Thursday, July 11, 2013

Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan

Jabhah Ulama’ Al Azhar, sebuah badan terkemuka yang menghimpunkan ulama’ Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan padu kepada Dr Muhammad Mursi.

Presiden Jabhah Ulama’ Al Azhar, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) menyampaikan ucapannya di podium utama Raba’ah Al Adawiyah, Selasa malam 9 Julai 2013, menyatakan bahawa tindakan tentera melakukan kudeta merupakan satu kejahatan dan haram di sisi undang-undang.

Jabhah Ulama’ Al Azhar juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al Azhar Dr. Ahmad Ath-Thayyib yang menyokong kudeta tentera mengguling Dr.Muhammad Mursi. Jabhah meminta Syeikh Al Azhar meletakkan jawatannya dan menegaskan bahawa Dr.Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulama’ Al Azhar ini telah berdiri di awal tahun 1960-an, sebelum dibubarkan oleh rejim Jamal Abdul Naser. Sebelum pembubaran itu, pelantikan Syeikh Al Azhar dimusyawarahkan dalam Jabhah ini, bukan ditunjuk oleh Presiden Mesir.

Sementara itu, Syaikh ‘Ummul Qurra’ Mesir, Dr. Ahmad Isa Ma’sarawi telah bersedia turun ke Raba’ah Al Adawiyah dan seterusnya mengimami shalat tarawih bersama-sama rakyat.

Beliau turun untuk menyatakan dukungan kepada Presiden yang sah Dr Muhammad Mursi dan menolak rampas kuasa oleh pihak tentera.

Bukan itu saja, Dr Ahmad Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam tarawih di dataran Raba’ah sepanjang Ramadhan tahun ini.
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx