Tuesday, November 4, 2014

Anwar dihukum, PR himpun di Dataran Merdeka?

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang hari ini mengingatkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berhimpun di Dataran Merdeka jika ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman.

Beliau berkata, walaupun beberapa hari sebelum ini penyokong Anwar berkurangan di luar Mahkamah Persekutan di Istana Kehakiman, Putrajaya, namun kekuatan sebenar mereka akan ditunjukkan hujung minggu ini.

"Perjuangan kita bukan medannya di mahkamah. Medan kita luas di seluruh Malaysia. Kalau berani, petang ini Anwar dihukum, jangan pandang hanya tidak sampai 2,000 yang datang di sini. Jangan pandang remeh kerana ini orang di barisan pertama.

"Jangan mereka fikir tidak ada orang lagi. Kalau petang ini berani mereka hukum Anwar, hari Sabtu Ahad yang akan datang, kita himpun di Dataran Merdeka," katanya ketika berucap di depan kira-kira 500 hadirin hari ini.

Ahli Parlimen Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua berkata walaupun Anwar mungkin berdepan dengan keputusan yang tidak memihaknya pada hari ini, namun sokongan mereka tetap berterusan.

Katanya, himpunan rakyat pada hujung minggu ini, jika Anwar dihukum, akan menjadi gelombang kedua simbol reformasi.

"Perjuangan kita tidak akan berakhir di sini. Kita pastikan lautan manusia akan membanjiri Dataran Merdeka hujung minggu ini. Itu tempat kita.

"Kita akan tunjukkan kekuatan. Kita berhimpun kalau Anwar dihukum. Ini ikrar kita. Ini janji kita.

"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka menunjukkan gelombang kedua reformasi kebangkitan rakyat bagi jatuhkan rejim ini," katanya. –TMI
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Anwar dihukum, PR himpun di Dataran Merdeka? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx