Monday, July 15, 2013

Rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguh

Kekeliruan besar mengenai pemilikan tanah punca pembinaan rumah kepada penduduk kampung yang hilang kediaman dalam serangan di Lahad Datu Mac lalu, tertangguh

Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional (MKN), Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata mereka bekerjasama dengan Pejabat Tanah Sabah bagi mengatasi masalah itu.

"Ya, benar penduduk kampung yang kehilangan rumah dalam serangan itu dijanjikan kediaman ganti bernilai RM50,000.

"Penduduk kampung cuma perlu beri pengenalan diri dan plot tapak tanah rumah mereka untuk dibangunkan binaan rumah sebagai pampasan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, masalah bermula apabila semakan dengan Pejabat Tanah Sabah mendapati tapak rumah mereka selama ini dimiliki individu lain.

"Siasatan lanjut mendapati kebanyakan penduduk kampung yang terjejas bukan pemilik sebenar tanah yang menempatkan rumah mereka.

"Jika kerajaan membina rumah ganti atas tapak tanah yang bukan dimiliki penduduk kampung berkenaan, apa akan jadi apabila pemilik sebenar menuntut rumah berkenaan.

"Kita tidak boleh terima bulat-bulat semua kata-kata penduduk kampung kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bersalah kehilangan tanah mereka," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata, MKN juga berdepan masalah penduduk kampung yang kehilangan rumah ketika serangan itu, tidak memiliki kad pengenalan diri atau surat beranak.

"Kami kena pastikan penduduk kampung yang tuntut pampasan itu bukan pendatang," katanya, menambah ada kes membabitkan tiga keluarga mendiami sebuah rumah sedangkan hanya satu keluarga layak memperolehnya.

Difahamkan, kerjaan Sabah memaklumkan kontraktor untuk membina rumah ganti di tapak tanah yang tidak berpenghuni bagi menyelesai kemelut itu.

Sebanyak 26 rumah bakal dibina di Kampung Tanjung Batu dan 47 di Kampung Tanjung Labian.

Mac lalu, MKN menjanjikan rumah ganti kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan kediaman mereka musnah akibat serangan berkenaan. 14 Julai, 2013. -TMI

17 comments:
Write comments
  1. Kerajaan akan membina semula 73 rumah yang musnah akibat insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu baru-baru ini.

    Sebanyak 46 unit kediaman akan dibina bagi fasa pertama yang melibatkan 21 unit di Kampung Tanjung Batu dan 25 unit (Kampung Tanjung Labian) manakala baki 27 unit lagi dalam fasa dua, sebaik sahaja hal-hal berkaitan pemilikan rumah dan tapak yang akan dibangunkan selesai.

    ReplyDelete
  2. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pelaksanaan yang pantas bagi kerja-kerja pembinaan semula ini dibuat selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat kehidupan masyarakat di sana kembali normal selepas pencerobohan berdarah tersebut.

    ReplyDelete
  3. "Perdana Menteri semasa lawatannya ke Lahad Datu pada 13 April lalu memberikan jaminan bahawa rumah yang dibina semula akan lebih baik dan selesa daripada kediaman mereka yang musnah, sesuai dengan peruntukan yang telah diluluskan kerajaan.

    "Pihak pemaju juga telah diberi tempoh 100 hari untuk menyiapkan projek ini dan rumah-rumah yang dibina pula bersifat kekal dan selamat dari segi reka bentuk, pembinaan dan bahan-bahan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Menurutnya, bagi penduduk kampung warganegara Malaysia yang mempunyai tanah bermilik, kediaman akan dibina semula di atas tanah yang sama.

    "Bagi penduduk yang tidak mempunyai tanah, pembinaan rumah akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri,'' jelasnya.

    ReplyDelete
  5. KERAJAAN SENTIASA PRIHATIN TERHADAP MANGSA TRAGEDI LAHAD DATU DAN BERUSAHA MEMBERIKAN BANTUAN YANG SEWAJARNYA

    Tambah beliau, bagi kediaman yang mengalami kerosakan akibat insiden itu, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan diselaraskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    ReplyDelete
  6. Suda ada penjelasan tentang perkara ni.tidak payahla ada pihak cuba ambil kesempatan untuk cari isu politik baru.

    ReplyDelete
  7. Inilah akibatnya membina rumah di tanah milik orang lain.

    ReplyDelete
  8. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 11:59 AM

    Kekeliruan besar mengenai pemilikan tanah punca pembinaan rumah kepada penduduk kampung yang hilang kediaman dalam serangan di Lahad Datu Mac lalu, tertangguh

    ReplyDelete
  9. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:00 PM

    Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional (MKN), Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata mereka bekerjasama dengan Pejabat Tanah Sabah bagi mengatasi masalah itu.

    "Ya, benar penduduk kampung yang kehilangan rumah dalam serangan itu dijanjikan kediaman ganti bernilai RM50,000.

    ReplyDelete
  10. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:01 PM

    "Penduduk kampung cuma perlu beri pengenalan diri dan plot tapak tanah rumah mereka untuk dibangunkan binaan rumah sebagai pampasan," katanya.

    ReplyDelete
  11. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:02 PM

    Bagaimanapun, beliau berkata, masalah bermula apabila semakan dengan Pejabat Tanah Sabah mendapati tapak rumah mereka selama ini dimiliki individu lain.

    ReplyDelete
  12. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:02 PM

    "Siasatan lanjut mendapati kebanyakan penduduk kampung yang terjejas bukan pemilik sebenar tanah yang menempatkan rumah mereka.

    "Jika kerajaan membina rumah ganti atas tapak tanah yang bukan dimiliki penduduk kampung berkenaan, apa akan jadi apabila pemilik sebenar menuntut rumah berkenaan.

    ReplyDelete
  13. "Kita tidak boleh terima bulat-bulat semua kata-kata penduduk kampung kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bersalah kehilangan tanah mereka," katanya.

    Mohamed Thajudeen berkata, MKN juga berdepan masalah penduduk kampung yang kehilangan rumah ketika serangan itu, tidak memiliki kad pengenalan diri atau surat beranak.

    ReplyDelete
  14. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:03 PM

    Kami kena pastikan penduduk kampung yang tuntut pampasan itu bukan pendatang," katanya, menambah ada kes membabitkan tiga keluarga mendiami sebuah rumah sedangkan hanya satu keluarga layak memperolehnya.

    ReplyDelete
  15. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:04 PM

    Difahamkan, kerjaan Sabah memaklumkan kontraktor untuk membina rumah ganti di tapak tanah yang tidak berpenghuni bagi menyelesai kemelut itu.

    Sebanyak 26 rumah bakal dibina di Kampung Tanjung Batu dan 47 di Kampung Tanjung Labian.

    ReplyDelete
  16. Tanah nama orang lain punca rumah ganti penduduk Lahad Datu tertangguhOctober 2, 2013 at 12:05 PM

    Mac lalu, MKN menjanjikan rumah ganti kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan kediaman mereka musnah akibat serangan berkenaan. 14 Julai, 2013.

    ReplyDelete
  17. Diharap kerajaan memerikas semua identiti penduduk di kawasan berkenaan, mereka mungkin adalah tali barut pengganas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.