen mereka seperti Red Bean Army, maka rasanya tentu Najib dan pemimpin kerajaan lain terpaksa berfikir berjuta kali.

    ReplyDelete
  59. Namun, berpunca daripada sikap dan sifat pembangkang yang cukup konfrontasional, perkara ini yang mungkin pernah disebut oleh Perdana Menteri dijadikan modal untuk melancarkan perang psikologi ke atas kerajaan.

    ReplyDelete
  60. Bertepatan dengan masa, contoh dipergunakan ialah remaja yang rela dirinya digunakan sebagai alat atau ejen pembangkang. Mereka dikesan kononnya kecewa kerana Adam Adli kini berdepan siasatan di bawah akta ini. Apakah mereka benar-benar simpati dan prihatin terhadap nasib Adam atau semua ini hanyalah sekadar ‘tangisan buaya’ demi cita-cita mendapatkan habuan besar.

    ReplyDelete
  61. Pembangkang mendakwa Adam ditangkap tanpa sebarang sebab, tapi mereka terlupa siasatan terhadap pelajar ini mengikut seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan. Polis tidak buta terhadap tindakan pesalah.

    ReplyDelete
  62. Kalau pembangkang terlepas pandang, kita peringatkan bahawa Adam dituduh berhubung kenyataannya semasa forum anjuran SAMM pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor. Dia dikatakan menggesa orang ramai mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran membantah penipuan dalam PRU13.

    ReplyDelete
  63. Jangan juga dilupakan Adam telah melakukan kesalahan lain tetapi terlepas setelah mempamerkan ‘muka kesian’ dan membuat kenyataan di media internet kononnya dia faham apa yang diperjuangkan. Kita pun kesian dengan Adam. Patut gunakan masa remaja dan peluang yang ada untuk mendapatkan ijazah.

    ReplyDelete
  64. Jadi maknanya Adam kena hasut dan kemudian dia pula menjadi tukang hasut. Ini kerja berbahaya. Dan di luar sana ramai lagi orang macam Adam – dihasut dan akhirnya menjadi penghasut. Maka itulah sebabnya akta hasutan ini patut benar dikekalkan. Jika tidak, akhirnya lebih ramai rakyat Malaysia yang kerja mereka tidak lain hanya menghasut dan mendengar hasutan.

    ReplyDelete
  65. Dalam pada itu, pembangkang yang ketandusan modal nampaknya menggunakan isu pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebagai modal baru. Seolah-olah akta hasutan macam juga ISA yang dilabel zalim serta “draconian” oleh Barat, padahal mereka sendiri yang mencipta undang-undang ini ketika menjajah negara.

    ReplyDelete
  66. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jelas mahukan akta hasutan dikekalkan. Niat Zahid sangat difahami kerana portfolio dulu dan lebih-lebih lagi sekarang berkait rapat dengan undang-undang dan juga polis.

    ReplyDelete
  67. Rasionalnya katanya ialah ia membuka ruang pihak tertentu menyentuh empat perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan- kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

    ReplyDelete
  68. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang sedar asal-usul mereka yang cintakan negara ini dan keamanan serta status quo politik Melayu, mereka tak pasti melalui pindaan akta hasutan atau dengan erti sama iaitu akta baru mampu menangani isu-isu perkauman dan sebagainya.

    ReplyDelete
  69. Fitnah yang disebar melalui FB dan blog-blog serta tulisan berbaur hasutan serta menghina Rasulullah dan institusi raja-raja pada masa ini secara relatif berjaya disekat melalui akta hasutan. Rupa-rupanya akta ini berjaya mengajar puak yang kurang ajar itu supaya tidak lupa diri.

    ReplyDelete
  70. Undang-undang bagi mereka tak ubah macam pelapik kaki. Ia untuk digunakan sebagai lap kasut. Sama ada kerajaan serius nak pinda akta ini, semangat akta itu harus dikekalkan.

    ReplyDelete
  71. Benar media harus bebas tetapi kebebasan yang diberikan tidak harus dilihat lesen menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi ala-ala Mesir. Di Mesir, atau di negara Arab lain, cara menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik ini masih boleh diterima kerana siapa pun yang memerintah, ia hanya melibatkan satu bangsa sahaja – Mesir atau Arab.

    ReplyDelete
  72. Di Malaysia pula ceritanya lain, sudah ada tanda-tanda kaum pendatang bersikap cacing naik ke mata dan kaduk mendapat junjung. Tanpa rasa takut mereka menggunakan orang Melayu seperti Adam Adli dan sebahagian pemimpin Pas dan orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat untuk matlamat tersebut.

    ReplyDelete
  73. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa direman dua hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai ‘mati syahid’ baru-baru ini.

    ReplyDelete
  74. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di mana Husam ditahan.

    ReplyDelete
  75. Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.

    ReplyDelete
  76. Husam, 54, ditahan pada 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke Kota Baharu.

    ReplyDelete
  77. Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam dianggap sebagai ‘mati syahid’.

    ReplyDelete
  78. Bercakap kepada pemberita, Peguam Hisham Fauzi berkata seramai 10 peguam akan mewakili Husam bagi kes tersebut.

    ReplyDelete
  79. Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara.

    ReplyDelete
  80. Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara.

    ReplyDelete
  81. Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak. Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ktia harus memikirkan bukan sahaja sekiranya bila dihapuskan sekarang tetapi apakah implikasinya kepada semua nanti.

    ReplyDelete
  82. Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini, katanya. Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga…saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  83. Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75.

    ReplyDelete
  84. Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya … tapi meminda, kata beliau. Mengulas lanjut, beliau berkata: “Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu.

    ReplyDelete
  85. Terdahulu Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. Ahmad Zahid berkata pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  86. Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh, katanya. Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    ReplyDelete
  87. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat. Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

    ReplyDelete
  88. Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen,” jelasnya. Lanjutnya, "Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

    ReplyDelete
  89. Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan,” kata Ahmad Zahid. Beliau berkata semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan rakyat. Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara.

    ReplyDelete
  90. Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom pula berkata keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini.Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat seharusnya sedar penubuhan akta itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk.

    ReplyDelete
  91. Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan kerajaan untuk menjaga keharmonian negara.

    ReplyDelete
  92. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:42 PM

    Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan kerana tahap pemikiran rakyat di negara ini masih belum matang apabila berhujah mengenai ideologi dan berpolitik, kata penganalisis politik, Profesor Ahmad Martadha Mohamed.

    ReplyDelete
  93. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:43 PM

    Katanya, di sebalik amaran kerajaan agar kenyataan berbaur perkauman dan isu sensitif tidak diapi-apikan, namun ini tidak dihiraukan.

    ReplyDelete
  94. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:43 PM

    Justeru kata beliau, akta itu masih relevan untuk dikekalkan dalam sistem perundangan negara.

    "Dalam konteks hari ini Akta Hasutan masih relevan terutama masyarakat masih tidak matang dari sudut pemikiran, berpolitik dan dari sudut ideologi.

    ReplyDelete
  95. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:43 PM

    "Dalam beberapa isu termasuk, keagamaan, perkauman, sensitiviti walaupun seringkali ditegaskan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat lain kadang kala masih ada yang tidak begitu mempedulikan nasihat-nasihat demikian," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyuarakan hasrat untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

    ReplyDelete
  96. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:44 PM

    Ekoran tindakan pembangkang yang semakin berani mempengaruhi anak muda, kini dilihat gejala hasutan yang jelas membawa kesan negatif di mana keamanan negara semakin memburuk.

    Buktinya, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut ketika menyampaikan ucapan dalam satu Forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei yang lalu anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

    ReplyDelete
  97. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:44 PM



    Beliau didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas perbuatannya yang dilihat boleh mengancam keharmonian negara.

    Adam dalam ucapannya menggesa semua pihak untuk turun ke jalan raya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus ingin menggulingkan kerajaan memerintah.

    "Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapannya.

    Mengulas lanjut Martada yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, seandainya kerajaan nekad untuk meminda undang-undang tersebut, perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 prinsip demi keharmonian negara perlu dikekalkan.

    Jelasnya lagi, selain definisnya perlu diperjelaskan, rakyat harus sentiasa menjaga batas-batas perlakuan dan juga ucapan demi menjamin negara terus aman dan damai.

    "Kalaupun perlu dipinda pentakrifannya perlu lebih jelas, misalnya apa juga tindakan perkataan yang dilontarkan yang mampu menimbulkan konflik itu boleh dikategorikan sebagai akta hasutan. Definisi hasutan itu perlu diperjelaskan.

    "Walau apa pindaan yang ingin dibuat asasnya perlu dikekalkan.

    "Kita melihat apakah prinsip pelaksanaan akta ini adalah ingin mengekalkan keharmonian sesama berbilang kaum yang terdiri pelbagai bangsa." ujar beliau.

    Ruangan Komen

    VIDEO TERKINI

    PAS tetap menolak Syiah - Harun Taib

    PRK Sungai Limau: BN tak akan beri laluan kepada PAS - Penganalisis

    Nasional

    Laporan Audit: 15 kertas siasatan dibuka - SPRM

    P. Pinang meterai perjanjian asas pembinaan terowong dasar laut

    Kerajaan pertimbang KR1M hanya untuk rakyat Malaysia

    Dr Lee Chee Pheng pengerusi baru Gerakan Perak
    Dunia

    Penduduk takut tebuan gergasi

    Tiga juta terjejas bah di Thailand

    Chicago pulih selepas beberapa hari dilanda ribut salji, taufan

    Ribut Tropika Karen hampiri pantai Louisiana
    Komentar

    Jadikan 4 November hari kemenangan umat Melayu-Islam

    Chua Soi Lek harus jadi pemimpin budiman MCA

    Proses peremajaan politik: Iktibar daripada Kongres Khas DAP

    Masa depan DAP bagaikan telur di hujung tanduk?

    ReplyDelete
  98. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:45 PM

    Adam dalam ucapannya menggesa semua pihak untuk turun ke jalan raya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus ingin menggulingkan kerajaan memerintah.

    "Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapannya.

    ReplyDelete
  99. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:45 PM

    Mengulas lanjut Martada yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, seandainya kerajaan nekad untuk meminda undang-undang tersebut, perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 prinsip demi keharmonian negara perlu dikekalkan.

    Jelasnya lagi, selain definisnya perlu diperjelaskan, rakyat harus sentiasa menjaga batas-batas perlakuan dan juga ucapan demi menjamin negara terus aman dan damai.

    ReplyDelete
  100. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:46 PM

    "Kalaupun perlu dipinda pentakrifannya perlu lebih jelas, misalnya apa juga tindakan perkataan yang dilontarkan yang mampu menimbulkan konflik itu boleh dikategorikan sebagai akta hasutan. Definisi hasutan itu perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete
  101. Pembangkang PERLU Matang agar akta hasutan dapat dimansuhkan.October 6, 2013 at 8:46 PM

    "Walau apa pindaan yang ingin dibuat asasnya perlu dikekalkan.

    "Kita melihat apakah prinsip pelaksanaan akta ini adalah ingin mengekalkan keharmonian sesama berbilang kaum yang terdiri pelbagai bangsa." ujar beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.