Sunday, July 7, 2013

Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi

SEJAK (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempopularkan istilah dilema melalui bukunya “Dilema Melayu” lebih 40 tahun lalu, ia telah menjadi kata kunci dalam banyak permasalahan dan keadaan.

Yang terbaru, dilema menjadi kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan ahli Umno dikatakan dalam dilema.

Akibat dilema itu, banyak pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta ampun kalau kasar bunyinya.

Di khalayak dan di hadapan media massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.

Di bawah peraturan baru pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan jawatan mana menjadi pilihan.

Buat Tawaran Terbuka

Kalau teruk sangat penyakit Koro (baca di sini) yang mereka alami - dalam hati meronta-ronta hendak bertanding jawatan tertentu, tetapi takut membuka mulut - mungkin ada satu jalan keluar, iaitu mereka buat kenyataan umum mengatakan mereka bersedia bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan.

Cuma bahayanya adalah perwakilan mungkin tidak faham hasrat sebenar mereka. Silap-silap jadi kacau. Misalnya, dalam hati meronta-ronta hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden, tapi dicalonkan bertanding Naib Presiden saja.

Atau mereka boleh kata: “Oleh sebab Umno adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan saya menghormati hak ahli, maka dengan ini saya menyatakan bahawa jawatan yang saya pegang boleh dicabar oleh sesiapa saja.”

Apabila penyandang berdiam diri, orang ramai mungkin buat kesimpulan penyandang tertentu tidak mahu dicabar atau takut dicabar. Kita faham bahawa yang paling teruk hadapi dilema (kalau beliau dalam delima) adalah orang nombor dua.

Orang nombor satu tentulah akan pertahan jawatannya kecuali dia bercadang untuk bersara. Keputusan hendak cabar atau tidak adalah di tangan orang nombor dua. Dalam konteks pemilihan Umno kali ini, orang itu adalah Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden.

Adakah beliau dalam dilema atau beliau akan mencabar Presiden, Mohd Najib Abdul Razak?
Peranan Muhyiddin Sebagai “King Maker”
Umum tentu masih ingat peranan Muhyiddin dalam gerakan mempercepatkan peletakan jawatan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang sekali gus menaikkan Mohd Najib selepas Abdullah mencatat pencapaian buruk dalam PRU 2008.

Adakah Muhyiddin yang menunjukkan pintu keluar kepada Abdullah yang memenangi 140 kerusi Parlimen terlepas pandang bahawa prestasi Mohd Najib lebih buruk daripada itu?

Soalan yang harus dijawab oleh kepemimpinan dan keahlian Umno adalah masa depan dan hala tuju parti itu. Pemimpin Umno sering mendakwa bangsa Melayu, agama Islam dan negara bergantung kepada Umno – demi bangsa, agama dan negara!

Kalau mereka ikhlas terhadap kenyataan itu dan tidak memikirkan kepentingan diri mereka sahaja, mereka tentu tahu dan berani menyatakan secara terbuka siapa yang layak dan boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas berat demi Melayu, agama Islam dan negara.

Mereka perlu berani mengakui siapa yang sebenarnya menyelamatkan Umno dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu – adakah Presiden Umno atau penyokong Umno di luar bandar yang bimbang apa akan terjadi kepada orang Melayu kalau Pakatan Rakyat menang dan DAP menjadi parti terkuat?

Apakah yang ditonjolkan dalam pilihan raya lalu – panji-panji Umno, agenda Melayu dan ekonomi luar bandar atau 1Malaysia, “Sokong Saya Undi BN” dan Janji Ditepati?

Siapakah yang diutamakan dan ditonjolkan sebagai penyelamat Barisan Nasional ketika PRU – Melayu, Cina atau India?

Perwakilan dan ahli Umno wajib fikirkan semua ini kalau mereka komited kepada idealisme dan slogan demi bangsa, agama dan negara.
Siapa Pilihan Bukan Melayu?
Ironinya, hari ini, banyak orang bukan Melayu yang Perdana Menteri tuduh sebagai penyebab “tsunami Cina” pada PRU lalu, mahu Mohd Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Tiba-tiba mereka “yakini” 1Malaysia dan sokong Mohd Najib kerana beliau dianggap “Malaysia first” dan transformasi beliau menguntungkan mereka. Sebaliknya mereka momokkan Muhyiddin kerana dilaporkan berkata beliau “Malay first”.

Secara tidak disedari atau disengajakan, hakikat yang tidak diperkatakan adalah tidak seorang pun warganegara Malaysia dilahirkan sebagai berbangsa “Malaysian”. Kita sama ada dilahirkan Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India atau suku-suku kaum lain. Dan sepanjang hayat kita, fakta bangsa dan kaum penting. Sebab itulah Melayu dan Bumiputera mempertahankan keistimewaan mereka manakala orang Cina dan India mati-matian mempertahankan bahasa dan sekolah mereka.

Tetapi oleh kerana kita warganegara Malaysia maka secara kolektif kita dikenali sebagai “Malaysian” seperti orang Eropah, Cina, India, Arab, Afrika, Mexico, Filipina dan Vietnam yang menjadi warganegara Amerika Syarikat secara kolektif dipanggil “American”.

Sebaliknya, kenyataan “Malay first” Muhyiddin itu dikutuk dan beliau digambarkan sebagai perkauman, anti-1Malaysia dan mensabotaj Perdana Menteri.

Apa yang hendak dihairankan. Itulah juga yang berlaku kepada Dr Mahathir beberapa ketika sebelum menggantikan Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Beliau ditakuti oleh orang bukan Melayu, khasnya Cina kerana kononnya beliau “Malay Ultra” – pelampau Melayu.

Orang bukan Melayu, khususnya Cina, yang Mohd Najib tuduh penyebab “tsunami Cina” pada 5 Mei lalu tentulah tidak mahu kepemimpinan Umno dan kerajaan kuat.

Kalau kepemimpinan Umno dan kerajaan menjadi lebih kuat dan lebih banyak orang Melayu kembali menyokong Umno, tentulah lebih sukar bagi mereka membuat tuntutan dan memberi peluang Pakatan Rakyat menang lebih besar pada PRU akan datang. Jadi kepemimpinan Umno dan kerajaan yang lemah atau tidak terlalu kuat adalah baik bagi sesetengah pihak.

Lihat sajalah bagaimana Kabinet terpaksa menelan ludahnya sendiri dengan menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 setelah ditentang bukan sahaja oleh pembangkang, tetapi oleh beberapa orang ahli Kabinet sendiri.

Ini adalah manifestasi kegagalan Kabinet membuat penelitian mendalam dan keputusan jitu dengan mengambil kira segala aspek rang undang-undang berkenaan. Ia juga menjadi ukuran prestasi Jabatan Peguam Negara di bawah Peguam Negara Abdul Ghani Patail sebagai penggubal undang-undang. Ironinya, Muhyiddin yang mengumumkan penarikan balik rang undang-undang itu bagi pihak Kabinet!

Kesimpulannya, terpulanglah kepada pemimpin Umno memilih yang mana satu lebih penting – dilema mereka kerana kononnya hendak beradab atau masa depan parti.

Mereka boleh memilih antara menyelamatkan kedudukan mereka dan membiarkannya menjadi parti eksklusif, parti rumah tangga, parti golongan feudal dan parti yang bermuka-muka atau berkorban sedikit untuk menjadikan Umno terangkum, berani dan dinamik demi bangsa, agama dan negara.

Wallahualam.
xxx2

Komen Anda

47 Responses to " Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi "
Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:39 AM

Tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menimbulkan persoalan.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:39 AM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, artikel Joceline itu seolah-olah memperlihatkan kemungkinan akhbar tersebut mempunyai agenda untuk mewujudkan 'publisiti negatif' terhadap pemilihan UMNO akan datang.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:40 AM

"Apakah pihak The Star mempunyai niat untuk mewujud dan mencorakkan persepsi buruk terhadap UMNO?


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:40 AM

"Kita juga meminta pengurusan The Star menjelaskan mengenai perkara ini benar atau tidak. Setahu kita ada pihak terutamanya pakatan pembangkang yang cemburu terhadap kestabilan dalam UMNO justeru mereka cuba menggunakan pemilihan parti akan datang untuk mewujudkan provokasi bagi memecah-belahkannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:40 AM

Joceline dan seorang lagi wartawan The Star dalam artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini menyentuh kenyataan Syed Ali yang meminta Ketua Wanita UMNO itu memberi laluan kepada muka baharu menerajui pergerakan tersebut.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:40 AM

Dalam pada itu tambah Mohd. Puad, pihaknya yakin terdapat dalang dalam kalangan pakatan pembangkang yang cuba mencetuskan huru-hara dalam UMNO.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 10:40 AM

"Kita harap kepimpinan UMNO akan ambil tindakan tegas terhadap dalang-dalang yang mahu mencetuskan huru-hara dalam proses pemilihan parti yang akan datang ini," katanya.


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:48 AM

Aku setuju tindakkan yang diambil oleh Kerajaan Kedah menjalankan audit dalaman terhadap beberapa GLC negeri..


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:49 AM

Setidak tidaknya dapat tahu GLC mana yang tak perform dan selalu rugi.. Banyak GLC GLC semasa ditadbir oleh Pas mengalami kerugian jutaan ringgit..Tapi Pas tidak membuat apa apa tindakkan sebaliknya menanggap kerugian adalah suatu yang normal dalam bidang perniagaan..


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:49 AM

Kalau rugi sampai 3 tahun berturut turut takkan itu suatu yang normal?? Jadi aku menyokong usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mengenalpasti GLC mana yang hidup segan mati tak mau tu dikuburkan terus..


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:49 AM

Lepastu kalau boleh tamatkan kontrak parasit parasit Pas dalam GLC yang duk buat muka tebai kulit babi seperti Sobri Osman kat KTPC..


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:50 AM

Kerajaan Kedah sedang menjalankan audit dalaman terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menentukan sama ada syarikat berkenaan berdaya saing atau tidak, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:50 AM

Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan melihat model perniagaan setiap GLC.


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:50 AM

Kalau dapati GLC itu tidak berdaya maju, ada cadangan supaya ia membatalkan pendaftaran atau hentikan terus perniagaan


Barnard said...
July 8, 2013 at 10:50 AM

Mukhriz berkata kerajaan negeri kini dalam proses menyusun semula pentadbiran GLC negeri secara berperingkat. "Beberapa anggota lembaga pengarah sudah hampir tempoh (perkhidmatan) dan dicadangkan nama-nama baharu


Philip said...
July 8, 2013 at 10:51 AM

Agaknya bila malaun malaun Pas nak berambus dari menduduki jawatan jawatan besar dalam GLC di Kedah.. Bukan apa, depa ni dah mula nak tunjuk diri depa tu orang koperat bila BN dah pegang balik Kedah.. Sebelum ni depa bukan koprat pun tapi KEPARAT yang menjahanamkan duit rakyat untuk kepentingan peribadi..


Philip said...
July 8, 2013 at 10:51 AM

Sebabnya nak tagih simpati untuk dikekalkan sebagai Presiden KTPC dan dalam masa yang sama boleh mengagihkan projek projek besar kepada kontraktor Pas..Ramai dah mula bunyi pasal si malaun ni.. Siang dia berlakon jadi orang koperat, tapi malam dia jadi keparat..


Philip said...
July 8, 2013 at 10:52 AM

Memang jenis muka tak malu dia ni.. Dalam ceramah bongkar 403 juta dia hentam kerajaan BN seleweng duit, tapi dalam masa yang sama projek projek di KTPC dia sebat bagi kat kroni..Jangan ingat orang tak tau cerita sebenar di KTPC..


Philip said...
July 8, 2013 at 10:52 AM

Lepas tu terbaca pulak cerita pasal si Dato Jahubar Sathik Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad nak saman PKNK kat blog Duke Of Umno sebab kontraknya nak ditamatkan dengan notis 6 bulan. Kononnya dia kata PKNK tak bagi sebarang alasan untuk tamatkan kontraknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah..


Philip said...
July 8, 2013 at 10:52 AM

Depa ni dilantik secara kontrak atas lantikkan politik zaman kerajaan Pas, memang depa ni kononnya kumpulan profesional tapi kalau dah projek projek zaman kerajaan Pas dulu merugikan buat apa Kerajaan BN nak simpan ??menghabiskan beras saja.. Bayar gaji mahal tapi pretasi buruk tak guna jugak..


Philip said...
July 8, 2013 at 10:52 AM

Orang orang macam ni lah sepatutnya di tendang dari menjawat sebarang jawatan dalam GLC.. Depa ni bukan nak bantu kerajaan tapi macam aku kata kat atas tadilah siang jadi koprat malam jadi keparat..


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:53 AM

cara Exco Exco Pas menghabiskan duit Kerajaan melalui GLC.. Hanya turun untuk memberi ceramah politik disekitar Kedah Exco Exco dan beberapa pemimpin yang berjawatan dalam Pas bekerja di Wisma dapat claim RM 300 satu ceramah dari GLC..


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:53 AM

Itu baru 1 ceramah, kalau sebulan ada 20 ceramah berapa puak Pas haramjadah ni sapu ?? Mudahkan.. Itu pun belum termasuk duit duit sumbangan dari tabung milo..


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:53 AM

Dulu masa kerajaan Pas Kedah mentadbir mereka kata tidak akan membazir wang kerajaan dan tolak segala elaun.. Tapi bila Pas dah kalah baru tau semua yang depa cakap tu PEMBOHONG.. Malah benda yang tak sepatut claim pun puak haramjadah ni claim...


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:54 AM

Bayangkan si ZulYa Ketua blogger Pas Kedah yang duk buat propaganda, Isu, kempen media maya, strategi untuk menyerang BN ni pun di bayar sampai RM 8,000 sebulan, setengah dari Kerajaan negeri, dan setengah lagi dari MBI.


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:54 AM

Buat kerja tak tera mana pun.. Sampai ada loyar Pas sendiri kata idea Bongkar 403 yang cetuskan oleh si Zulya ni makan diri..Kononnya nak buat last minit bagi rakyat terkejut, BN melompat nak jawab.. Last last Pas yang tersungkur..Hahaha. Bodoh punya propaganda


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:54 AM

Itu baru Zul Ya, tak kira gaji anak buah dia yang lain. Di Kedah ni tak payah buat kerja hebat sangat pun, gaji dah di bayar tinggi lepastu boleh pulak makan angin tiap tiap tahun.Bukan dalam negara tapi oversea tuu.


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:55 AM

Sebab tulah duit balak berpuluh puluh juta setahun yang Pas dapat tu habis macam tu saja duk bayaq benda benda karut yang diada adakan ni.. Itu baru sikit kami sentuh, belum lagi dalam bab lain. Bab berniaga pun banyak masuk angin keluar asap. Modal RM160juta, untung cuma RM2juta. Pemimpin Pas ni nak tunjuk pandai kononnya idea depa baguih.. Depa ni jenis tak pikiaq panjang pun.. Dah kata nak buat terus depa buat, tak rujuk bahagian teknikal dulu.. Bila dah keluaq modal bayak lepas tu projek lingkup depa buat bodoh saja.. Bagi alasan dalam bisnes mesti ada rugi.. Memang ada untung rugi tapi takkan sampai 5 tahun rugi setiap masa..


Beatrix said...
July 8, 2013 at 10:55 AM

Bab kerugian kerugian dalam pelaburan tu sampai masa kami akan dedahkan.. Kita bongkar siapa orang Pas yang sekarng ni sudah bergelar jutawan selepas Pas menjadi kerajaan.. sampai masa kami di TMK akan korek bawa keluar untuk tatapan semua rakyat Kedah yang ditipu bulat bulat oleh Puak Puak haramjadah ni.. Ingat, ini bukan fitnah, ini sesi pendedahan perangai buruk Pas selama 5 tahun memerintah!


Wana said...
July 8, 2013 at 11:54 AM

WAJAR SOKONG BN DI KUALA BESUT

UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

BN akan terus kerah tenaga untuk memastikan jentera pilihanraya, Semoga berjaya!


Wana said...
July 8, 2013 at 11:54 AM

WAJAR SOKONG BN DI KUALA BESUT

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.

BN akan terus kerah tenaga untuk memastikan jentera pilihanraya, Semoga berjaya!


Wana said...
July 8, 2013 at 11:55 AM

WAJAR SOKONG BN DI KUALA BESUT

"Pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di Kuala Besut semalam.

BN akan terus kerah tenaga untuk memastikan jentera pilihanraya, Semoga berjaya!


Wana said...
July 8, 2013 at 11:55 AM

WAJAR SOKONG BN DI KUALA BESUT

Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.


BN akan terus kerah tenaga untuk memastikan jentera pilihanraya, Semoga berjaya!


Wana said...
July 8, 2013 at 11:55 AM

WAJAR SOKONG BN DI KUALA BESUT

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.

BN akan terus kerah tenaga untuk memastikan jentera pilihanraya, Semoga berjaya!


Viola said...
July 8, 2013 at 2:50 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata perjuangan Umno selama ini telah memanfaatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman ideologi di negara ini.

Katanya, Umno yang ditubuhkan 66 tahun lalu dan 55 tahun menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) bersama-sama rakan-rakannya dalam Perikatan dan BN, “telah menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme, menjadi bidan kepada pembentukan Malaysia.”

KERAJAAN SENTIASA MENGUTAMAKAN RAKYAT TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA


Hului said...
July 8, 2013 at 2:51 PM

Apa pun yang kita perlu tahu adalah Parti UMNO adalah parti yang adil kepada semua ahlinya. Yang penting adalah persetujuan daripada semua ahli.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:07 AM

Ahli-ahli UMNO perlu memilih barisan pemimpin terbaik yang mampu memberi sumbangan kepada parti dan negara pada masa depan dalam pemilihan parti 12 Oktober dan 19 Oktober ini.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:08 AM

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata, pemilihan UMNO kali ini juga dilihat peluang terbaik kepada setiap perwakilan memilih mereka yang benar-benar layak dan mampu membuat kerja khususnya di pemimpin di peringkat akar umbi.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:08 AM

Katanya, pemilihan yang tepat daripada setiap perwakilan itu sangat penting bagi mengembalikan kekuatan UMNO dan mengukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).



PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:10 AM

"Sekarang ada hampir 150,000 perwakilan dan saya rasa situasi ini sesuatu yang sangat baik dalam UMNO dan yang paling penting lebih telus serta membuktikan kebebasan parti yang menjadi tunjang orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:10 AM

Tambahnya, pemilihan UMNO juga dilihat jauh lebih terbuka dan demokrasi berbanding pembangkang yang sering kali huru-hara setiap kali pemilihan.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:11 AM

Kata beliau, sebagai contoh kekecohan itu dapat dilihat dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dan terbaharu dalam DAP selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut sebelum ini dibatalkan.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:12 AM

Pemilihan UMNO Bahagian akan bermula selepas cawangan-cawangan dan sayap-sayap UMNO bersidang. Kesempatan ini ahli-ahli UMNO atau para perwakilan perlu memilih AJK Bahagian yang sihat mental dan fizikal.

Kita mahu UMNO Bahagian lebih bersinergi, berdaya saing, berwawasan dan lagi dihormati oleh rakan-rakan komponen apatah lagi parti-parti pembangkang. Bagi mencapai hasrat itu, AJK UMNO Bahagian mestilah yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT. Inilah yang membezakan antara PAS dengan UMNO. Bukanlah nak kata ahli-ahli UMNO tak taat kepada perintah Allah SWT tapi 'kelihatan' seperti itu. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO perlu berubah sebelum kita dapat mengubah orang lain.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:12 AM

Sebenarnya ramai ahli dan pemimpin UMNO yang boleh digelar ustaz dan ulamak. Tapi berapa kerat berbanding dengan ahli-ahli UMNO yang sudah melebihi 2.5 juta orang. Golongan ulama dan ustaz dalam UMNO perlu diketengahkan. Golongan profesional juga perlu diberi peluang untuk bersama dalam AJK Bahagian.

Jika diperhatikan golongan ustaz dan juga profesional tidak begitu menonjol dalam UMNO jika dibandingkan dalam PAS dan PKR. Mengapa begitu? Golongan ulama dan ustaz sebenarnya bukanlah individu yang sesuai berada dalam dunia politik persaingan merebut jawatan. Sifat tawadduk adalah sifat rendah diri. Lawan kepada sifat tawadduk ini ialah sombong, takbur serta membanggakan diri seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18 iaitu...

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18).


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:13 AM

Secara jujur, selaku ahli UMNO bukan bertaraf ustaz malahan lebai pun bukan, turut merasa malu dengan politik kepartian yang menuntut diri kadang-kadang terpaksa jadi hipokrit untuk berjaya. Terpaksa mencipta dan memainkan isu untuk mengalahkan lawan. Inilah antara sebab golongan ulama, ustaz serta golongan profesional Melayu tidak berminat dalam politik UMNO. Jika ada pun golongan ini dalam bahagian, yang masih kuat menjaga identititinya sebagai ulama dan ustaz, biasanya tidak kekal lama.

Secara jujur, jika PAS meninggalkan Pakatan Rakyat suatu hari nanti jika benar berlaku, UMNO akan berhadapan dengan masalah besar. Golongan pertengahan dan atas pagar tidak ragu-ragu lagi akan sebahagiannya memilih PAS. Persaingan sengit akan berlaku antara PAS dan UMNO jika usaha penyatuan PAS-UMNO tidak berlaku. Jika UMNO masih tidak berubah sebaliknya PAS kembali kepada perjuangan asalnya, pemimpin pro-Anwarinas ditolak, kita rasa PAS akan lebih mendapat tempat dihati umat Islam di Malaysia.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:15 AM


Itu sebabnya, setiap UMNO Bahagian perlu memberi pertimbangan sewajarnya golongan ulama dan ustaz serta golongan profesional berada dalam UMNO. Kehadiran golongan ini akan kelihatan UMNO lebih dihormati dan disegani sekurang-kurangnya dapat menolak pandangan rakyat bahawa UMNO hanya dikuasai oleh golongan korporat dan 'full time politicians' semata-mata. Tidak rugi kepada UMNO Bahagian kerana tokoh-tokoh ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam komuniti, pengikut-pengikut golongan ini melampaui sempadan politik kepartian.

Masalahnya apa? Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian sebaik menang dalam pemilihan UMNO Bahagian lebih menjaga kepentingan politik peribadinya. Ketua UMNO Bahagian lebih cenderung melantik kroni untuk berada dalam AJK Bahagian. Berlakulah perlantikan Ketua-ketua cawangan yang kalah dalam pemilihan dan ketua-ketua UMNO yang tidak bertanding sebagai AJK Bahagian. Inilah yang berlaku dan akan terus berlaku.


PEMILIHAN UMNO UNTUK KEMBALIKAN KEAGUNGAN UMNO. said...
October 6, 2013 at 11:15 AM

Sewajarnya UMNO Bahagian perlu berubah dari dalam. Kepimpinan UMNO Bahagian perlu memikirkan tentang kelebihan dan kekuatan parti lawan terutamanya PAS. Jika kepimpinan UMNO Bahagian masih meneruskan tradisi memilih dan melantik AJK Bahagian dari kroni masing-masing tanpa memikirkan kepentingan golongan ulama, ustaz dan profesional, kita bimbang UMNO Bahagian akan berada di takuk lama. UMNO akan lemah dan seterusnya akan kalah dalam PRU14 nanti jika calon PAS (jika meninggalkan PR) menjadi saingan calon UMNO. Jika ini berlaku, umat Melayu/Islam tidak akan kemana-mana ibarat kata pepatah Melayu, " Menang jadi arang, kalah jadi abu".

Kita ahli-ahli UMNO terutama golongan ulama, ustaz dan profesional sedang memerhati dari luar perkembangan UMNO era selepas PRU13.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx