Tuesday, July 9, 2013

Pelan Transformasi Najib Dihentam Oleh Ahli UMNO

Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.

Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata.

“Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya.

“Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain.

Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah.

Jafri turut mendedahkan ketidaktelusan yang berlaku membabitkan pemberian wang lokaliti di setiap kawasan Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 lalu.

Menurutnya, terdapat kadar yang selaras untuk setiap Dun, namun perkara itu tidak berlaku kerana didakwa wujud penyelewengan.

“Sepanjang saya menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan dalam Umno, perkara ini tidak pernah berlaku.

“Lokaliti dibayar RM10 saja dalam Dun Batang Kali, sedangkan di Dun lain lebih tinggi (mengikut kadar sebenar). Ini persoalan saya, tapi yang jelas transformasi masih tidak berlaku,” katanya.

Katanya, isu pemindahan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dibawa ke Hulu Yam tetapi dibawa keluar tanpa pengetahuan pemimpin didakwa turut berlaku.

Menurutnya, semua pendedahan beliau mempunyai fakta dan bukti nyata dan bukan tuduhan melulu.

“Saya juga yakin dan percaya banyak laporan yang sampai kepada Perdana Menteri daripada ketua-ketua bahagian yang tidak telus.

“Inilah antara punca tewasnya BN di enam kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang pada awalnya BN menzahirkan keyakinan tinggi untuk menang sedangkan laporan dihantar tidak telus.

“Bagi saya kalau berlaku ketidaktelusan di peringkat ba-hagian dan negeri, kesannya adalah kekalahan berterusan di Selangor dan jangan hairan jika PRU ke 14 kita tewas lagi,” katanya.

Beliau berharap pemimpin Umno mengikut transformasi sebenar yang dibawa Presiden parti sekiranya mahu melihat kelangsungan berterusan. -SH

12 comments:
Write comments
  1. tranformasi yang baik harus disokong

    ReplyDelete
  2. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:22 PM

    Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  3. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:23 PM

    Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  4. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:23 PM

    Blog
    Dasar Transformasi Negara BerjayaMac 20th, 2013 by Najib Razak


    Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.



    Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan semalam, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.

    ReplyDelete
  5. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:24 PM

    Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  6. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:24 PM

    Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.

    ReplyDelete
  7. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:25 PM

    Saya juga gembira kerana kadar kemiskinan negara berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.

    ReplyDelete
  8. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:25 PM

    Selain itu, saya sangat berbangga apabila insiatif yang diperkenalkan Kerajaan berjaya mengeluarkan kira-kira 100,000 orang rakyat daripada belenggu kemiskinan. Sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan agar setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM3.78 bilion untuk membiayai subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.

    ReplyDelete
  9. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:26 PM

    Ini membuktikan setiap apa yang diperkenalkan Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ia sekali gus selari dengan konsep 1Malaysia yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Sebab itulah, semasa perbentangan semalam, saya turut mengumumkan yang Kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:26 PM

    Kesemua kejayaan itu adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan yang bertungkus lumus memastikan setiap daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berjaya dilaksanakan. Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah. Kesemua NKRA ini, Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat berpanjangan kepada semua rakyat.

    ReplyDelete
  11. BN dulu bukan lagi BN yang sekarang!October 5, 2013 at 9:26 PM

    Dengan kecemerlangan prestasi negara itu, saya berharap rakyat dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan agar setiap apa yang dirancangkan untuk masa depan negara dapat dilaksanakan. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti tinggi, yang berinovasi, dan yang sanggup mengambil risiko.Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan sebuah taman kebahagiaan untuk semua.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kepada kerajaan BN di atas program BR1M yang banyak membantu rakyat, hidup BN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.