Wednesday, July 3, 2013

Kerajaan BN cuma tangguh GST

KEIKHLASAN Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27 Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.

Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.

Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”

Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.

Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bilabila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik. Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah – golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.

Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas. Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.

Di atas nama ‘Panel Kajian Semula Cukai (GST)’, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam belanjawan-belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.

Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk ìPerluasan Dasar Cukaiî (Kod 100600) yang bernilai RM 50juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, saya menggesa Menteri Kewangan supaya:

Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak

Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;

Memberi penjelasan lanjut sama ada jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;

Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.

Oleh LIEW CHIN TONG
xxx2

Komen Anda

126 Responses to " Kerajaan BN cuma tangguh GST "
Xeveria said...
July 4, 2013 at 11:06 AM

Belum Ada Keputusan Mengenai Pelaksanaan GST – Ahmad Husni

Kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya kerajaan kini sedang melaksanakan kajian mengenai GST berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa, berbanding kajian sebelum ini pada 2009.

“Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan ekonomi dan harga, maka kajian semula perlu dilakukan. Sehubungan itu, kerajaan belum lagi menetapkan bila GST akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, sambil mengambil kesempatan merungkai persoalan mengenai kesan pelaksanaan GST kepada golongan berpendapatan rendah.

“Berdasarkan kajian yang dibuat, jika GST dilaksanakan, kita berpendapat barangan keperluan asas wajar dikenakan GST pada kadar sifar yang mana barangan ini banyak digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman juga dikategorikan sebagai bekalan yang dikecualikan, yang bermaksud GST tidak dikenakan pada peringkat akhir pembekalan perkhidmatan berkenaan.

Katanya, daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 160 daripadanya telah melaksanakan GST.

“Tentunya kerajaan mahu sistem cukai terbaik dalam mengurus kewangan, iaitu meningkatkan hasil yang akan membolehkan peningkatan pendapatan negara untuk kepentingan pengguna dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ahmad Husni berkata, sejak 2010 hingga Jun 2013, 4,667 program penerangan GST telah dilaksanakan, yang melibatkan lebih 202,000 peserta.

Ia melibatkan tiga kumpulan sasar utama iaitu kerajaan, industri dan pengguna.


Yandra said...
July 4, 2013 at 11:08 AM

Kerajaan Tidak Akan Laksana GST Dalam Tempoh Jangka Dekat, Kata Husni

Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.”

“Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) di sini hari ini.

Selain menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

“Kami juga mengkaji sama ada kami boleh menyediakan sedikit bantuan kepada orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan, Husni berkata: “Kami perlu mengkaji semula di segi manfaat terhadap kerajaan, sektor swasta dan orang ramai,” kata Husni, sambil menyatakan kerajaan tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk melaksanakan cukai itu.

Semasa berucap sebelum itu, Husni menyeru institusi perbankan supaya member perhatian terhadap golongan berpendapatan rendah di bandar yang menerima gaji tetap tetapi sukar menyeimbangkan pendapatan masing-masing.

Katanya golongan itu terdedah kepada “jerung” peminjam wang haram berikutan peningkatan tekanan melebarkan permintaan kredit.

“Kesan aktiviti haram ini terhadap kehidupan sosial kita terlalu besar dan saya berharap anda dapat membantu menjauhkan kumpulan berpendapatan rendah itu daripada aktiviti kredit haram dan menarik mereka membuat pinjaman yang dikawal selia, bertanggung jawab dan selamat,” katanya.


Dauy said...
July 4, 2013 at 11:27 AM

Ramai lagi rakyat yang masih kurang memahami konsep GST, malah ada yang memberi persepsi negatif apabila cadangan pelaksanaannya dibincangkan secara lebih serius sehingga ke Dewan Rakyat. Sebenarnya cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Ariel said...
July 4, 2013 at 11:28 AM

Vital people understand GST before implementation

It is important to prepare people, businesses, companies and industries to be Goods and Services Tax-ready before its full implementation.

Deputy Minister of Finance Datuk Ahmad Maslan said the introduction of GST or value added tax would not burden Malaysians.

“What we need is to enhance the awareness programme in order to educate the people about the mechanism and concept of GST so that they will understand the advantages.

“GST is a system that is effective and fair which will replace the sales and services tax (SST),” he told a press conference before the presentation of Excellent Services Awards to 108 officers of the state Customs Department here yesterday.

“Understandably, GST will not burden the people as it will not be applied on basic daily necessities such as rice, sugar or things in the food and vegetables categories,” he said.

In fact, the people only need to understand that they were already paying taxes every day and GST would not be an added tax but one that would replace SST, he said.

Furthermore, he said the taxes collected would be put back to the system to benefit the people.

“There is nothing to fear about GST for 160 countries around the world have already implemented the system,” he said, adding that its implementation was not likely to happen this year as several studies in the final stages were still ongoing to ensure smooth implementation.

“Preparations are being finalised as it is a huge task which will involve the Customs Department especially in managing the transactions,” he said.

He said the government’s focus now was to carry out awareness programme to expose, inform and educate the general public about the system. As for the rate of GST to be imposed, Maslan said they would have to wait for the next budget to announce it.

Noting the negative response from the opposition about the full (GST) implementation, Maslan said it was an unwise thought as the country would be moving backward without it.

“With thorough studies and research being done by consultants, economists and analysts, this is the best system to boost the economy and the people’s welfare,” he said.

“Also, GST can help minimise the gap of ‘shadow economy’, a black hole in the market where unreported taxes are lost,” he said.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:29 AM

GST, apabila dilaksanakan, akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai kini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima hingga 10 peratus. kerajaan dijangka menurunkan cukai pendapatan dan korporat selepas GST dilaksanakan namun kadar penurunan belum diketahui.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:30 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersetuju bahawa GST harus dilakukan secara berperingkat. Semuanya harus dilakukan secara perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:31 AM

semua makanan asas telah ditetapkan tiada cukai, jadi GST tidak akan memberi kesan kepada barangan ini. Pilihan lain, sama ada anda ingin makan di restoran yang mengenakan cukai atau di restoran biasa, itu adalah pilihan sendiri. Anda boleh menentukan jenis perkhidmatan yang ingin digunakan.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:32 AM

Menurutnya, hanya perniagaan dengan perolehan RM500,000 dan ke atas setahun yang perlu berdaftar untuk GST. Jadi, restoran biasa atau kedai runcit yang tidak mencapai tahap itu tidak dikenakan cukai ini.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:33 AM

kesan GST kepada orang ramai dijangka tidak begitu ketara. Jika dilihat, perbelanjaan terbesar bagi seseorang adalah makanan asas, iaitu 60 peratus daripada pendapatan. Barangan ini tidak dikenakan cukai jadi kesannya kepada individu tidak ketara. Perkhidmatan kesihatan, perumahan, pengangkutan awam dan pendidikan juga dikecualikan daripada cukai.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:35 AM

GST atau cukai nilai tambah (VAT) telah digunakan di lebih 140 negara dan di Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum menggunakan sistem ini.


Tentera Kacang said...
July 4, 2013 at 11:36 AM

sehingga kini, terdapat pelbagai salah faham mengenai GST dan isu ini perlu dilihat dari sudut lebih objektif. Kepada yang berkata GST akan membebankan orang miskin, adakah mereka buat kajian terhadap corak perbelanjaan golongan ini?


Ggie said...
July 4, 2013 at 11:37 AM

GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung.


Rigat said...
July 4, 2013 at 11:37 AM

Kita percaya perlaksanaan GST ini ada sebabnya. Bukannya kerajaan suka-suka melakukan semua ini. Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.


Embaran said...
July 4, 2013 at 11:39 AM

Apa pun pengenalan untuk GST itu perlulah difahami oleh semua. Kerana sekarang ini masih ramai yang tidak tahu GST itu apa.


Veoleo said...
July 4, 2013 at 11:40 AM

Kita harapkan kerajaan akan mencari jalan yang terbaik untuk perkara ini. jangan memberikan dan tambah beban kepada golongan yang kurang berkemampuan. Sebaiknya cari bagi mengimbangkan perkara ini.


mattz sabah said...
July 4, 2013 at 11:41 AM

Kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Elysa said...
July 4, 2013 at 11:42 AM

Kenaikan harga khususnya pada barang kawalan subsidi tidak akan berlaku seperti yang didakwa, kata Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Karim.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu memberitahu, kementerian tersebut sentiasa menjalankan kerja pemantauan dan tidak ada sebarang perubahan pada harga barang kawalan subsidi yang didapati setakat ini.



Elysa said...
July 4, 2013 at 11:42 AM

“Dakwaan barang naik selepas pilihan raya adalah tidak benar sama sekali kerana fenomena turun naik harga ditentukan faktor permintaan dan bekalan…bukan pilihan raya,” katanya.


Elysa said...
July 4, 2013 at 11:44 AM

Isu tersebut turut giat dimainkan oleh pihak pembangkang sebelum dan semasa tempoh berkempen PRU13.

Rohani turut memberitahu bahawa pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan tidak ada kenaikan harga secara luar biasa berlaku.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 4:43 PM

Idris Jala kata kalau tak laksanakan GST negara akan bangkrap!


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:57 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

JIKA mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sepatutnya sudah dilaksanakan dua tahun lalu iaitu pada 2007.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:57 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bagaimanapun, pelaksanaannya yang diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:57 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Selepas empat tahun, kajian mekanisme GST menerusi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ketika ini sudah berada pada fasa terakhir dan akan dibentangkan pada akhir sidang Dewan Rakyat. Pelaksanaannya pula dijangka pada 2011.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:58 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:58 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:58 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:59 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah melaksanakan sistem cukai itu melainkan tiga buah negara sahaja iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:59 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Namun kita perlu realistik dalam membuat perbandingan kerana tidak semua pelaksanaan GST memberi kelebihan kepada negara-negara tertentu.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:59 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Di Kanada misalnya, kerajaan Parti Progresif Konservatif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney tumbang pada 1993 apabila memperkenalkan GST pada 1989.


ariba! said...
July 4, 2013 at 4:59 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Hong Kong juga ketika ini dikatakan sedang mengkaji semula pelaksanaan GST.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:00 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Ini secara tidak langsung menunjukkan pelaksanaan GST bukan mudah untuk diterima lebih-lebih lagi di kalangan rakyat.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:00 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Terdapat beberapa perkara daripada pelaksanaannya yang jika tidak diperhalusi boleh membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:00 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang agak perlahan ketika ini serta kos kehidupan yang agak tinggi, pelaksanaan GST mungkin dilihat tidak kena pada masanya.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:00 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Dalam sistem percukaian yang digunakan ketika ini misalnya, golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:01 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Tetapi selepas pelaksanaan GST, mereka bakal dikenakan cukai secara tidak langsung yang dipindahkan kepada perkhidmatan dan barangan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:01 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bagi rakyat berpendapatan rendah, hakikat itu mungkin satu bebanan berbanding dengan golongan kaya yang mendapat kelebihan kerana tidak lagi perlu membayar cukai yang tinggi serta beberapa cukai yang dikecualikan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:01 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Rakyat juga bimbang pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:03 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Gambaran-gambaran sebeginilah yang berlegar-legar di kalangan rakyat kebanyakan menyebabkan ramai yang masih belum faham mengenai GST.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:03 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Lebih malang, ia dimanipulasi pula oleh sesetengah pihak untuk menghentam kerajaan meskipun mereka mengetahui pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:03 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Hakikatnya, GST mengecualikan beberapa perkhidmatan dan barangan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk disediakan kepada rakyat kebanyakan, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:03 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Antaranya yang dijangkakan bebas GST ialah makanan, pendidikan, kesihatan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebajikan dan keagamaan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:04 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Perlu juga untuk difahami bahawa cukai GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pengguna dengan asas yang lebih meluas.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:04 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bukannya cukai perniagaan yang membolehkan kumpulan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:04 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Dalam situasi ini, peranan peniaga hanyalah sebagai ejen cukai kepada kerajaan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:05 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Kenaikan harga barang dalam satu-satu masa pula lebih kepada barangan mewah.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:05 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bagi pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Md Jani, beliau berpandangan GST memberi kelebihan dari dua sudut iaitu memudahkan kerajaan mengutip cukai dengan jaminan ia berjalan lebih cekap.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:05 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Dalam masa yang sama jelas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Ko-ordinator Pusat Informasi Usahawan di Kolej Profesional Mara, Melaka ini, pelaksanaannya juga dapat mengurangkan bebanan pembayar cukai pendapatan yang sebenarnya minoriti.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:05 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bagaimanapun katanya, GST wajar bermula pada kadar yang rendah sebelum dinaikkan beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:06 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Beliau mengambil contoh Singapura yang mula memperkenalkan GST pada 1994 pada kadar sebanyak tiga peratus dan menaikkan kepada lima peratus selepas itu.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:06 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Kadar itu tidak jauh berbeza dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu berkisar antara tiga hingga empat peratus yang relevan dengan situasi semasa.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:06 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Kadar yang rendah itu juga adalah komitmen kerajaan dalam mengimbangkan dengan kebajikan rakyat.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:06 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

"Rakyat sebenarnya mengharapkan agar kerajaan menjadikan matlamat mendapatkan pendapatan kerajaan yang lebih baik sebagai keutamaan dalam pelaksanaan GST ini.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:07 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Dalam hal ini, kerajaan perlu menggiatkan lagi aktiviti kebajikan untuk rakyat bagi mengimbangi beban cukai yang bakal mereka tanggung.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:07 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Contohnya menaikan jumlah biasiswa kecil persekutuan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan atau menambah peruntukan.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:07 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Ini bagi membolehkan lebih ramai dapat menikmatinya memandangkan cukai ini ditanggung oleh semua individu yang berbelanja termasuk pelajar-pelajar sekolah.


so what said...
July 4, 2013 at 5:07 PM

Kerajaan masih belum memutuskan bila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dapat dilaksanakan kerana ia masih di peringkat kajian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sekiranya kerajaan melaksanakan GST tersebut, mekanisme yang akan digunakan adalah melindungi golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan mahu sistem kutipan cukai yang terbaik dalam menguruskan kewangan kerana peningkatan hasil pendapatan akan membolehkan peningkatan perbelanjaan untuk kepentingan ekonomi.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:07 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Selain itu tambah Nassrul Hakim, perlu juga ada keseimbangan antara faedah kepada golongan berpendapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:08 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Ini kerana tambah 'definisi' pengurangan pendapatan kepada golongan kaya dan miskin amat berbeza.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:08 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

Bagi golongan berpendapatan tinggi katanya, pengurangan pendapatan bermaksud mereka kini hanya boleh melancong dalam negeri berbanding luar negara seperti sebelum ini.


ariba! said...
July 4, 2013 at 5:08 PM

GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

"Tetapi 'definisi' pengurangan pendapatan kepada golongan miskin bermakna jika dahulu mereka makan dua kali sehari, sekarang mereka terpaksa makan sekali sehari," ujar beliau.


so what said...
July 4, 2013 at 5:08 PM

GST merupakan satu sistem percukaian yang baik dan telah dilaksanakan di 140 negara. Bagaimanapun, kerajaan akan melakukan lebih banyak promosi serta memberikan penerangan mengenai persepsi negatif terhadap pelaksanaan GST. Rang Undang- Undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, ditangguhkan. Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:13 PM

Satu-persatu dakyah penipuan yang disebarkan oleh parti pembangkang dalam mencipta provokasi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sewaktu hari pembuangan undi, dakyah yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Haram dan penyokong mereka adalah kerajaan membawa masuk pengundi hantu dari negara luar. Penipuan ini terus disebarkan hingga kini dalam setiap ceramah PR yang menunjukkan mereka protes dengan keputusan PRU13 di mana kemenangan besar berpihak kepada Barisan Nasional (BN).


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:13 PM

Malah, mereka juga turut menyebarkan dakyah berlakunya ‘balckout’ ketika pengiraan undi sedang dijalankan dan mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi. Secara tidak langsung, PR sebenarnya mencabar kedaulatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya negara kita hingga mewujudkan provokasi dalam diri rakyat Malaysia. Yang terkini, mereka semakin galak pula mewujudkan dakyah kerajaan telah pun menaikkan harga barang-barangan asas selepas PRU13.


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:14 PM

Mereka giat menyalurkan dakyah ini di laman-lama sosial seperti Facebook dan Twitter dan dipercayai ditaja oleh DAP, ‘Red Bean Army’. Mereka menyebarkan dakyah palsu kenaikan harga barangan seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti untuk menghasut pemikiran rakyat dan menambah kebencian dalam hati rakyat sendiri kepada kerajaan. Jadi, mereka mahukan rakyat berfikir kononnya pakatan pembangkang lebih baik dalam mentadbir negara berbanding kerajaan BN.


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:15 PM

Dakyah kenaikan harga barang adalah tidak benar sama sekali kerana sekiranya ada pun kenaikan harga barangan ia dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini. Tindakan menyebarkan dakyah ini juga turut dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali. Rakyat seharusnya lebih bijak untuk menilai dalam hal ini dan bukan hanya nak ikut emosi.


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:16 PM

Azman telah menyebarkan penipuan itu di laman Twitternya dan turut di’retweet’ oleh Ketua Penipuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi, Azman baru-baru ini mengeluarkan kenyataan penyebaran dakyah itu hanyalah isu yang remeh dan tidak perlu di ambil pusing.
Nampak sangat Azman tidak punyai bukti dan asas yang kukuh untuk meneruskan dakyah penipuan ini.
Boleh pula Azman mahukan dakyah penipuan ini tidak diteruskan kerana hanya beranggapan isu ini terlalu remeh.
Sebenarnya Azman, akui sahaja dakyah yang cuba disebarkan ini adalah tidak benar sama sekali. Tak gitu?`


anwarista said...
July 4, 2013 at 5:17 PM

Boleh pula Azman mahukan dakyah penipuan ini tidak diteruskan kerana hanya beranggapan isu ini terlalu remeh. Sebenarnya Azman, akui sahaja dakyah yang cuba disebarkan ini adalah tidak benar sama sekali. Tak gitu?`


Anonymous said...
July 4, 2013 at 5:37 PM

BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.
KAUT UNTUNG MELALUI RAKYAT...balun


Anonymous said...
July 4, 2013 at 5:40 PM

GST sudah dibaca dua kali...hehehe..cuma sekali jee lagi untuk dibaca bagi diluluskan...maka kereta yang membawa dokumen GST stop sekejap di hentian..untuk minum-minum dan tinjau-tinjau..ada lagi ke penonton yang menyaksikan perlumbaan ini...hehehe..kalau line clear maka..kereta GST pun akan dipacu ke garisan penamat...


Anonymous said...
July 4, 2013 at 5:42 PM

salah satu org kampung tu mestinya anwarista..poyooo


Anonymous said...
July 4, 2013 at 5:44 PM

kasi lulus sja GST tu x payah tanguh2!! aku dah tak sabar dah ni! lepas tu petrol plak bila lagi nak naik? aku betul2 tak sabar dah ni akhir sekali padan muka org yg pangkah DUTCHING!!!!!


Anonymous said...
July 4, 2013 at 5:44 PM

Sebenarnya kerajaan Be End dah lama kenakan GST kpd semua rakyat Malaysia.Kalau x caya gilah ke KFC. Malahan secara senyap2 GST telah pun dikenakan di banyak tempat.Inilah akibatnya memangkah Be End.Akhirnya rakyat semua menanggung beban.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:16 PM

GST is a consumption tax based on the value-added concept. GST is imposed on goods and services at every production and distribution stage in the supply chain including importation of goods and services.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:18 PM

GST is a more comprehensive, effective, transparent, and business friendly tax system. GST can overcome the various weaknesses inherent in the present consumption tax system.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:19 PM

The inherent weaknesses under the present tax system are the cascading tax, double tax and pyramiding tax, tax erosion and leakages through transfer pricing and other means.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:20 PM

GST is expected to increase tax compliance and is easier to administer in view of its self policing method.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:21 PM

the businesses are required only to submit simplified tax returns based on prescribed formats.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:29 PM

All records and documents relating to the relevant transaction are required to be kept in the business premises for audit by the GST auditor.


sora said...
July 4, 2013 at 9:38 PM




The GST implementation is part of the government’s tax reform programme to enhance the capability, effectiveness and transparency of tax administration and management.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:55 PM

The purpose of the government in proposing the GST at a lower rate is to neutralize GST impact on the rakyat and consumers so as not to unduly burden the rakyat especially the lower income group


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:55 PM

By imposing GST at a lower rate, it is expected that the consumers will benefit from the price reduction in most of the goods and services.


Anonymous said...
July 4, 2013 at 9:58 PM

GST is charged and collected on all taxable goods and services produced in the country including imports.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:36 PM

Sebetulnya saya tidak tahu bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menguruskan kebanjiran pusat-pusat hiburan yang tumbuh subur sejak Pakatan Haram menjajah negeri itu kira-kira lima tahun yang lalu. Mungkin mereka uruskan hal tersebut dengan menggunakan kepala lutut!


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:36 PM

Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri berkaitan, Teng Chang Kim menyalahkan rakyat Selangor yang tidak memberikan maklumat pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menangani pusat maksiat haram di negeri itu.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:37 PM

Menurut Chang Kim, hampir seribu premis hiburan dan rumah urut haram dikenal pasti di seluruh Selangor dan pihaknya mengaku telah hilang kawalan bagi menangani gejala tidak sihat yang mengancam negeri termaju itu.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:37 PM

Pertamanya, saya ingin bertanya Exco terbabit, siapakah yang bertanggunjawab dalam hal mengawal pusat-pusat hiburan, maksiat, judi dan rumah urut haram itu? Atau lebih tepat lagi, siapa “boss” atau “dalang” di sebalik kegiatan yang melanggar undang-undang PBT itu?


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:37 PM

Rasanya Chang Kim boleh bertanya sendiri pada Ronnie Liu. Bukankah sebelum ini ramai pihak yang menuding jari padanya? Malah ada dakwaan yang mengatakan bahawa Ronnie merupakan “taiko” yang melindungi kegiatan kongsi gelap dan aktiviti tidak bermoral di sekitar Selangor, bukan?


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:38 PM

Pada saya, Chang Kim tidak wajar sama sekali meletakkan kesalahan tersebut di bahu rakyat. Rakyat tidak memberi maklumat yang lengkap pada PBT? Biar betul!


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:38 PM

Setahu saya, sudah berkali-kali rakyat Selangor dan orang ramai mengadu mengenai kegiatan premis-premis maksiat yang berleluasa di kawasan masing-masing. Malah pihak media pula sering menerbitkan laporan-laporan yang “panas” mengenai kegiatan maksiat yang berpunca dari premis-premis haram tersebut. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dilaporkan dalam bentuk “investigative report”.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:38 PM

Saya tertanya-tanya, dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media, apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat berbuat sesuatu mengenainya? Apakah Chang Kim tidak dapat berfikir dengan otak dan akal bahawa pihaknya boleh menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi meneliti dakwaan orang ramai dan menyiasat sedalam-dalamnya tentang kegiatan pusat-pusat maksiat haram itu?


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:40 PM

Seterusnya, apakah Chang Kim meletakkan otaknya di bawah tapak kaki apabila tidak dapat berfikir untuk mengambil tindakan tegas melalui hasil siasatan pasukan khas tersebut? Saya menyarankan agar Chang Kim merekrut Unit Amal PAS untuk menyiasat premis-premis hiburan dan maksiat di sekitar Selangor dan bertindak bagi pihak kerajaan negeri. Unit Amal PAS sangat sesuai buat kerja begini.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:40 PM

Lagipun, bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP? Setahu saya, maklumat mengenai kebanjiran pusat maksiat sama ada haram atau berlesen di Selangor sudah menjadi isu panas sejak lima tahun lalu.


Bernardette Bugrunter said...
July 5, 2013 at 2:41 PM

Malah beberapa siri youtube turut menjadi viral panas menyindir sinis Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang seolah-olah menjadikan negeri itu sebagai Darul “Massage”. Takkanlah Chang Kim tidak perasan tentang sindiran itu? Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah sita mana-mana premis yang patut! Jangan takut pada Ronnie Liu. Dia tak boleh buat apa-apa, dia sudah tidak berjawatan besar dalam Kerajaan Pakatan Haram Selangor lagi. Atau Chang Kim takut pada Ronnie Liu? Kalau takut, cakap sajalah takut…


Anonymous said...
July 5, 2013 at 4:58 PM

yang paling bodoh..tagap-tagap pindik..balun gst


LimYT said...
July 6, 2013 at 10:13 AM

Cukai cuma dikenakan kepada syarikat yang mencapai pendapatan lebih dari 500,000.


Holdy said...
July 6, 2013 at 10:14 AM

Kedai yang menjalankan perniagaan haram dan tanpa lesen bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.


Shinia said...
July 6, 2013 at 10:15 AM

Siapakah yang sebenarnya dimanfaatkan melalui GST?


Zyo said...
July 6, 2013 at 10:16 AM

When the right time to implement GST?


Renu said...
July 6, 2013 at 10:18 AM

Semoga beban rakyat dapat diringankan.


GST said...
July 6, 2013 at 2:14 PM

GST is required to address Malaysia’s fiscal deficit and provide for the transformation of a fundamental and equitable tax system in the country. At the moment, only a small population base pays taxes, approximately 10% of the workforce or 5.6% of the nation’s 28 million population.


GST said...
July 6, 2013 at 2:17 PM

As we move forward, another concern is that export revenues are likely to decline with tepid economic conditions in international markets coupled with declining import duties due to trade liberalisation.


GST said...
July 6, 2013 at 2:18 PM

At a time when the government is looking for a stable source of revenue, it is even more necessary to implement the GST which provides a stable source of income which is less susceptible to economic downturns due to the consumption nature of the tax.


GST said...
July 6, 2013 at 2:19 PM

This would become more imperative as many government projects are in the pipeline. The projects would directly benefit the people. Its execution should not be hampered by the lack of government revenues.


GST said...
July 6, 2013 at 2:20 PM

Still, there are lingering concerns. One notable issue is inflation. If that kicks in, it would exacerbate the burden of the people that would soon have to contend with subsidy rationalisation programme that would inflate all prices of goods and services.


GST said...
July 6, 2013 at 2:20 PM

It was estimated that if the GST rate is set at around 7%, the effective rate in neigbouring Singapore at the moment, the nation woud rake in approximately RM27 billion.


GST said...
July 6, 2013 at 2:21 PM

This could be channelled towards the various government programmes that would ensure the wellbeing of the people.


GST said...
July 6, 2013 at 2:22 PM

The additional income raised could be channelled towards the wellbeing of the people through assistance such as Bantuan Rakyat 1Malaysia that could be targeted at groups of people that would continue to need assistance.


GST said...
July 6, 2013 at 2:22 PM

The GST would also attempt to address the inherent weaknesses of the existing sales and services tax and progressively reduce the corporate and income tax simultaneously with the implementation of the GST.


GST said...
July 6, 2013 at 2:23 PM

Tax consultants have pontificated that there are myths that need to be debunked to inspire the confidence of the people, notably that there would be a general increase in prices across the board.


GST said...
July 6, 2013 at 2:23 PM

There are a large number of goods property that would be exempt from the GST. It includes essential foodstuff, water and electricity, government services and public transport, health, education, highway, toll financial and residential.


GST said...
July 6, 2013 at 2:24 PM

On top of that, there are legislations such as the Anti-Profiteering Act that is in place that would deter retailers from charging excessively on goods.


GST said...
July 6, 2013 at 2:24 PM

Fears of the proposed implementation of GST could be allayed with the fact that it is implemented in 140 countries. The only three countries in the region yet to implement the tax regime are Brunei, Myanmar and Malaysia.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:02 AM

Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak popular dan mendapat kritikan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menggesa kerajaan terus melaksanakannya bagi menjana pendapatan negara.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:05 AM

Beliau berkata, sememangnya pelaksanaan GST di Malaysia bukan satu langkah popular tetapi sistem cukai baru itu perlu dilaksanakan bagi menjamin pendapatan kepada kerajaan sekaligus membolehkan pembangunan negara terus dapat dilaksanakan.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:17 AM

Kenyataan Nur Jazlan hadir selepas kadar pertumbuhan negara tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini juga telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5% dan 5% daripada antara 5% dan 6% sebelum ini.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:18 AM

Dalam laporan suku kedua tahun ini, BNM melaporkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 4.3%, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9%.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:19 AM

Beliau turut menggesa supaya rakyat perlu diberi penjelasan supaya mengetahui fakta sebenar mengenai GST serta sebab mengapa sistem itu perlu dilaksanakan dengan segera.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:19 AM

"Masalahnya di Malaysia ini, persepsi lebih diterima sebagai fakta sehingga menyebabkan fakta dianggap sebagai penipuan, begitu hebat putar belit pembangkang yang meracuni fikiran rakyat mengenai GST ini," kata beliau.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:38 AM

Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiskal yang sudah melebar kepada RM14.9 bilion, selain penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:40 AM

Mengulas mengenai GST lagi, Nur Jazlan, berkata Malaysia adalah antara kelompok kecil negara di dunia ini, yang masih belum melaksanakan GST, sedangkan lebih 200 negara seluruh dunia termasuk Mesir, Thailand, Filipina dan Singapura sudah melaksanakannya.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:42 AM

"Malah Indonesia, Nigeria serta Pakistan sudah melaksanakan GST, adakah Malaysia terlalu teruk sehingga masih tidak boleh melaksanakan GST," ujarnya lagi.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:46 AM

Beberapa hari lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:48 AM

Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:51 AM

Najib bakal menghadapi cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.


GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negara said...
October 9, 2013 at 9:54 AM

Malaysia mencatatkan hutang kerajaan kepada KDNK 53.1% daripada KDNK pada 2012.

Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini.


viv john said...
October 14, 2013 at 3:01 PM

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Grava , pemberi pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e- mel di : ( anitagrava@live.co.uk )

DATA PEMINJAM 'S

1) Nama Penuh : .......................................................
2 ) Negara: ...........................................................
3) Alamat : ..........................................................
4) Negeri : ..............................................................
5 ) Seks : ................................................................
6) Status Perkahwinan: .................................................
7) Pekerjaan: .....................................................
8) Nombor Telefon : ................................................
9) kedudukan masa ini di tempat kerja: .....................
10 ) Pendapatan Bulanan: .............................................
11) Jumlah Pinjaman Diperlukan : .....................................
12) Tempoh Pinjaman : ................................................
13) Tujuan Pinjaman : ............................................
14) Agama: ........................................................
15) Pernahkah anda memohon sebelum .................................

terima kasih,
Puan Anita


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx