Monday, July 8, 2013

Yusoff Kalla bantah putar belit media Malaysia

Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.DSAI

“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli arlimen yang ulang akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

keadilandaily
xxx2

Komen Anda

29 Responses to " Yusoff Kalla bantah putar belit media Malaysia "
Hidup Di Sabah said...
July 8, 2013 at 10:55 AM

Kita tunggu saja apa yang Anwr akan buat mengenai perkara. Kalau benar-benar ingin menyaman teruskan kita lihat setakat mana kebenarannya.


Salami said...
July 8, 2013 at 10:57 AM

Siapa yang tipu adakah Anwar ataupun Media Malaysia yang tipu kita nantikan saja nanti.


Salami said...
July 8, 2013 at 10:58 AM

Siapa tidak kenal dengan Anwar yang mana individu yang suka memainkan isu putar belit.


Sindu said...
July 8, 2013 at 10:59 AM

Rasanya bagus juga cadangan Anwar ingin membawa kes ini. Mungkin ini akan memakan diri Anwar sendiri nanti.


Nordin said...
July 8, 2013 at 11:00 AM

Jika kita lihat sendiri sebenarnya Anwar sekarang ini dalam kekeliruan atas pelbagai desakkan dihadapi sekarang ini. Tambahan lagi kawan dari Indonesia tidak begitu berpuas hati dengan tindakan Anwar.


Firah said...
July 8, 2013 at 11:01 AM

Betulkah Jusuf Kalla menafikan semua itu? Kita tunggulah apa yang akan diumumkan seterusnya. Adakah benar ini kenyataan Jussuf atau pun kenyataan Anwar.


Selasiah said...
July 8, 2013 at 11:02 AM

Banyak betul isu diputar belitkan oleh Anwar. Memang bijak Anwar ini mencari jalan menyelematkan diri sendiri.


Dauy said...
July 8, 2013 at 11:04 AM

Rasanya jusuf kalla tahu apa yang pasti dalam hal ini. Jangan biarkan ada pihak cuba mengelirukan keadaan ini.


sami said...
July 8, 2013 at 11:05 AM

Anwar perlulah sedar yang mana telah tewas pada PRU13. Jadi jika benar membantah kenapa Anwar angkat sumpah juga.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 11:19 AM

Wawancara bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan Merdeka Online meletakkan Anwar dalam keadaan gelisah. Ini kerana wawancara tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Anwar antaranya, Anwar adalah alat kepada pihak asing, Anwar terdesak sehingga mencadangkan perjanjian dengan Dato’ Seri Najib, Anwar seorang penipu dan juga Anwar sudah gila.

Bagi membela diri, Anwar membuat kenyataan di dalam Nanyang Siang Pau bahawa semua itu tidak benar iaitu bahawa Jusuf Kalla tidak pernah membuat kenyataan buruk mengenai Anwar serta tidak pernah diwawancara oleh Merdeka Online. Katanya, beliau sendiri telah mengesahkannyan dengan bekas Naib Presiden Indonesia itu.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 11:19 AM

Anwar seharusnya lebih tahu bahawa penafian seharusnya datang dari pihak Jusuf Kalla, bukan Anwar.

Ini kerana Merdeka Online melaporkan kata-kata Jusuf Kalla bukan Anwar. Oleh itu, benar atau tidak laporan tersebut, hanya Jusuf Kalla saja yang mampu mengesahkannya. Malah, Jusuf Kalla juga boleh menyaman Merdeka Online jika terbukti laman tersebut berbohong.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 11:19 AM


Kita tahu, tentu pedih sekali untuk Anwar menerima kenyataan bahawa orang yang dipercayainya, yang dirujuk dan digunakan sebagai perantara, rupanya mempunyai pendapat yang begitu buruk terhadap dirinya.

Lebih memeritkan lagi sekiranya Jusuf Kalla sememangnya bersetuju agar pendapatnya mengenai Anwar itu disiarkan di laman web untuk dibaca oleh semua orang.


Apa yang pasti, sebagai pemerhati, wawancara yang disiarkan oleh Merdeka Online tampak asli berdasarkan susun atur ayat yang tidak terancang.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 11:19 AM

Selain itu pendedahan pembabitan Filipina dan Turki secara dekat dengan Anwar merupakan satu maklumat baru yang tidak mengejutkan.

Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin kedua negara itu bukanlah rahsia tetapi selama ini jarang sekali yang mengaitkan kedua negara itu secara langsung dalam aktiviti Anwar di dalam negara.

Yang sering dikaitkan dengan Anwar hanyalah pihak Amerika dan Zionis. Oleh itu, kita berpendapat maklumat seperti ini bukan boleh direka-reka tetapi harus datang dari sumber yang benar-benar mengetahuinya seperti Jusuf Kalla.


Troull Lin said...
July 8, 2013 at 11:19 AM

Perbincangan mengenai masa depan Nurul Izzah pula menunjukkan yang ia merupakan satu perbualan yang jujur antara dua orang sahabat lama dan sebagai wartawan, Merdeka Online tidak akan mampu mengada-adakan perkara sebegitu.

Apapun, ini hanya pendapat dan pandangan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Seperti yang dikatakan tadi, kebenaran hanya boleh disahkan oleh Jusuf Kalla sendiri.

Penafian Anwar adalah tidak bernilai sama sekali kerana Anwar mampu menafikan apa saja walaupun terdapat video jelas yang mengesahkan setiap inci batang tubuhnya.


Liz said...
July 8, 2013 at 11:22 AM

Untuk pastikannya, mohon kata2 yang keluar dari mulut Jusuf Kalla sendiri yang pastikan kebenaran kenyataan Anwar ni.susah juga jika dari mulut orang kedua,ketiga dan selanjutnya ni.


Liz said...
July 8, 2013 at 11:24 AM

Anwar mungkin fikir dia masih lagi “Raja Putar Belit” dan rakyat akan percaya dengan “putar lidah”nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!


Liz said...
July 8, 2013 at 11:25 AM

Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS bila2 masa akan berpaling tadah.


Don said...
July 8, 2013 at 11:27 AM

Anwar sering membuat kenyataan putar belit. sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!


Don said...
July 8, 2013 at 11:30 AM

Buat apa percaya pada Raja Putar Belit ni.lebih baik minta penjelasan dari tuan punya badan sendiri, Jusuf Kalla. Biar Jusuf Kalla yang perjelaskan dengan panjang lebarnya.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:36 PM


Kalau betul bagai dikata nampak gayanya siapa saja boleh berdepan dengan risiko ' kena main' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bayangkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla kini terpaksa bersilat dengan bos Pakatan Rakyat itu.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:36 PM

Ini gara-gara satu perjanjian sulit yang beliau atur antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu agar kedua mereka terima apa jua keputusan pilihanraya umum ke 13.
Akhbar itu memetik beliau sebagai berkata : He said that he shuttled back and forth between Jakarta and Kuala Lumpur, meeting the opposition leader and Mr. Najib.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:37 PM

Jusuf yang diketahui umum rakan baik kedua-dua Anwar dan Najib mendedahkan dalam interbiu dengan akhbar terkemuka ,The Wall Street Journal yang disiarkan Jumaat bahawa perjanjian itu dibuat atas permintaan Anwar sendiri.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:37 PM

Mr. Kalla said the two candidates—whom he said he considered friends of his going back decades—had made a written agreement in April to refrain from personal attacks during the campaign and to accept the outcome, in a deal first proposed by Mr. Anwar.
Beliau menegaskan Anwar telah mungkiri janji berkenaan.

Bekas Naib Presiden Indonesia itu seperti meluah perasaan kecewa bila dipetik berkata : Mr. Kalla said that the outcome of the balloting, held on a Sunday, was clear. "We had a commitment,'' he said. "On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, 'No, no, no, no.'


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:38 PM

Kalau membaca penuh laporan Wall Street Journal,akhbar itu dengan jelas memetik Jusuf sebagai berkata " Mr. (Jusuf) Kalla said Mr. Anwar approached him about an agreement two months ago, and they met at his Jakarta home. Mr. Anwar asked him to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome, Mr. Kalla said.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:39 PM

Menurut akhbar itu sebaliknya Anwar pula kata ' it was Mr. Kalla, not him, who first proposed the pact'.

Dalam pada itu isu pendedahan Jusuf dalam interbiu dengan The Wall Street Journal telah mencuri perhatian ramai.
Kebanyakan terkejut bagaimana satu perjanjian sulit yang berprofail tinggi boleh ' dilanggar' begitu saja.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:39 PM


Sana sini kedengaran orang mempersoalkan gelagat Anwar yang mungkir janji dan membuat perhimpunan demi perhimpunan untuk mendakwa Pakatan Rakyat menang atas dasar ' undi popular' sedangkan sistem itu tidak digunapakai di Malaysia.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:40 PM

Lebih dari itu ia boleh memalukan rakan baiknya yang berstatus bekas Naib Presiden sebuah negara besar dan jiran serumpun Malaysia.

Cara Anwar menafikan beliau yang cadangkan perjanjian itu menampakan seolah Jusuf pembohong.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:40 PM

Kalangan pemerhati politik pula menilai ini satu hal yang serius jika benar Anwar ' pusing cakap' hingga cetus situasi yang memalukan Jusuf.


YUSOF MEMBERI CHECMATE KEPADA ANWAR said...
October 3, 2013 at 9:41 PM

Apa hal orang yang nak tolong kearah perdamaian diperlakukan begitu.
Menurut mereka atas dasar apa sekalipun bekas Naib Presiden Indonesia itu telah mainkan peranan yang patut dihargai untuk memastikan Malaysia tidak bergolak selepas PRU13.
Mungkin Jusuf sendiri tidak sangka beliau boleh ' kena main' .


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx