Monday, July 8, 2013

Betulkah ada atlet SUKMA dirogol?

Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.

- Bernama

65 comments:
Write comments
  1. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggantung serta-merta semua atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih yang melanggar peraturan Perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.

    ReplyDelete
  2. Katanya, kesalahan itu termasuk membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, serta melakukan jenayah seperti kes rogol yang didakwa membabitkan beberapa atlet pasukan bola baling Wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  3. “Ini tanggungjawab MSWP dan saya minta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, berbincang mengenai tindakan awal, bukan hanya ke atas tiga yang dituduh (merogol), tetapi semua atlet dan pegawai yang terbabit insiden sebelum kejadian rogol didakwa berlaku.

    ReplyDelete
  4. “Jenayah rogol kita serahkan kepada polis, tapi bawa minuman keras yang melanggar disiplin SUKMA di bawah tanggungjawab MSN dan kementerian. Kes minuman keras sudah terbukti dan tidak boleh dimaafkan,” katanya selepas perlawanan akhir ragbi SUKMA 2013 di UPM, semalam.

    ReplyDelete
  5. Khairy mengulas laporan mengenai remaja berusia 19 tahun yang mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar, Rabu lalu di bilik penginapan Perkampungan Sukan Kolej Kedua UPM ketika temasya SUKMA 2013 berlangsung.

    ReplyDelete
  6. “Kita gantung semua atlet dan pegawai terbabit, Persatuan Bola Baling Wilayah Persekutuan serta MSWP diminta memutuskan nasib mereka. Ini saranan serius kementerian serta MSN dan surat rasmi akan dikeluarkan,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Sambil mengesahkan mangsa bukan atlet, sebaliknya pegawai tambahan pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang namanya tiada dalam dalam senarai diserahkan kepada MSN, beliau berharap, remaja berkenaan yang sehingga kini tidak dapat dihubungi, tampil membantu siasatan.

    ReplyDelete
  8. Di Johor Bahru, Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MHF), Pandak Ahmad, berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya jenayah seks membabitkan atlet sukan itu dan menyifatkan kes berkenaan sebagai sungguh memalukan kerana berlaku di perkampungan sukan.

    ReplyDelete
  9. “Pihak terbabit perlu dikenakan tindakan termasuk digantung daripada perlawanan, malah mereka yang menyeludup minuman keras juga harus dikenakan tindakan,” katanya sambil menambah MHF menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan.

    ReplyDelete
  10. Mungkin benar perkara ini perlu disiasat dengan lebih terperinci. Kebenaran itulah yang kita inginkan.

    ReplyDelete
  11. Kesalahan dalam hal ini adalah mereka ini telah membawa minuman keras kedalam kampus.

    ReplyDelete
  12. Siapa suruh pergi mabuk-mabuk di sana. Ada orang suruh buat semua itu?

    ReplyDelete
  13. Salah sendirilah kalau sudah minum beramai-ramai tambahan lagi kesalahan melanggar perkara yang dilarang.

    ReplyDelete
  14. Apa pun pihak polis harus menyiasat perkara ini dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  15. Perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku. Bagaimana mereka boleh minum bersama-sama sehingga mabuk.

    ReplyDelete
  16. Pengawasan seharusnya dibuat kepada semua atlet. Mungkin adalah kelemahan pengurusan itu sendiri kerana membiarkan mereka terlalu bebas.

    ReplyDelete
  17. Mereka yang melakukan kesalahan seharusnya dikenakan tindakkan.

    ReplyDelete
  18. Jenayah rogol ini memang tidak patut berlaku. Sungguh memalukan dan mencemarkan SUKMA kali ini.

    ReplyDelete
  19. Biarkan pihak polis membuat siasatan atas apa-apa laporan yang diterima oleh mereka. Kita sendiri pun tidak pasti lagi kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  20. Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong.

    ReplyDelete
  21. "Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan. Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil .

    ReplyDelete
  22. Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

    ReplyDelete
  23. Akhbar hari ini melaporkan remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.

    ReplyDelete
  24. Zolkples berkata pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam memastikan kawalan keselamatan terjamin di Perkampungan Sukan. Beliau berkata pegawai keselamatan hanya mengawal di persekitaran kawasan Perkampungan Sukan dan tidak melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik atlet.

    ReplyDelete
  25. "Kita mempunyai hampir 4,000 atlet di Perkampungan Sukan, tidak mungkin kita memeriksa setiap bilik. Kita juga mengadakan pengasingan blok mengikut jantina bagi tujuan keselamatan," katanya.

    ReplyDelete
  26. Polis telah merakam keterangan lima saksi bagi membantu siasatan kes rogol seorang pengiring pasukan bola baling di perkampungan sukan, Sukan Malaysia (Sukma) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Rabu lalu.

    ReplyDelete
  27. Difahamkan, mangsa yang berusia 19 tahun itu juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.

    ReplyDelete
  28. Sumber memberitahu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada pukul 3 pagi kelmarin, dan bertindak atas maklumat tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun telah ditahan kira-kira pukul 2 petang.

    ReplyDelete
  29. "Polis turut merakam percakapan lima orang saksi. Setakat ini siasatan berjalan dengan baik dan kita jangka kes ini selesai minggu depan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    ReplyDelete
  30. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga lelaki itu dan mereka telah direman selama seminggu.

    ReplyDelete
  31. Akhbar hari ini melaporkan mangsa mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu, selepas minum minuman keras bersama atlet bola baling di sebuah gelanggang bola keranjang.

    ReplyDelete
  32. Khairy Jamaluddin dalam nada tegas menyarankan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan digantung serta merta ekoran kesalahan membawa masuk minuman keras dalam perkampungan Sukan Malaysia XVI, Rabu lalu.

    ReplyDelete
  33. Tegas Menteri Belia dan Sukan, walaupun kes rogol melibatkan tiga atlet pasukan itu masih dalam siasatan polis, namun mereka terbukti didapati bersalah kerana melanggar disiplin Sukan Malaysia dengan membawa masuk minuman keras.

    ReplyDelete
  34. Kerana atlet ini berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), saya telah meminta Datuk Seri Zolkples (Embong), Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) supaya mengambil tindakan awal. Ktanya.

    ReplyDelete
  35. Beliau cadangkan kepada MSWP supaya bukan saja tiga atlet terlibat digantung, malah semua anggota pasukan yang lain, pegawai dan jurulatih yang terlibat turut digantung.

    ReplyDelete
  36. "Saya juga sarankan Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF), saudara Pandak (Ahmad) supaya melakukan perkara yang sama, iaitu gantung semua mereka yang terlibat dalam kes ini dan harap tindakan dapat diambil dengan cepat. katanya.

    ReplyDelete
  37. "MSWP dan persatuan berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebab itu kita boleh sarankan mereka mengambil tindakan ini.

    ReplyDelete
  38. Kita kena ingat, rogol dan melanggar disiplin adalah dua perkara berbeza di sini. Dalam kes jenayah, ia di bawah bidang kuasa pihak polis, jadi kita serahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

    ReplyDelete
  39. "Tetapi dalam kes membawa masuk minuman keras, ia adalah di bawah kuasa MSN dan KBS, jadi kita boleh menyarankan majlis sukan dan persatuan untuk mengambil tindakan. Surat rasmi akan dikeluarkan esok, ini cadangan kami," kata Khairy kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir acara ragbi Sukan Malaysia XVI.

    ReplyDelete
  40. Akhbar tempatan kelmarin melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

    ReplyDelete
  41. Jelas Khairy, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, beliau merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian itu telah mencacatkan temasya yang berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

    ReplyDelete
  42. Bagaimanapun beliau menegaskan, pihak penganjur telah mengambil langkah keselamatan yang paling ketat dan mengikut prosedur yang sepatutnya, namun kejadian yang berlaku dalam kawasan asrama penginapan atlet adalah di bawah tanggungjawab kontinjen sendiri.

    ReplyDelete
  43. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu. Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan

    ReplyDelete
  44. Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan. Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita," katanya lagi.

    ReplyDelete
  45. Kata Khairy, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontinjen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginapan dalam kawasan asrama adalah di bawah pengawasan kontinjen negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  46. Jelasnya, setiap pasukan mempunyai pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, pegawai pengiring, jurulatih dan sebagainya, justeru mereka ini harus bertanggungjawab penuh terhadap anggota mereka, termasuk hal-hal keselamatan.

    ReplyDelete
  47. Tindakan tegas ini harus menjadi mesej yang jelas kepada semua pegawai, jurulatih dan pengurus supaya lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  48. Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid (Abu Bakar) bahawa beliau akan mempercepatkan siasatan kes ini, ketiga-tiga suspek sudah ditahan reman. Katanya.

    ReplyDelete
  49. "Saya juga telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang," katanya lagi.

    ReplyDelete
  50. Pengundi harus bijak kali ini untuk menentukan masa depan tempat mereka. Mereka harus mengundi orang yang bukan sahaja berkelayakan tetapi orang yang benar-benar berjiwa rakyat. kerajaan Barisan Yang membawa mesej janji ditepati dan transformasi nampaknya adlah pilihan terbaik sekarang.

    ReplyDelete
  51. Perkara ini memang akan membawa kesan negatif terhadap imej sukan negara jika atlit tidak mengamalkan disiplin diri yang tinggi. biar mereka dikenakan hukuman agar menjadi pengajaran besar buat mereka dan atlit yang lain.

    ReplyDelete
  52. tidak kiralah di mana, klu kek yang enak diletak ditepi jalan atau ruang yang terbuka lalu anjing makan kek itu, takkan kita nak salahkan anjing?? salahkan tuan punya kek meletakkan kek di tpt yg boleh dimakan oleh anjing.

    ReplyDelete
  53. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:17 PM

    Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

    ReplyDelete
  54. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:18 PM

    Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
    Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

    ReplyDelete
  55. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:19 PM

    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu semtara siasatan dijalankan.

    ReplyDelete
  56. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:19 PM

    Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia nya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), beliau merasakan tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

    ReplyDelete
  57. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:19 PM

    “Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

    ReplyDelete
  58. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:20 PM

    “Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    ReplyDelete
  59. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:20 PM

    Sebelum ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan pegawai pengiring atlet berkenaan mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

    ReplyDelete
  60. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:21 PM

    Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.
    Ekoran kejadian, wanita berkenaan telah membuat laporan polis.
    Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan perkara tersebut dan ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.
    “Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

    ReplyDelete
  61. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:21 PM

    Button Badge 1
    “Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
    Sementara itu, Khairy turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit.
    Sementara itu, ketika memetik komen Khairy dari laman sosial Facebooknya, Khairy turut menambah, saranan supaya atlet berkenaan digantung turut disampaikan kepada Persekutuan Bola Baling Malaysia.
    “Lagipun, kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia.

    ReplyDelete
  62. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:22 PM

    “Beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.
    “Mereka telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini,” katanya.
    Mengulas perkara sama, Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu “post-mortem” segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.

    ReplyDelete
  63. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:22 PM

    “Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.
    “Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu,” jelas beliau.

    ReplyDelete
  64. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:22 PM

    Khairy turut menjelaskan, Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta. Malah katanya, kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut digunakan untuk menjaga aspek ini termasuk Unit Keselamatan UPM.
    “Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.

    ReplyDelete
  65. KEBODOHAN WANITA ITU SENDIRI MENYEBABKAN DIA DIROGOLOctober 3, 2013 at 8:23 PM

    Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ia tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana menjadi tanggungjawab anggota kontinjen sendiri.

    “Oleh kerana itulah, setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, jurulatih dan sebagainya. Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin,” ujar Khairy lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.