Monday, July 8, 2013

Kuala Besut : Guru wajar sokong BN, Jawapan NUTP

Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka, golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan,"

Itu adalah kata-kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Kata-katanya itu adalah ayat yang biasa digunakan oleh macai-macai UMNO dalam kempen pilihanraya mereka tanpa mereka sedari bahawa wang yang digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan itu datangnya dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..(Ada orang kata Ahli UMNO dikecualikan dari cukai.. betul ke?)

Bagi mereka oleh kerana Barisan Nasional adalah Kerajaan maka seluruh Kakitangan Kerajaan wajib mengundi Barisan Nasional..

Ini adalah respon Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka. ~ The Malaysin Insider

40 comments:
Write comments
  1. Kita mahukan PRK ini akan berjalan dengan baik dan lancar tanpa ada gangguan daripada pihak yang tikda bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Ramai yang tidak menyangka akan ada PRK dengan masa yang dekat selepas PRU13 berlangsung 5 mei lepas.

    ReplyDelete
  3. Sokonglah parti yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada semua. Buat apa kita tukar kerajaan kalau kerajaan yang sedia ada itu mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Mampukah BN melakukan yang terbaik dan mempertahankan kerusi ini yang dimenangi pada PRU13 lepas.

    ReplyDelete
  5. Kita lihat sendiri pun PR sendiri bertengkar semasa sendiri untuk menjadi calon pada PRK ini.

    ReplyDelete
  6. Pergaduhan merebut kerusi ini berlaku antara PAS dan PKR. Yang pasti PAS sudah menyatakan akan bertanding walaupun berlaku 3 penjuru.

    ReplyDelete
  7. Mungkin PR tidak ada harapan untuk menang pada PRK ini. Kerana kawasan itu merupakan kerusi kuat BN.

    ReplyDelete
  8. Buatlah yang terbaik pada PRK ini. Di sini juga dapat mengambarkan bagaimana BN.

    ReplyDelete
  9. Jika dilihat sekarang ini. BN mampu mempertahankan kawasan ini nanti.

    ReplyDelete
  10. Kita juga meminta agar SPR akan memastikan prk ini akan berjalan dengan lancar dan adil.

    ReplyDelete
  11. A total of 100,000 houses will be built under the 1Malaysia Civil Servants' Housing Programme (PPA1M) nationwide, said Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

    He said besides Putrajaya, the government would identify strategic locations in the Klang Valley and major centres, including in Sabah and Sarawak, to expand the programme.

    "The project will be implemented once it is approved by relevant authorities," he told reporters after opening the Parent-Teacher Association Carnival and new facilities at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama in Petaling Jaya today.

    ReplyDelete
  12. He was commenting on a call from Cuepacs to the federal and state governments to provide medium-cost houses, priced RM250,000 or below, for civil servants.

    Ali said the first phase of the PPA1M programme involving the construction of 10,366 houses was launched in Putrajaya by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in April.

    ReplyDelete
  13. The PPA1M provides public housing with a minimum floor area of between 1,000 and 1,500 sq ft at a price of between RM150,000 and RM300,00.

    Meanwhile, Ali said the Putrajaya PPA1M had received an encouraging response with 105,000 applications received to date.

    Successful buyers are only required to pay for the houses once they are completed and not while work is still in progress.

    ReplyDelete
  14. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata keupayaan BN yang ditunjangi UMNO mentadbir negara, termasuk Terengganu dalam membela nasib rakyat secara menyeluruh membuatkan golongan pembangkang tidak senang duduk.

    “Faktor itu membuatkan mereka terpaksa mencipta pelbagai fitnah dan dakyah palsu,” katanya.

    TAKTIK APA SEKALIPUN YANG DIGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG, RAKYAT TIDAK AKAN TERPEDAYA KERANA PEMBANGUNAN YANG DILIHAT SEKARANG TELAH MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN KERAJAAN YANG SEBENAR.

    ReplyDelete
  15. Biar rakyat kuala besut yg tentukan siapa yg mer3ka pilih utk wakil rakyat mereka .
    Berpolitikla dgn cara yg bersih.spr pula diharap telus dan buktikan keintegritian anda dlm kelaksanakan tugas

    ReplyDelete
  16. TERENGGANU CUKUP BERTUAH BERADA DI BAWAH KEPIMPINAN BN

    Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu, Terengganu hari ini, cukup bertuah kerana dikunjungi pemimpin nombor satu negara, yang tidak jemu-jemu membantu rakyat dan memberi pelbagai kemudahan kepada semua golongan.

    “Kerajaan BN adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat, justeru itu, mari kita sama-sama seia sekata dengan berjanji menyokong BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

    “Kita mahu melihat Terengganu terus membangun dan menjadi negeri maju menjelang 2020, oleh itu kita perlukan sebuah kerajaan yang mampu melaksanakan dengan adil dan bijaksana,” katanya..

    ReplyDelete
  17. TERENGGANU MEMBANGUN DI BAWAH BN.

    Sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi di negeri ini dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa lalu.

    Tanggapan pihak tertentu kononnya rakyat di negeri ini semakin menolak UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) disifatkan satu kenyataan yang tidak berasas dan menyimpang dari fakta yang sebenar.

    Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, YB Khazan Che Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata pihaknya menyifatkan kenyataan seperti ini hanyalah cubaan pihak-pihak tertentu yang semakin gelisah dengan arus sokongan semasa BN yang terus bersemarak.

    ReplyDelete
  18. DAKYAH PALSU PEMBANGKANG TIDAK AKAN DAPAT MENGATASI PEMBANGUNAN YANG DIKECAPI OLEH BN DI TERENGGANU.

    "Malah dengan keupayaan BN yang ditunjangi UMNO mentadbir negeri dan membela nasib rakyat secara menyeluruh membuatkan golongan yang tersepit ini tidak senang duduk sehingga memaksa mereka mencipta dakyah palsu sedemikian rupa.

    “Kita menafikan sekeras-kerasnya pelbagai dakwaan karut yang datang daripada pembangkang, mereka gemar menidakan apa yang dilaksanakan kerajaan kerana mahukan perhatin.”-Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, YB Khazan Che Mat(24 Dis 2012)

    ReplyDelete
  19. KERAJAAN AKAN SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT DI TERENGGANU. DENGAN SOKONGAN PADU RAKYAT MAKA TIDAK MUSTAHIL TERENGGANU AKAN LEBIH BERTAMBAH MAJU

    Pembangkang bimbang bantuan dan kebajikan yang ditaburkan kepada rakyat akan memberi kesan negatif terhadap puak itu.

    “Kita percaya rakyat di negeri ini akan menilai rekod pentadbiran kerajaan yang ada sekarang berbanding fitnah yang dilemparkan.

    "Sebab itu kita tidak hairan dengan fitnah dan dakwaan tanpa asas yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

    Khazan yakin selagi BN berjaya mentadbir dengan baik dan peka terhadap tuntutan rakyat, segala tohmahan yang dilemparkan tidak akan meninggalkan kudis.

    ReplyDelete
  20. Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya.

    Beliau berkata JPNT turut memantau prestasi semua guru di negeri ini agar mereka sentiasa memberi khidmat terbaik demi memastikan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu tercapai.Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata Terengganu menerima 20 guru Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) pada tahun ini berbanding 17 pada tahun laluyang diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu di kalangan pelajar di negeri ini.

    Namun, kataya, jumlah itu masih belum mencukupi dan kerajaan negeri akan mencari guru ETA dari negara lain selain Amerika, mungkin dari Austral

    ReplyDelete
  21. Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakariav Husin.

    Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa diperingkat cawangan.

    "Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  22. Bilangan genap kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di sesetengah negeri serta Parlimen akan dijadikan jumlah ganjil melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang kajian mengenainya akan bermula hujung tahun ini.

    ReplyDelete
  23. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bagaimanapun SPR akan melihat kepada kesesuaian sebelum melaksanakannya.

    ReplyDelete
  24. ni satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. Cadangan menjadikan jumlah kerusi kepada angka ganjil itu bukan satu asas untuk kita buat (persempadanan semula) kerana asas pentingnya ada perkara lain mengikut Perlembagaan, tapi satu daripada pertimbangan SPR adalah angka genap

    ReplyDelete
  25. Mengenai 'post-mortem' PRU13 yang diadakan di Selangor, Melaka, Sabah, Perlis dan Kedah, Abdul Aziz berkata kebanyakan petugas SPR menghadapi masalah yang sama selain berlaku beberapa kelemahan serupa dalam aspek teknikal.

    ReplyDelete
  26. Beliau berkata kelemahan dalam aspek kursus dan latihan praktikal untuk petugas pilihan raya serta beberapa masalah teknikal lain yang disuarakan oleh petugas SPR melalui post mortem itu akan diperbaiki di samping memberi penambahbaikan.

    ReplyDelete
  27. Sebagai contoh, katanya, SPR akan membuat perbezaan mengenai ejen calon pilihan raya semasa pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, Terengganu 24 Julai ini.

    ReplyDelete
  28. Ejen calon sebelum ini mengenakan pas dengan warna yang sama, sedangkan mereka mungkin ejen calon untuk ditempatkan di barong SPR, ejen calon di bilik mengundi atau ejen untuk pengiraan undi. Mereka tidak dapat dilihat secara mudah kerana pas mereka berwarna sama

    ReplyDelete
  29. Abdul Aziz berkata kelemahan SPR semasa PRU13 tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai penipuan oleh SPR. Ini, katanya, kerana sistem pilihan raya membenarkan proses itu dihadiri ejen calon dari mula penamaan calon sehinggalah pengiraan undi dengan kesemua proses pilihan raya adalah jelas dan tegar

    ReplyDelete
  30. byk betul orang bn kat sini....macai macqi detect....

    ReplyDelete
  31. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:26 PM


    Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

    ReplyDelete
  32. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:26 PM

    Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  33. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:27 PM

    Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.

    “Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan."

    ReplyDelete
  34. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:27 PM

    “Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini.

    ReplyDelete
  35. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:27 PM

    Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.

    Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu.

    ReplyDelete
  36. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:28 PM

    Memang ini yang patut dibuat Kementerian Pendidikan terhadap guru-guru yang menjadi pencacai tegar Pakatan Haram . Sudah la makan gaji duit kerajaan , tapi di sekolah mereka menghasut guru-guru lain membenci kerajaan.

    ReplyDelete
  37. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:28 PM

    Kalau kerajaan DAP Pulau Pinang boleh menukar kakitangan kerajaan mereka ke jabatan lain yang cenderung menyokong BN , mengapa kita tak boleh buat pulak ???

    ReplyDelete
  38. GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG SAMA SEPERTI PENGKIANATOctober 3, 2013 at 8:29 PM

    Jika tidak suka tindakan PPD dan JPN , mereka boleh berhenti kerja saja seperti Cikgu Normala . Jadi pencacai tegar PAS 100 % full time .

    Ini kerana ramai lagi di luar sana mahu menjadi guru yang sudah diketahu gaji cukup lumayan dan cuti pulak banyak . Tak percaya lihat sendirilah kereta yang dipakai cikgu di sekolah2 .....ada yang kereta import lagi .

    ReplyDelete
  39. Bagi saya, guru2 tugas mereka hanyalah perlu mendidik anak2 negara, tidak perlulah berpolitik, jika mahu berpolitik, berhenti la kerja.

    ReplyDelete
  40. AMat bahalol para guru yang berpolitik ni, merosakan anak bangsa saja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.