Wednesday, July 10, 2013

PRK Kuala Besut : PAS Letak Ahli Perniagaan

PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.

Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.
xxx2

Komen Anda

57 Responses to " PRK Kuala Besut : PAS Letak Ahli Perniagaan "
Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:54 AM

Pas menyedari kedudukan parti itu di Dun Kuala Besut belum cukup kuat sehingga terdesak mencipta alasan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penetapan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:54 AM

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mohd Mahdi Musa sebaliknya berkata, tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja itu bukanlah masalah kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:55 AM

Sehubungan itu, beliau melihat isu itu tidak sepatutnya timbul sama sekali, apalagi mendakwa SPR cuba halang kira-kira 3,000 pengundi muda dari Dun Kuala Besut di luar Terengganu balik mengundi.


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:55 AM

Kita melihat tiada masalah apa-apa pun mengenai tarikh pengundian dan ini mungkin topik yang akan dibangkitkan Pas sekiranya mereka kalah pada PRK Dun Kuala Besut. Mereka menjadikan hari mengundi yang jatuh pada hari Rabu sebagai alasan jika kalah


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:55 AM

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar dan daripada jumlah tersebut, Mohd Mahdi berkata, 55 peratus adalah pengundi berumur 40 tahun dan ke bawah.


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:56 AM

Pas menganggap SPR tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi PRK Dun Kuala Besut.


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:56 AM

merujuk gerak kerja pihaknya menghadapi persiapan PRK Dun Kuala Besut, Mohd Mahdi yang juga Adun Kota Putera berkata, Pemuda Umno melakukan persiapan sejak awal dengan program turun padang melalui kumpulan 10 (K10).


Santeusanio said...
July 10, 2013 at 9:56 AM

Beliau menjelaskan, pihaknya akan mendekati golongan muda melalui pendekatan ‘personal touch’ untuk memastikan mereka terus bersama-sama BN bagi mengekalkan kerusi sedia ada.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:05 AM

Kuala Besut akan menjadi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:08 AM

Beliau yang berusia 38 tahun dan juga ahli PAS merasakan bahawa Umno mempunyai peluang dan kelebihan dalam pilihan raya Kuala Besut yang mana tarikhnya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:08 AM

Saya tidak fikir PAS atau Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk menang. Majoriti yang diperolehi Umno di Kuala Besut semasa PRU-13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:09 AM

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:09 AM

Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail pada 5 pilihan raya 5 Mei lalu.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:09 AM

Wan Saiful juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:10 AM

Saya dapat melihat PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:10 AM

Menurut Wan Saiful, jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga berlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:10 AM

PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Mereka perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk pilihan raya Kuala Besut.


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:11 AM

Mereka sedang menanti masa mereka untuk melihat bagaimana untuk menangani isu ini


Adrianne said...
July 10, 2013 at 10:11 AM

Walau bagaimanapun, Wan Saiful berkata beliau tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mereka


zed said...
July 10, 2013 at 10:25 AM

PEMBANGUNAN BN DI KUALA BESUT TIDAK BOLEH DISANGKAL

PAS menghadapi laluan yang begitu sukar di Kuala Besut berikutan hal penukaran anak-anak dalam memeluk Islam. Hubungan baiknya dengan DAP dan PKR akan menyukarkan lagi untuk memenangi kerusi tersebut berdasarkan pencapaian BN pada PRU13 yang lepas.

Adakah PAS akan membiarkan hubungan baiknya dan menolak pegangan agamanya jika menurut kehendak DAP lagi? Isu ibu bapa memeluk Islam dan apakah anaknya akan turut memeluk Islam mengikut ibu dan bapanya akan dipersoalkan oleh Karpal Singh dan DAP?

PAS,DAP DAN PKR MEMANG SUKAR UNTUK MENCAPAI PERMUAFAKATAN DALAM SESUATU ISU


zed said...
July 10, 2013 at 10:29 AM

BN SUDAH MENJALANKAN JENTERA PRK MEREKA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT.PEMBANGUNAN SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN KEMENANGAN BESAR MILIK BN

Pas menyedari kedudukan parti itu di Dun Kuala Besut belum cukup kuat sehingga terdesak mencipta alasan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penetapan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.


zed said...
July 10, 2013 at 10:32 AM

MEMANG BANYAK TAKTIK DAKYAH PEMBANGKANG SETIAP KALI MENJELANG PILIHAN RAYA.MACAM2 YANG TIDAK KENA

Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mohd Mahdi Musa sebaliknya berkata, tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja itu bukanlah masalah kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau melihat isu itu tidak sepatutnya timbul sama sekali, apalagi mendakwa SPR cuba halang kira-kira 3,000 pengundi muda dari Dun Kuala Besut di luar Terengganu balik mengundi.

KEMENANGAN PASTI MEMIHAK PADA USAHA PEMBANGUNAN BN SELAMA INI


miskinmacamkami said...
July 10, 2013 at 10:34 AM

The High Court has urged the government to consider setting up the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) to eliminate accusations of "horror stories" in lock-ups and police stations.


zed said...
July 10, 2013 at 10:36 AM

SETIAP RAKYAT DI DUN KUALA BESUT TURNLAH MENGUNDI PRK YANG TIDAK LAMA LAGI.BUATLAH PILIHAN TERBAIK

“Kita melihat tiada masalah apa-apa pun mengenai tarikh pengundian dan ini mungkin topik yang akan dibangkitkan Pas sekiranya mereka kalah pada PRK Dun Kuala Besut. Mereka menjadikan hari mengundi yang jatuh pada hari Rabu sebagai alasan jika kalah,” katanya kepada media.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar dan daripada jumlah tersebut, Mohd Mahdi berkata, 55 peratus adalah pengundi berumur 40 tahun dan ke bawah.

BERDASARKAN PADA PENCAPAIAN SEBELUM INI, BN MEMANG SENTIASA BERADA DI ATAS


miskinmacamkami said...
July 10, 2013 at 10:42 AM

Officers in the institution cannot be seen as impartial, especially when investigations on some custodial deaths may implicate the state or district police chief or even the directors of certain divisions.


miskinmacamkami said...
July 10, 2013 at 10:48 AM

The enforcement of an independent body to investigate disciplinary offences by police officers will eliminate accusations of 'horror stories' in some lock-ups and police stations where detainees are subjected to torture and ill treatment by some officers under the pretext of interrogation


Anonymous said...
July 10, 2013 at 10:54 AM

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak called on Muslims in the country to seek a common ground to unite and strengthen initiatives so as to continue the transformation agenda of turning Malaysia into a modern and progressive Islamic country.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 10:56 AM

Najib hoped the start of the Ramadan month tomorrow would reflect the importance of unity in upholding the Muslim faith en route to a progressive and developed nation.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 10:59 AM

Najib said the political situation in some middle east countries is a reminder of the need for unity and importance of brotherhood among Muslims.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 10:59 AM

When there is a lack of unity, tolerance and understanding, it leads to conflict and disunity which will in return weaken the Ummah


Anonymous said...
July 10, 2013 at 11:07 AM

Local-born Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, is Barisan Nasional's candidate for the Kuala Besut by-election.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 11:08 AM

Tengku Zaihan was an engineer at the Drainage and Irrigation Department headquarters in Putrajaya.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 11:08 AM

Barisan Nasional deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin, who announced this, urged everyone to support Tengku Zaihan.


Anonymous said...
July 10, 2013 at 11:08 AM

"His victory is for the party and a win is very important for Barisan so that we can continue to bring about development and prosperity to the people of Kuala Besut,"


Damdiah said...
July 10, 2013 at 1:16 PM

KINI seluruh mata,telinga dan mulut penganalisis politik semuanya tertumpu kepada PRK Kuala Besut yang menjadi PRK pertama selepas PRU 13 dan menjadi medan penentuan kedudukan kerajaan BarisanN asional Terengganu malah segala telahan,ramalan dan andaian telah dibuat oleh pakar-pakar peramal politik bermula dari pemilihan calon, tarikh penamaan dan tarikh pengundian.


Fredenan said...
July 10, 2013 at 1:16 PM

Sama ada semua ramalan dari Nujum Politik itu betul atau menyimpang, semuanya makin terjawab kerana hari yang ditunggu makin menjelang tiba dan kini semua telah tahu bahawa penamaan calon akan diadakan pada 12hb Julai 2013 dan pengundian awal dan pengundian penuh pada 20 dan 24 hb Julai 2013.


norman said...
July 10, 2013 at 1:17 PM

Maka akan berdebarlah sesiapa yang sedang menunggu saat itu dan pada BN siapa pun menjadi calon, kerusi N01 Kuala Besut ini seakan pasti menjadi milik BN sama ada nama popular seperti Zahanapi Sagaf AJK Bhg UMNO, Ustaz Nik Zulhaniza, hatta nama Idris Jusoh sendiri yang akan menjadi taruhan kepada BN, rasanya lebih 17 ribu pengundi Kuala Besut akan memberi sokongan kepada BN kerana terbukti BN adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar yang selalu mendengar denyut nadi rakyat..


peony said...
July 10, 2013 at 1:17 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh campur tangan sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu tergantung selepas pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sekiranya berlaku DUN tergantung, wakil kedua-dua parti harus berbincang sesama sendiri.

"Sekiranya ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah, sultan boleh campur tangan dan sekiranya masih gagal, satu lagi pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) menguasai 17 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala pakatan pembangkang memenangi 15 kerusi (PAS 14 dan PKR satu).

Berikutan kematian ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar daripada BN, pilihan raya kecil akan diadakan pada 24 Julai ini dan BN kini hanya menguasai 16 kerusi.


Qq said...
July 10, 2013 at 1:17 PM

Sehingga tulisan ini ditulis, ternyata tidak ada isu-isu besar yang boleh menghalang kemenangan BN di Kuala Besut dan seperti biasa dalam mana-mana PRK


peony said...
July 10, 2013 at 1:18 PM

Sekiranya, pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengkaji semula persempadanan DUN dan parlimen yang mempunyai kerusi angka genap supaya dijadikan angka ganjil.

"Perkara itu akan dipertimbangkan dalam proses persempadanan semula nanti," katanya.

Mengulas dakwat kekal, Abdul Aziz berkata, ia tetap akan digunakan pada pilihan raya kecil itu namun dakwatnya sedikit berbeza daripada yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.


Hairun said...
July 10, 2013 at 1:18 PM

Namun majoriti yang lebih daripada 2000 undi yang diperolehi dalam 3 pilihan raya sebelum ini adalah tanpa bantuan dan sokongan dari luar dan sekaligus menjadikan YAB TPM dan Idris Jusuh tidak berada dalam keadaan tertekan.


peony said...
July 10, 2013 at 1:18 PM

"Dakwat kali ini akan mempunyai kandungan silver nitrate yang lebih tinggi untuk memastikan ia akan kekal lebih lama dan ditempah daripada pembekal yang berbeza," katanya.

Mengulas tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada Ramadan, Abdul Aziz berkata SPR tidak mempunyai masalah mengendalikannya kerana sebelum ini terdapat dua pilihan raya diadakan ketika bulan puasa iaitu di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah.

"Kita tidak mahu kekosongan terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya dan kempen tidak rasmi terlalu panjang. Kita dah bincang mengenainya dan ia bukan benda baharu bagi SPR," katanya.
Abdul Aziz berkata, 10 orang masing-masing dari Majlis Belia Negara dan Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi akan menjadi pemerhati dalam pilihan raya kecil ini.


Didie said...
July 10, 2013 at 1:19 PM

Sebab itulah PAS yang dibantu oleh rakan-rakan Pakatan kini seakan berbelah bagi sama ada ingin boikot atau menyertai PRK ini...lantaran itu tawaran awal yang dibuat oleh PAS tidak lain tidak bukan hanya meminta pengundi Kuala Besut mencipta sejarah iaitu sejarah yang dimaksudkan ialah kedudukan 16-16 malah kempen dan psywar mereka hanyalah meminta rakyat Kuala Besut perlu cipta sejarah baru dalam politik Terengganu.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

Former Besut Drainage and Irrigation Department engineer Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, is the Barisan Nasional candidate for the Kuala Besut by-election.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin made the announcement this afternoon over RTM1.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

The by-election is being held following the death of Dr A. Rahman Mokhtar who won the seat with a 2,434 majority by beating Napisah Ismail of PAS.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

Barisan Nasional won 17 of the 32 Terengganu state seats while Pakatan Rakyat obtained 15.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is expected to announce the party's choice tonight.


Troull Lin said...
July 10, 2013 at 1:28 PM

Among the front-runners are businessman Azlan Yusof, 48, PAS Syura Council secretary Nik Zawawi Salleh and PAS Besut chief Wan Azhar Wan Ahmad.


Anonymous said...
July 11, 2013 at 9:31 AM

nampaknya bukan UZtaz


rawna H said...
October 3, 2013 at 4:21 PM

Simpan ahli silap mata mungkin PAS akan menang.... hahahaha!


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:26 PM


Pasti ramai yang tidak menyangka ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Kuala Besut gagal menarik sokongan ramai seperti yang diharapkan. Ini kerana ‘ayam sabung’ Pas itu sebelum ini memang diakui kehebatannya berceramah sehingga dikenali sebagai tokoh punca pendapatan bagi mana-mana Pas kawasan yang mengalami masalah kewangan.


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:31 PM

Namun populariti dan kehebatan Mat Sabu itu nyata tidak mampu menarik minta para pengundi dan penyokong Pas. Ini kerana ceramah yang diadakan di Pasar Tani, Kuala Besut malam tadi hanya mampu menarik minat sekitar 200 orang sahaja.

Walaupun digandingkan dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ceramah malam tadi seakan hambar. Malah hasil pemerhatian yang dilakukan, daripada 200 orang yang hadir hampir separuh daripadanya adalah merupakan petugas dan jentera parti yang didatangkan khas dari luar.


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:32 PM

Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, Azlan Hamid, 39 mengatakan ramai dikalangan pengundi lebih berminat untuk mengisi aktiviti malam mereka dengan bersolat terawih dan bertadarus.


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:33 PM

“Ketika ini, warga Kuala Besut lebih tertumpu untuk melakukan ibadat sempena bulan puasa berbanding mendengar ceramah yang penuh dengan caci maki. Ramadhan hanya datang setahun sekali, jadi ramai yang ingin mengambil peluang mengisi program malam dengan aktiviti keagamaan.

“Tambahan pula, penat pilihanraya umum yang lepas masih terasa” menurutnya lagi.


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:34 PM

“Persoalannya apa yang ingin mereka tawarkan kepada rakyat? Malah ketika Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dulu, tidak ada apa sumbangan dan pembangunan yang dijalankan” tegasnya pula.


PAS TETAP KALAH said...
October 3, 2013 at 4:35 PM

Tambah menarik lagi, ceramah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan diadakan di Kampung Nangka malam tadi juga terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Ada yang mengatakan, ia disebabkan kerana sambutan yang diterima agak suram dan hambar. Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ‘Tok Guru’ Pas itu kurang sihat dan uzur


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx