Saturday, November 1, 2014

Pakatan lebih bercelaru dari BN kata Najib

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pemimpin atasan parti komponen supaya memperkukuhkan kerjasama agar anak buah lebih mudah mengikut keputusan kepimpinan.

Beliau turut menyindir Pakatan Rakyat yang menurutnya lebih bercelaru daripada BN.

“Pakatan lebiih bercelaru daripada BN,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Apabila ditanya sama ada terdapat perbalahan antara akar umbi parti komponen BN, Najib tidak menjawab, sebaliknya menyeru parti komponen supaya meningkatkan kerjasama antara parti.

“kita boleh pastikan kerjasama boleh dijalankan menerusi program bersama dan persefahaman pihak atasan.

“Kalau pihak atasan menunjukkan kepimpinan yang positif maka anak buah di bawah lebih mudah untuk ikut apa kita lakukan di peringkat atasan,” kata Najib.

Mengenai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya Sarawak, Najib berkata, BN akan membincang segala perkara dan membuat persediaan secukupnya.

Mengulas mengenai usaha Gerakan berhubung pemilihan calon pilihan raya umum ke-14, Najib berkata tiada masalah untuk parti itu menyediakan calon lebih awal.

“Kita akan sediakan calon lebih awal kerana kita belum tentukan bila tarikh yang paling sesuai.

“Kita di peringkat awal mesti kenal pasti bakat sebelum tentukan calon kita,” katanya.

Najib berkata, mesyuarat malam tadi juga membincang beberapa kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil.

Beliau berharap kejayaan itu boleh dijadikan sebagai contoh untuk BN membuat persediaan rapi supaya lebih bersedia menghadapi cabaran masa akan datang.

“Kita perlu melihat soal dalaman parti masing-masing, memperkukuh jentera masing-masing dan tunjuk tahap komitmen tinggi utk kejayaan BN,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata BN juga akan mempertingkat usaha penerangan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam Bajet 2015, yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dalam pembangunan
negara.

Beliau berkata ini termasuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan serta konsep ekonomi rakyat yang dukungannya yang memberi tumpuan kepadapeningkatan ekonomi rakyat berbanding ekonomi kapitalis.

"Ini perlu diperjelas kepada rakyat supaya tujuan baik kerajaan dapatditerima dengan positif," katanya.

-mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.