Tuesday, July 9, 2013

Mengapa Zahid yang tiba-tiba garang?

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang secara tiba-tiba bersuara lantang mahu mempertahankan Akta Hasutan menimbulkan persoalan ramai dan menjadi percakapan banyak orang ketika ini.

Nawaitu dan keikhlasannya dalam mempertahankan akta itu amat diragui manakala hujah-hujahnya pula terlihat longgar.

Zahid dilaporkan menyelar pihak-pihak yang mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa memimirkan kesan negatif daripada tindakan itu.

Beliau berkata, selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan dan sekiranya Akta Hasutan juga dibuat tindakan yang sama, apa lagi yang tinggal untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara.

Selain itu, Zahid juga berkata, jika Akta Hasutan dimansuhkan ia boleh membawa pertikaian keada 4 aspek dalam Perlembagaan iaitu hak istimewa orang-orang Melayu, status Raja-Raja, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam nada yang lebih tegas, Zahid juga berazam untuk terus mempertahankan akta itu. Wowww, ternampak macam beliau satu-satunya pejuang tulen dalam UMNO yang sayangkan negara ini!

Pemansuhan Akta Hasutan adalah sebahagian daripada janji transformasi yang mahu dilakukan oleh Najib sebelum pilihanraya lalu.

Najib menjanjikan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional di mana sebelum itu juga Perdana Menteri memansuhkan ISA, Ordinan Darurat dan Akta Kolej dan Universiti atau AUKU yang bertujuan lebih menghargai kebebasan serta hak asasi rakyat dengan tidak mengabaikan keharmonian dan ketenteraman negara.

Janji Najib ini diucapkan sebelum pilihanraya umum lalu dan ketika itu semua pemimpin Umno menyokong serta mengalu-alukan langkah yang diambil Najib itu dengan menyifatkannya sebagai pendekatakan berani untuk membawa negara lebih maju ke hadapan.

Persoalannya, kenapa baru sekarang Zahid bersuara? Sebagai pemimpin kanan Umno, jika beliau tidak setuju akta itu dimansuhkan, beliau sepatutnya bersuara sebaik saja Najib mengumumkan pemansuhannnya dulu. Tetapi kenapa baru sekarang?

Apakah juga Zahid mahu memberitahu umum bahawa Najib mengambil tindakan yang salah? Atau maksud yang lebih jauh, Zahid ingin memberitahu bahawa Najib tidak layak lagi memimpin negara ini?

Penyanggahan Zahid terhadap apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri, bossnya sendiri, sebenarnya mendedahkan kepada beberapa implikasi seperti gambaran bahawa Najib tidak berhati-hati, terburu-buru, kurang bijaksana dalam bertindak, tidak layak dan pelbagai ciri negatif lainnya.

Dalam masa yang sama, Najib dan kerajaan juga terdedah kepada elemen mungkir janji sedangkan slogan yang menjadi mainan mulut Najib dan UMNO ialah Janji Ditepati.

Apakah dengan tiba-tiba Zahid bersuara mempertahankan Akta Hasutan ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO yang hanya beberapa bulan saja lagi di mana beliau disebut-sebut akan bertanding jawatan nombor dua dalam parti?

Apakah sanggahan terhadap Najib itu dan menunjukkan dirinya pejuang tulen itu suatu manifestasi penonjolan diri untuk meningkatkan populariti dan sokongan?

Semua ini membelenggui dirinya kerana Zahid bukanlah terkenal sebagai pemimpin yang lantang tanpa sebab.

Beliau tergambar lebih banyak senyum dan ketawa dan ketika beliau berani mendedahkan amalan nepotisme dan kronisme dalam kerajaan ketika menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu pun, akhirnya diketahui oleh Mahathir bahawa beliau berbuat demikian kerana diarahkan oleh Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri waktu itu.

Dalam perjalanan politiknya kemudian pula, tidak ternampak tindakannya yang lantang dan berani sama ada ketika menjadi Menteri Pertahanan atau pun Menteri Dalam Negeri.

Jika ada pun ternampak menonjol, ia hanya separuh jalan seperti ketika mula-mula berpindak ke Kementerian Dalam Negeri. Ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno pula lebih banyak mengandungi lawak jenaka serta mengundang ketawa.

Sebab itu, bila tiba-tiba suaranya agak nyaring dalam isu pemansuhan Akta Hasutan ini, persoalan tentang mawaitunya tidak dapat dielakkan.

Selain kenapa hanya sekarang beliau bersuara mahu mempertahankan Akta Hasutan ini sedangkan sebelum ini suaranya tidak pernah kedengaran, hujah-hujah Zahid juga ternyata amat longgar.

Zahid berhujah bahawa jika Akta Hasutan dimansuhkan ia akan menjejaskan 4 aspek perlembagaan iaitu hak istimewa orang Melayu, status Raja-Raja, kedudukan Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Soalnya apakah dengan pemansuhan Akta Hasutan, tiada undang-undang lain yang boleh melindungi keempat-empat aspek itu? Bodoh sangatkah Najib selaku Perdana Menteri tidak mengambil kira mengenainya semata-mata kerana mahu memansuhkan Akta Hasutan itu?

Bukankah masih ada pelbagai undang-undang dan akta lain yang boleh digunakan untuk melindungi keempat-empat aspek yang disebut Zahid itu, meskipun setelah Akta Hasutan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional?

Janganlah Zahid fikir bahawa hanya Akta Hasutan saja yang boleh melindungi keempat-empat aspek itu. Dan janganlah juga Zahid fikir bahawa jika tiada Akta Hasutan, rakyat boleh bebas berbuat apa saja dan seolah-olah negara ini tiada lagi undang-undang langsung?

Sebenarnya negara masih mempunyai undang-undang dalam pelbagai aspek tetapi undang-undang dan akta yang tidak adil serta menekan rakyat sudah sampai waktunya diganti dengan undang-undang lain yang lebih sesuai dengan tahap kesedaran serta kematangan rakyat.

Mengekalkan undang-undang yang zalim dan tidak adil hanya menyebabkan negara semakin berundur ke belakang serta dijauhi oleh rakyatnya. Najib sebenarnya sedang bergerak seiring dengan kehendak rakyat.

Tidaklah menjadi kesalahan untuk Zahid mempertahankan akta itu jika niatnya benar-benar ikhlas untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya kerana ada udang di sebalik batu.

Bahkan mungkin pula mampu melonjakkan sokongan yang diharapkan kepadanya atas keberanian itu tetapi rakyat mengharapkan beliau konsisten dalam tindakannya sepanjang masa.
Janganlah ia bermusim dan selepas pemilihan Umno berakhir nanti, suara garangnya juga hilang entah ke mana. -

-http://shahbudindotcom.blogspot.com

16 comments:
Write comments
  1. Kenyataan berturut-turut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkenaan Akta Hasutan memperlihatkan kejituan beliau dalam memastikan sistem dan nilai yang kita ada ketika ini diteruskan.

    Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan.

    Beliau tidak mahu Akta Hasutan disentuh. Saya percaya kenyataan ini dibuat bagi menegaskan pendirian beliau sebagai menteri bertanggungjawab berkenaan keselamatan dalam negeri.

    MENGUBAH SESUATU UNDANG2 YANG TELAH LAMA DIGUNA PAKAI BUKAN BOLEH DIBUAT DENGAN MUDAH.PERLU MENGAMBIL KIRA BANYAK PERKARA.JANGAN KERANA SEKADAR MEMUASKAN HATI SESEBUAH PIHAK YANG MENDESAK, AKTA INI DIMANSUHKAN

    ReplyDelete
  2. Dari segi sejarah, asal Akta Hasutan ialah Enakmen Hasutan 1939 yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya Akta Hasutan mula diperkenalkan ketika keadaan darurat di Tanah Melayu pada 1948 sebagai Ordinan 14 1948. Akta ini kemudian disemak semula pada 1969 dan diwartakan sebagai Akta 15.

    Pengisian Akta Hasutan

    Umumnya Akta Hasutan bertujuan mengekang perbuatan yang boleh melahirkan kecenderungan menghasut yang membabitkan Raja-Raja Melayu, kerajaan (sama ada negeri atau Persekutuan), hubungan antara rakyat negeri-negeri dalam Persekutuan, hubungan antara kaum serta hal-hal berkaitan kewarganegaraan, bahasa Melayu, keistimewaan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  3. Kecenderungan menghasut secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai sehingga membenci, menghina atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja atau kerajaan. Ia juga menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk Malaysia.

    Dua perkara ini pada asalnya adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi dimasukkan dalam Enakmen Hasutan pada FMS En.13/1939. Pengisian Akta Hasutan ini lebih kurang sama dengan Common Law Inggeris dengan penyesuaian kepada keadaan setempat.

    ReplyDelete
  4. Peranan akta

    Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan.

    Akta Hasutan melarang perbuatan menghina Raja-Raja, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja bagi negeri-negeri. Akta Hasutan menjaga demokrasi berparlimen dengan menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat kecenderungan menghasut untuk perubahan kerajaan dengan cara tidak sah.

    ReplyDelete
  5. Akta Hasutan menjaga hubungan antara rakyat bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan dengan menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan dengan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Raja bagi mana-mana negeri dalam Malaysia atau penduduk Malaysia.

    Perkara-perkara ini ada kalanya diambil mudah oleh sesetengah pihak kerana pemahaman yang ada ialah Akta Hasutan ini menyekat kebebasan bersuara. Cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Kaum agak jelas kedengaran. Memang benar keharmonian kaum adalah perkara penting. Tetapi sekiranya itu saja fokus undang-undang terbabit, ia belum mampu menggantikan Akta Hasutan yang lebih lebar ruang lingkup dan tujuannya.

    ReplyDelete
  6. Sebagai contoh, kita jarang mendengar pandangan yang meletakkan perpaduan atau integrasi antara rakyat negeri-negeri yang membentuk Persekutuan. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana keserasian atau integrasi antara rakyat negeri-negeri inilah yang menjadikan negara kita aman dan sejahtera. Dilema sebuah negara Persekutuan seperti Malaysia ialah antara cinta rakyat negeri-negeri dan kesetiaan kepada Persekutuan.

    Kebijaksanaan orang dulu

    Kita nampak jelas dilema ini dalam banyak negara Persekutuan lain. Kita ini diikat dengan satu kewarganegaraan tetapi dipisahkan dengan sentimen kenegerian. Walaupun hal ini tidak begitu menonjol ketika ini, kita lihat kebijaksanaan orang dulu dalam meletakkan persediaan menghadapi kemungkinan.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya kita mahu mengubah Akta Hasutan ini, perkara ini juga perlu diambil perhatian sewajarnya. Kita tidak mahu nanti sudah terhantuk baru terngadah.

    ReplyDelete
  8. Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa punca kuasa Akta Hasutan ini adalah Perlembagaan Persekutuan sendiri, iaitu perkara 10(2)(a) dan dibaca bersama dengan 10(4) Perlembagaan Persekutuan.

    Oleh sebab akta ini membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, maka sebarang pindaan kepadanya hendaklah harus mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Kita lihat hal ini jelas disebut dalam perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  9. Zahid bukanya garang... tapi tegas.Zahid bukanya garang... tapi tegas.

    ReplyDelete
  10. AKTA HASUTAN UNTUK KEAMANANA NEGARA.October 5, 2013 at 9:30 PM

    Apa pun, aku tak rasa pemansuhan Akta Hasutan ni akan jadi berita baik, pasainya tak mustahil Akta Keharmonian Nasional tu lebih kurang sama ja macam Akta Hasutan kalau pun tak lebih teruk lagi.

    Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/sandiwara-akta-hasutan-akta-keharmonian-kaum.html#ixzz2gr11CZ00

    ReplyDelete
  11. AKTA HASUTAN UNTUK KEAMANANA NEGARA.October 5, 2013 at 9:31 PM

    Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  12. AKTA HASUTAN UNTUK KEAMANANA NEGARA.October 5, 2013 at 9:31 PM

    "Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR - Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen,

    ReplyDelete
  13. AKTA HASUTAN UNTUK KEAMANANA NEGARA.October 5, 2013 at 9:32 PM

    Untuk kuatkan lagi dakwaan dia tu Zahid kata ada kajian yang kata macam tu macam yang Malaysiakini laporkan:
    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebahagian besar kegiatan jenayah dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).


    ReplyDelete
  14. AKTA HASUTAN UNTUK KEAMANANA NEGARA.October 5, 2013 at 9:32 PM

    "Saya dapat statisitik yg dibuat secara empirikal, di Selangor 90 peratus jenayah berat terancang dilakukan oleh bekas tahanan yang ditahan dahulunya di bawah EO," kata Zahid.

    Katanya, beliau juga akan membentangkan statistik dari kajian itu secara lengkap dalam sidang Parlimen akan datang.

    ReplyDelete
  15. Zahid dikatakan teas oleh pembangkang? Ini menunjukkan para pembangkang amat berfikiran sempit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.