Tuesday, July 9, 2013

NOTIS HADIR TEMUDUGA KELAYAKAN BIASISWA

Siswa Siswi yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan konglomerat automotif negara DRB HICOM BERHAD melalui anak syarikatnya Hicom University College Sdn Bhd serta rakan strategiknya Moraza Holdings Sdn Bhd menjemput anda untuk menghadiri sesi TEMUDUGA KELAYAKAN BIASISWA PENGAJIAN TINGGI SELIAAN KUMPULAN DRB HICOM berdasarkan maklumat berikut:

TARIKH: 13HB JULAI 2013, SABTU

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT: DEWAN BESAR, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA, TAWAU, SABAH

2. Saudara / saudari diminta untuk membawa DOKUMEN ASAL dan 1 (SATU) SALINAN DOKUMEN seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga
c. Sijil Lahir Calon
d. Keputusan SPM atau setaraf
e. Gambar berukuran passport


3. Saudara / saudari dikehendaki hadir BERPAKAIAN FORMAL bersama-sama IBUBAPA / PENJAGA serta membawa bersama Yuran Khidmat Pelajar sebanyak RM150.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA PULUH) sahaja. (Tertakluk kepada calon yang LULUS temuduga sahaja)

4. Calon yang layak akan mengikuti pengajian di peringkat diploma selama 3 (TIGA) tahun sebelum diserap untuk bekerja di dalam Kumpulan DRB HICOM melalui program jaminan pekerjaan.

5. Anda dinasihatkan agar mengesahkan kehadiran anda dengan menghubungi Pegawai Bertugas:Encik Arman di talian 019 235 4769.Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri, sila hubungi talian tersebut bagi mendapatkan tarikh dan lokasi temuduga seterusnya.

6. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai salah seorang bakal warga KUMPULAN DRB HICOM!

Sekian. Terima Kasih

"Powering Ambition"


(*Ini merupakan tawaran bersyarat. Calon perlu menepati syarat minimum kemasukan dan tertakluk dengan syarat & terma yang ditetapkan oleh pihak institusi dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.