Wednesday, July 10, 2013

Dewan Kecoh Kes Zahid Tumbuk Ahli Perniagaan

Tindakan seorang Ahli Parlimen DAP yang meminta penjelasan daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu perbicaraan melibatkan Menteri Dalam Negeri itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh-rendah kira-kira setengah jam.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta Zahid memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak polis terhadap menteri tersebut mengenai satu laporan berhubung dakwaan tuduhan menyerang dan cubaan membunuh pada 2006.

"Bukan sahaja isu jenayah, tetapi lebih penting apabila tiada tindakan yang diambil polis seperti kes yang telah dilaporkan. Kes jenayah serius, kes cubaan membunuh.

“Rakyat buat laporan tapi tak ada tindakan, malah tindakan diambil sebaliknya. Tak ambil tindakan tapi naikkan pangkat kepada kerusi yang paling berkuasa dari polis.

"Satu laporan polis dibuat terhadap kamu!," kata Gobind.

Tindakan itu mengundang teguran dari Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta Gobind bertanya dengan cara yang lebih "lembut".

Suasana riuh rendah itu berterusan apabila beberapa MP bangun untuk menyertai perbahasan, termasuk Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Mohamad Hanipa Maidin (PAS-Serdang).

Ucapan para MP berkenaan bagaimanapun kemudiannya dihalang oleh Pandikar yang meminta wakil rakyat berkenaan duduk untuk memberi ruang kepada Zahid untuk menjawab.

Zahid dalam jawapannya selepas itu mempersoalkan tindakan Gobind dalam membangkitkan isu berkenaan kerana MP tersebut merupakan peguambela dalam kes berkenaan.

"Kerana kamu adalah peguam bela dan ada kepentingan terhadap orang itu, melakukan tuduhan. Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu dan ini bukan kes jenayah tetapi sivil. Kamu ada kepentingan.

"Jika saya dengar awak, awak kena dengar saya. Kes ini kes sivil. Kita jumpa di mahkamah," kata Zahid.

Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah.

Amir Bazli, 39, pada Ogos 2007 memfailkan saman ke atas Zahid dan mendakwa menteri itu menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada Januari 2006.

Pada Julai 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh. -mk

56 comments:
Write comments
  1. Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah menempelak DAP supaya berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara kerana mereka melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak, slogan CAT itu boleh dianggap tidak lebih daripada kucing kurap, kata Tunku Aziz.

    ReplyDelete
  3. Label kucing kurap itu tidak dijawab oleh Lim Guan Eng DAP meski pun tabiat beliau yang begitu cepat untuk memberi respons kepada apa sahaja isu politik yang dilihat menguntungkan beliau dan parti DAP.

    ReplyDelete
  4. Slogan Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) yang didendangkan oleh kepimpinan DAP terbukti satu slogan untuk mengaburi mata rakyat tentang penyelewengan, ketidakcekapan dan tiada ketelusan yang berlaku di dalam parti yang menguasai negeri Pulau Pinang itu.

    ReplyDelete
  5. Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir, kini satu demi satu tembelang kelemahan kepimpinan parti tersebut mula terbongkar bukan saja insiden berunsur penyelewengan dan rasuah di dalam parti, bahkan ketidakcekapan dan pemerintahan ala-ala kuku besi di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  6. Macam mana DAP kata mereka telus bila perbahasan dalam Dewan Rakyat pun mereka gantung, tak mahu berbahas. Inikah yang dikatakan ketelusan? Telus macam mana? Nak berbahas pun takut?

    ReplyDelete
  7. Ketua Menteri pula boleh menyalahkan orang lain atas insiden itu dan kemudiannya meminta maaf. Biarpun dia sudah minta maaf, tapi bagi saya insiden itu bukti terbesar bahawa tidak ada ketelusan, akauntabiliti dan ketidakcekapan dalam pentadbiran DAP

    ReplyDelete
  8. Tambahnya lagi, contoh yang lain ialah isu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang turut menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Sehingga kini kita tidak tahu ke mana duit hasil kutipan anak syarikat negeri itu dilaburkan dan juga berapa jumlah kutipannya? Kerajaan negeri kena bentangkan supaya rakyat tahu ke mana hasil PBAPP dibelanjakan oleh kerajaan negeri

    ReplyDelete
  10. Begitu juga dengan beberapa isu remeh yang dijawab oleh Ketua Menteri seolah-olah ingin membodohkan rakyat seperti tersalah taip jumlah kos terowong sehingga berbilion ringgit, dan beberapa isu lain lagi.

    ReplyDelete
  11. Saya yakin kita juga belum lupa dengan kenyataan Ketua Menteri yang beliau tak tahu tentang pelaburan kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM 3 bilion di China. Inilah bukti ketidakcekapan Lim Guan Eng sebagai seorang ketua menteri.

    ReplyDelete
  12. Sudahlah bagi alasan remeh memperbodohkan rakyat, beliau boleh tak tahu pula kerajaan negeri ada buat pelaburan sejumlah RM3 bilion di luar negara? Macam mana beliau sebagai seorang ketua menteri tidak tahu tentang perkara ini?

    ReplyDelete
  13. beliau menyifatkan slogan CAT yang diumumkan oleh Lim Guan Eng sebagai slogan kerajaan negeri hanyalah satu slogan retorik semata-mata untuk menipu rakyat.

    ReplyDelete
  14. Saya minta rakyat buka mata. DAP hanya pandai berslogan tetapi hakikat sebenar, slogan itu hanya tinggal slogan untuk memperdayakan rakyat, demi untuk meneruskan survival politik dan agenda peribadi mereka

    ReplyDelete
  15. Sudah dijangka DS Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliauapabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.

    ReplyDelete
  16. CNN.com melaporkan bahawa Anwar Ibrahim mahu menyaman Muhd Saiful Bukari Azlan kerana telah memfitnah beliau.

    ReplyDelete
  17. Dan janganlah kita terkejut pula jika dalam masa terdekat ini, peguam-peguam Anwar Ibrahim akan meminta standing order daripada mahkamah untuk melarang sebarang bentuk ulasan mengenai isu ini di dalam media.

    ReplyDelete
  18. Alasannya ‘valid’ di dalam bahasa undang-undang iaitu supaya ulasan-ulasan itu tidak mempengaruhi perjalanan dan siasatan kes sodomi tersebut.

    ReplyDelete
  19. Tetapi di dalam masa sama, standing order ini dilihat dapat ‘menyejukkan’ kegawatan yang berlaku akibat isu sodomi ini.

    ReplyDelete
  20. Pastinya, ‘cooling period’ ini merupakan bonus point untuk Anwar Ibrahim dan penasihat-penasihat beliau bagi mengatur strategi politik yang seterusnya.

    ReplyDelete
  21. Surfers sekalian tentu telah masak dengan modus operandi Anwar Ibrahim ini. Realitinya, Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik ’kreatif’ di dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

    ReplyDelete
  22. Menurut Washingtonpost.com, Kedutaan Turki dipilih kerana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

    ReplyDelete
  23. Dan jika kita layari Washingtonpost.com, Anwar Ibrahim sebenarnya telah menulis satu artikel yang bertajuk A Test For The West In Turkey pada 6hb Julai 2007. Artikel tersebut menyentuh isu pergolakan politik yang berlaku di Turki dan paradigm shift pemikiran politik yang di lakukan oleh parti politik Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP).

    ReplyDelete
  24. AKP diterajui oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  25. Anwar Ibrahim juga telah beberapa kali melawat Istanbul dan Ankara, ibu negara Turki untuk tujuan bertemu dengan Erdogan.

    ReplyDelete
  26. Beberapa bahan bukti sedang dikumpul bagi mendakwa Pakatan Rakyat terlibat dalam penipuan sepanjang hari mengundi 5 Mei lalu, kata pengasas PKR, Ng Lum Yong.

    Ng berkata, bahan bukti berkenaan akan diberikan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    ReplyDelete
  27. "Saya sedang kumpul bahan-bahan bukti kerana saya nampak banyak kawasan yang dimenangi pakatan, pengundi yang datang untuk membuang undi telah disekat oleh penyokong-penyokong (PR) yang kononnya muka mereka serupa (warga) Bangladesh. Dan ini banyak berlaku di kawasan yang khususnya PKR atau PR menang.

    "Ada beberapa kes telah dibawa ke mahkamah dan polis buat siasatan bahawa orang yang datang mengundi yang muka seperti Bangladesh atau Indonesia disekat, dirampas kad pengenalan, tidak diberi mengundi dan maknanya tak boleh masuk ke kawasan mengundi," katanya.

    PEMBANGKANG RUPANYA GUNA TAKTIK KOTOR PADA PRU LEPAS PADAHAL BERMATI-MATIAN MEMBUAT TUDUHAN PADA BN

    ReplyDelete
  28. Ng berkata pembangkang bingkas menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan penipuan yang dikatakan didalangi Barisan Nasional (BN).

    Namun gagasan itu tidak pula memeriksa tingkahlaku petugas pilihan rayanya semasa proses pengundian berlangsung.

    KESALAHAN DI PIHAK MEREKA TIDAK PULA DISEDARI.PERBAIKILAH DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

    ReplyDelete
  29. Ng dalam pada itu mempersoal tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan mengheret rakyat kononnya bagi membantah keputusan pilihan raya baru-baru ini.

    Beliau sebaliknya menasihati pemimpin pembangkang dan penyokongnya agar menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

    Beliau menambah, pembangkang harus menerima hakikat bahawa majoriti rakyat memberikan mandat kepada BN untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.

    TERIMA KEPUTUSAN PRU-13 DENGAN HATI TERBUKA.SEKARANG TUMPUKAN PADA PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENDIRI

    ReplyDelete
  30. The proposed Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) will result in overlapping jurisdictions and laws among the county's enforcement agencies.

    ReplyDelete
  31. Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the proposal was also rejected by the government as it was not in line with the Federal Constitution and was against the concept of justice.

    ReplyDelete
  32. "The government also opines that if the new body is formed, its jurisdiction should not be limited to investigating the police but should also cover all the enforcement agencies. That is why we set up the Enforcement Agency Integrity Commission (SIAP).

    ReplyDelete
  33. "We trust SIAP is capable of monitoring misconduct of the members of enforcement agencies including the police force, so I am appealing to all quarters to give SIAP time to carry out its work."

    ReplyDelete
  34. Ahmad Zahid said this when winding up the debate for his ministry on the motion of thanks for the royal address in the Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  35. He stressed that his ministry had not been manipulating the crime index as claimed by the opposition, as all the statistics with regard to the crime cases solved were entered into the computer.

    ReplyDelete
  36. He said those who lodged police reports could monitor the developments of the investigations carried out and he assured that all reports made were fully investigated.

    ReplyDelete
  37. He admitted that the crime rates had gone up drastically of late and that it had to do with the repeal of the Emergency Ordinance which resulted in more than 2,600 serious crime cases.

    ReplyDelete
  38. "Previously, the criminals detained under this ordinance were involved in serious crime and were organised. Now such criminals are around after the Emergency Ordinance has been abolished. That is why all parties must work with the police in this matter," he said.

    ReplyDelete
  39. Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak memberatkan perkara remeh temeh, sebaliknya memikirkan soal lebih besar dalam membentuk sebuah kerajaan yang kukuh pada pilihan raya umum ke-13 ini.

    Perdana Menteri berkata jangan disebabkan ‘hujan sehari, habis kemarau lima tahun’, yang bermaksud segala kebaikan yang dilakukan kerajaan BN selama
    ini, dinafikan hanya kerana perkara remeh temeh.

    “Kita harus memikirkan kepada soal-soal lebih besar daripada perkara remeh yang mengalih sokongan.

    “Ini bukan bererti perkara itu tidak penting, seperti masalah tak ada titi kecil di depan rumah atau sebagainya (masalah-masalah setempat), kita alih

    pandangan kita (kepada pembangkang),” katanya ketika berucap di bilik gerakan pilihan raya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serambit, di sini, malam ini.

    Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan, berkata rakyat perlu menilai kerajaan BN yang selama ini sanggup ‘bersusah senang’ bersama rakyat.

    “Susah senang kita bersama, bukan dengan orang luar (pembangkang), takkan lah kita nak lupa apa yang kita dibantu selama ini, jangan disebabkan hujan sehari habis kemarau lima tahun,” katanya.

    ReplyDelete
  40. Beliau juga berharap pengundi di Parlimen Pekan terus memberi sokongan supaya BN memperoleh majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

    “Secara kebetulan, calon Parlimen Pekan adalah calon ketua kerajaan, ini juga kali pertama saya bertanding atas tiket mewakili BN, bukan sahaja sebagai
    calon Pekan tetapi Pengerusi BN,” katanya.

    Najib berkata kemenangan dengan majoriti yang besar di Pekan akan menjadi penilaian kepada sokongan rakyat kepada BN dan beliau sebagai Pengerusi BN dan ketua negara.
    Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa tujuan pilihan raya adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan di peringkat nasional dan negeri.

    Najib berkata jika BN terus kekal mentadbir negara, maka akan lebih banyak pembangunan yang akan dapat dinikmati penduduk di Pekan

    Najib yang tiba dari lawatan padat selama dua hari di Sabah, terus meluangkan masa melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya PDM Lepar, Pulau Manis, Paloh Hinai, Serambi, sebelum meneruskan lawatannya ke Padang Rumbia, Kampung Temai dan Kampung Acheh

    ReplyDelete
  41. Rasanya DAP sengaja mencari jalan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  42. KES BERSIH kenapa Rafizi dan Anwar tidak menyaman pihak berkuasa sehingga menyebabkan Rafizi terluka dan Anwar hampir pengsan. Itu juga mungkin perlu ditimbulkan.

    ReplyDelete
  43. Mungkin Amir ini sengaja ingin mencari peluang untuk menjatuhkan Zahid. Abaikan saja orang seperti ini.

    ReplyDelete
  44. Sebagai rakyat rasanya tahu menilai sendiri perkara sebegini.

    ReplyDelete
  45. Setakat mana kebenaran kita nantikan saja keputusan daripada mahkamah.

    ReplyDelete
  46. mgkin hal ini masih dalam siasatan

    ReplyDelete
  47. Menteri lantikkan Bn ni ada yg kaki betina mcm Nazri Aziz dan jamaluddin jarjis serta rakan2, ada kaki rasuah ( tak trsenarai ) ada kaki samseng spt zahid hamidi, Pandikar amin serta rakan2 dan kaki minum spt Hishamuddin serta rakan2. Kalau ada kaki agama sikit atau bercakap ala-pembanghkang...terus BN sendiri yg nyahkan. Itu le pmimpin Msia ku..

    ReplyDelete
  48. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:31 PM

    Kes saman sivil seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai hari ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menarik balik tuntutan yang difailkan masing-masing di mahkamah.

    ReplyDelete
  49. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:33 PM

    Keputusan itu dicapai selepas Ahmad Zahid selaku defendan dan plaintif Amir Bazli Abdullah, hadir pada mediasi di dalam kamar di hadapan Ketua Pusat Mediasi Selangor Hakim Rohani Ismail, di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam.

    ReplyDelete
  50. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:33 PM

    Peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid dan Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli, memberitahu wartawan, mereka tidak dibenarkan Rohani untuk bersama anak guam masing-masing semasa proses mediasi itu.

    ReplyDelete
  51. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:34 PM

    Dalam pada itu, Amir Bazli berkata, kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.

    ReplyDelete
  52. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:34 PM

    Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.

    Ahmad Zahid pula tidak memberi ulasan mengenai keputusan yang dicapai itu

    ReplyDelete
  53. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:36 PM

    Kes saman seorang ahli perniagaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini didakwa memukulnya, diselesaikan di luar mahkamah.

    Ia berikutan kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

    Peguam kepada Menteri Dalam Negeri itu, Datuk Shamsul Bahrin memberitahu pemberita pampasan akan diputuskan untuk dibayar tanpa campur tangan peguam kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  54. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:38 PM

    Amir Bazli Abdullah turut mengesahkan mereka mencapai persetujuan itu.

    "Saya berpuas hati tetapi tidak boleh mendedahkan butirannya," kata beliau.

    ReplyDelete
  55. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:38 PM

    Peguamnya, Karpal Singh, berkata Hakim Rohani bertindak sebagai perantara kepada Ahmad Zahid dan Amir Bazli dalam pertemuan 90 minit itu tanpa kehadirannya.

    Beliau berkata, tarikh perbicaraan pada 27 Ogos depan Hakim Mahkamah Tinggi batal berikutan persetujuan

    ReplyDelete
  56. Zahid sudah selesai kes luar makamah LAH!October 5, 2013 at 8:39 PM

    Amir memfail saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 dengan mendakwa bekas timbalan menteri itu menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang pada 16 Januari 2006.

    Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights. 18 Julai, 2013.

    Ahmad Zahid bagaimanapun menafi semua tuduhan berkenaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.