Sunday, July 7, 2013

TPM umum calon BN K Besut 9 Julai ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 9 Julai ini.

azlanMenteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata BN negeri menyenarai pendek beberapa calon BN yang layak dan terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.

"Timbalan Perdana Menteri sendiri akan umum calon pada 9 Julai ini, kita (BN) dah ada calon," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tiga beradik yang menjadi mangsa dera di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Beliau berkata BN yakin untuk mempertahankan DUN Kuala Besut berdasarkan sokongan rakyat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan jumlah majoriti yang dimenangi pada PRU13 merupakan satu kedudukan yang selamat untuk mempertahankan erusi itu dan keadaan "DUN tergantung" tidak akan berlaku sekiranya keputusan pilihan raya kecil Kuala Besut tidak menyebelahi BN.

DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat semalam menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan 12 Julai sebagai hari penamaan calon PRK Kuala Besut.

-Bernama

61 comments:
Write comments
  1. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    Puteri UMNO Besut laungkan keyakinan mampu menangkis apa jua taktik dan propaganda pembangkang yang dilihat terlebih ghairah untuk menawan DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr A Rahman Mokhtar kerana mengidap kanser paru-paru, pada Rabu minggu lalu.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  2. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    Justeru Ketua Puteri UMNO Besut, Che Senah Che Sulaiman berkata pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai persiapan termasuk strategi menyerang balas terhadap apa jua isu-isu yang direka cipta pembangkang seperti mana yang mereka sentiasa lakukan dalam setiap pilihanraya.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  3. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    Pada masa yang sama Che Senah juga berkata Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan propaganda awal pembangkang kononnya akan meletakkan calon yang cukup dikenali dan ramai peminat kerana pengundi di DUN Kuala Besut ini mempunyai penilaian tertentu bukan sekadar populariti semata-mata yang menjadi ukuran.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  4. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    “Puteri UMNO sudah pun membuat persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk pilihan raya ini, walaupun dikatakan pembangkang akan meletakkan calon dikenali dan mempunyai ramai peminat, namun itu tidak menjadi penghalang untuk BN terus mempertahankan DUN Kuala Besut.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  5. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    “Pelbagai program telah dirancang sepanjang tempoh pilihan raya nanti untuk bertemu dengan seramai mana pengundi di Kuala Besut, walaupun kita baru selesai dengan pilihan raya umum, namun tanggungjawab untuk bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi akan tetap dilakukan.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  6. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    “Suasana pilihan raya kecil adalah berbeza dengan pilihan raya umum, sudah pasti Kuala Besut akan menjadi tumpuan semua pihak terutama pembangkang yang ingin menang bagi menidakkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui BN.

    Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13, Allahyarham berjaya mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  7. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    Pada PRU 13, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan dengan kelebihan dua kerusi (17- 15) daripada pembangkang, berikutan kekosongan DUN Kuala Besut, jumlah kerusi yang dimiliki oleh BN adalah 16 berbanding pembangkang 15 kerusi., berikutan itu pilihan raya kecil Kuala Besut menjadi tumpuan kepada kedua-dua pihak.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  8. YAKIN PASTI BESUT MILIK BN

    Terima Kasih kepada Wanita UMNO!

    Che Senah, berkata walaupun pilihan raya kecil ini berkemungkinan diadakan pada bulan Ramadan, namun ia tidak menjadi masalah kepada BN terutamanya Puteri UMNO kerana ia bukanlah pertama kali pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan.

    “Pelbagai program sudah dirancang dan disesuaikan berikutan mungkin pilihan raya akan diadakan pada bulan puasa, sudah ia agak berbeza dengan hari biasa, Puteri UMNO akan menyesuaikan dengan suasana berkenaan supaya tidak menganggu kesucian bulan Ramadan,” katanya.

    BANTU BN MENERUSKAN AGENDA PEMBANGUNAN DI TEMPAT ANDA

    ReplyDelete
  9. Penamaan calon belum bermula tetapi Pakatan Rakyat mula `bercakaran’ sesama sendiri, mula membuka pekung kerana kesinambungan kuasa yang tidak kesampaian dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

    ReplyDelete
  10. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu selepas mesyuarat khas pada Jumaat ini. Di atas kertas, Kuala Besut merupakan kawasan Barisan Nasional khususnya Umno, tetapi dalam pilihan raya umum tahun 1999 itu kerusi itu dimenangi PAS.

    ReplyDelete
  11. Ini bermakna jika kena strategi termasuk calon yang sesuai PAS boleh merampas semula Kuala Besut yang dikuasai Umno sejak tahun 2004.

    Tetapi peluang itu nampaknya bakal terlepas kerana sikap yang saling berbeza antara tiga parti – DAP, PKR dan PAS. Tetapi DAP seolah menyatakan pendirian yang keras itu memboikot pilihan raya kecil Kuala Besut.

    ReplyDelete
  12. PKR dan PAS pula saling berebut kerusi. Kenyataan Timbalan Presiden PR Azmin Ali bahawa Kuala Besut kerusi PKR telah dibidas oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Mustafa Ali.

    ReplyDelete
  13. Meski Umno menguasai Besut termasuk Kuala Besut, Pakatan Rakyat khususnya PAS tetap mempunyai peluang. Tidak benar sama sekali mengatakan BN pasti menang di kerusi yang majoriti pengundinya Melayu itu.

    Calon terbaik Pakatan Rakyat barangkali Ketua Penerangan Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh. Peluang calon PAS itu tetap ada, sekurang-kurangnya memberi saingan sengit kepada Umno.

    ReplyDelete
  14. PAS menang pada 1999

    Nik Zawawi pernah menang pada pilihan raya umum tahun 1999 apabila mendapat 4,426 manakala calon Umno Datuk Wan Zakaria Bin Abd Rahman mendapat 3,939 undi, bermakna calon PAS menang dengan majoriti 487 undi.

    Hasrat Wanita PKR mahu meletakkan calonnya di Kuala Besut sesuatu yang lucu. PKR tidak mempunyai pengaruh di Besut, hanya meang satu kerusi negeri iaitu Bandar di dalam parlimen Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  15. PKR masih asing kepada orang Besut kerana mereka lebih dekat dengan PAS. Jika Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian meletakkan calon PKR, ia ibarat memberi kerusi secara percuma kepada umno.

    Pertarungan kerusi Kuala Besut ialah antara Melayu dan Melayu, PAS lawan Umno. PKR apatah lagi DAP hanya pemain tambahan. Begitu juga dengan MCA mahupun MIC di sebelah Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  16. Ramalan awal ialah Umno akan mengekalkan kerusi yang ditinggalkan Dr A Rahman Mokhtar itu. Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

    BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala PKR satu kerusi.

    Tetapi Pakatan Rakyat mahu menebus kekalahan itu.

    ReplyDelete
  17. Badan Perhubungan Umno Kelantan akan bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

    Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata buat peringkat permulaan, mulai esok 50 petugas termasuk penceramah akan dihantar untuk membantu Umno Bahagian Besut menghadapi pilihan raya kecil itu.

    ReplyDelete
  18. "DUN Kuala Besut berjiran dengan Kelantan khususnya Pasir Puteh, sudah pasti Umno Kelantan akan memainkan peranan besar dalam memastikan BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Sekolah Kebangsaan Batu Melintang di sini, Sabtu.

    Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota DUN berkenaan, Dr A. Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

    ReplyDelete
  19. Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai manakala hari pengundian pada 24 Julai.

    Sambil menjelaskan program ceramah yang bakal diadakan akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, Mustapa berharap sempena bulan mulia itu suasana kempen tidak mencetuskan ketegangan.

    ReplyDelete
  20. Mengenai program itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata program yang membawa perkhidmatan kerajaan kepada penduduk di kawasan pedalaman khususnya di Batu Melintang, Jeli, amat berfaedah kepada masyarakat.

    Mustapa, yang juga anggota Parlimen Jeli, berkata penduduk di kawasan pedalaman tiada akses mudah kepada perkhidmatan kerajaan termasuk masalah kenderaan untuk ke bandar, dan inisiatif itu membuktikan kerajaan sentiasa peka tentang kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  21. Mobile CTC dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang pada 1 Mac lepas, dan Batu Melintang adalah lokasi ke-15 dan yang pertama di Kelantan bagi program itu.

    Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah membuat atau menggantikan MyKad, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata dan pemberian percuma cermin mata, khidmat nasihat keusahawanan, Pasar Bergerak 1Malaysia selain pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

    ReplyDelete
  22. Agenda pakatan pembangkang yang dikuasai oleh Dap untuk memecahbelahkan pengundi Melayu dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah pengundi Cina terserlah di dalam projek kondominium mewah Datum Jelatek di Taman Keramat.

    ReplyDelete
  23. Kawasan yang ingin dibangunkan seluas 2.4 hektar akan mengandungi empat blok kondominium mewah, hotel, ruang pejabat serta pusat membeli belah adalah satu usaha licik untuk menghalau penduduk Melayu di kawasan bandar.

    ReplyDelete
  24. Seunit kondominium yang dijual pada harga antara RM700,000 hingga RM11.6 juta mustahail mampu di miliki oleh penduduk setempat yang rata-rata adalah daripada golongan berpendapatan rendah. Malah pembeli Melayu lain juga tidak mampu membeli hartanah tersebut disebabkan jurang kuasa membeli serta ekonomi golongan Bumiputera yang jauh lebih rendah daripada kaum Cina atau bukan Melayu.

    ReplyDelete
  25. Keadaan yang sama juga berlaku di Pulau Pinang di mana jumlah penduduk Melayu di kawasan pulau semakin mengecil disebabkan pembelian tanah oleh peniaga dan pelabur Cina. Unit-unit kondominium yang dibina di atas tanah yang dibeli daripada orang Melayu di jual pula dengan harga yang mencecah berjuta-juta ringgit.

    ReplyDelete
  26. Pembeli Cina dari Singapura berebut-rebut untuk membeli hartanah di Pulau Pinang kerana perbezaan kadar pertukaran mata wang yang lebih menguntungkan mereka. Begitu juga yang terjadi di Danga Bay yang memperlihatkan pembelian hartanah yang dijual pada harga yang amat tinggi oleh rakyat Cina Singapura.

    ReplyDelete
  27. Orang Melayu di kawasan bandar semakin dipinggirkan ke kawasan yang lebih terpelosok manakala aset milik Melayu semakin hari semakin susut dan tidak mustahil satu hati kelak akan terus lenyap. Atas alasan pembangunan, pelabur-pelabur hartanah Cina yang berkiblat kepada Dap mengambil peluang untuk membeli sebanyak mungkin tanah-tanah milik orang Melayu di kawasan bandar kononnya untuk menambah nilai kepada aset yang dibeli di kawasan bandar.

    ReplyDelete
  28. Keputusan Menteri Selangor untuk meneruskan projek Datuk Jelatek walaupun dibantah keras oleh segelintir penduduk di kawasan tersebut yang tidak mudah dibeli oleh pemaju adalah amat merbahaya sekali kepada kuasa politik Melayu dalam masa lima tahun lagi.

    ReplyDelete
  29. Orang Melayu seperti Khalid Ibrahim yang bersekongkol dengan Dap dan golongan rasis Cina sanggup mengadai maruah serta masa depan bangsa sendiri demi kuasa politik dan kedudukan. Siapakah yang akan membela nasib penduduk di kawasan tersebut untuk berdepan dengan golongan kapitalis Cina yang hanya menunggu masa untuk menghalau orang Melau di situ.

    ReplyDelete
  30. Inilah taktik licik yang dilaksanakan oleh pelabur Cina yang memiliki dana yang besar untuk membeli tanah-tanah milik orang Melayu di seluruh negara selama ini. Kerajaan perlu bertindak tegas di dalam perkara ini sekiranya tidak mahu melihat orang Melayu menjadi pengemis di bumi sendiri.

    ReplyDelete
  31. Sebahagian dana yang dimiliki oleh Petronas dan syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC perlu digembelingkan untuk membeli tanah-tanah milik orang Melayu sebelum hak milik jatih ke tangan orang-orang bukan Melayu khusus Cina. Tanah yang dibeli tersebut kemudian dibangunkan di atasnya projek-projek perumahan mampu milik.

    ReplyDelete
  32. Hanya kaedah ini sahaja yang boleh menyelamatkan hartanah milik orang Melayun di kawasan bandar. Jika ini tidak dilakukan segera, imbangan penduduk Melayu dan bukan Melayu akan terjejas teruk dan pada PRU14 kelak tidak mustahil BN akan kalah.

    ReplyDelete
  33. Tempoh lima tahun bukanlah satu jangkamasa yang panjang dan usaha mesti dilakukan bermula sekarang bagi memperbaiki keadaan sebelum menjadi lebih parah.

    ReplyDelete
  34. cerita lucu PRK Besut dimana ada belakunya percakaran antara mereka, mungkin PKR tidak mencalonkan sesiapa disitu dan mereka berusaha melagakan orang-orang PAS, ini tidak mustahil kerana PKR sentiasa membawa idealogi DAP yang suka melagakan orang Islam PAS lebih-lebih lagi jika PAS berlaga dengan UMNO

    ReplyDelete
  35. Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyokong hasratnya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

    ReplyDelete
  36. Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  37. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

    ReplyDelete
  38. Sebagai satu pakatan tidak patut Karpal memberikan kata dua kepada rakan-rakannya. Sebagai salah satu rakan kongsi cara ini tidak betul.

    ReplyDelete
  39. "Kedua, Karpal seorang peguam kanan yang selalu mempertahankan perlembagaan. Tiba-tiba dia sendiri bangkitkan cadangan supaya peruntukan perlembagaan yang telah lama wujud dipinda, ini menunjukkan dia tidak menghormati perlembagaan

    ReplyDelete
  40. mengenai desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Karpal masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan berhubung isu tersebut biarpun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah ditarik balik sambil menyifatkannya tidak memadai.

    ReplyDelete
  41. Pandangan Nik Aziz itu tidak ada salahnya. Cuma, di penghujung pandangan beliau itu, luahannya itu seolah-oleh beliau sendiri tidak sedar akan tindakan yang telah dilakukan oleh parti pembangkang di Malaysia.

    ReplyDelete
  42. berdasarkan pandangan Nik Aziz yang mengatakan AS tidak menghormati pilihan rakyat, apakah parti pembangkang di Malaysia juga menghormati keputusan PRU13 yang sudah lebih 2 bulan berlalu? Apakah pembangkang juga menghormati pilihan rakyat yang mahu kerajaan UMNO dan BN untuk terus memerintah negara Malaysia?

    ReplyDelete
  43. Adakah dengan mengadakan beberapa siri himpunan haram sebagai bantahan keputusan PRU13 sebagai menghormati pilihan rakyat dan demokrasi yang sememangnya ada di Malaysia? Bukan itu sahaja, Nik Aziz menyatakan AS bukan sahaja tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi, tetapi juga berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  44. Nampaknya, Nik Aziz perlu membuka minda dan pemikirannya sama seperti pandangan yang dibuat soal isu pergolakan di Mesir. Penting untuk Nik Aziz sedar, sekiranya beliau menyatakan AS dan Israel bermuka-muka mahukan negara Islam membangun, samalah seperti peranan DAP dalam parti gabungan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  45. Menurut Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung. "Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi.

    Kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya .

    PASTIKAN KEMENANGAN BERADA DALAM GENGGAMAN BN.

    ReplyDelete
  46. PILIHAN CALON ADALAH YANG TERBAIK BUKAN HANYA DI MATA PEMIMPIN LAIN MALAH SELURUH RAKYAT

    BN Terengganu akan memastikan calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.
    Ada pihak mengatakan pertempuran pilihan raya kecil untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati bagi BN.

    ReplyDelete
  47. Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.

    Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.

    ReplyDelete
  48. "Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada pakatan pembangkang. Jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.

    Kerana itulah menurut Prof Datuk Dr Mohamed, Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu.

    BN TIDAK AKAN MEMBIARKAN DUN TERGANTUNG. BN AKAN PASTIKAN MEREKA AKAN MENANG KERUSI TERSEBUT

    ReplyDelete
  49. Bilangan genap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sesetengah negeri serta Parlimen akan dijadikan jumlah ganjil melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang kajian mengenainya akan bermula hujung tahun ini.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bagaimanapun SPR akan melihat kepada kesesuaian sebelum melaksanakannya.

    ReplyDelete
  50. "Ini satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. Cadangan menjadikan jumlah kerusi kepada angka ganjil itu bukan satu asas untuk kita buat (persempadanan semula) kerana asas pentingnya ada perkara lain mengikut Perlembagaan, tapi satu daripada pertimbangan SPR adalah angka genap," katanya.

    Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam penghargaan kepada petugas pilihan raya umum ke-13 di negeri Perak di sini malam tadi, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menentukan pihak yang perlu menjadi pemerintah apabila berlaku keputusan seri dalam pilihan raya.

    ReplyDelete

  51. Mengenai 'post-mortem' PRU13 yang diadakan di Selangor, Melaka, Sabah, Perlis dan Kedah, Abdul Aziz berkata kebanyakan petugas SPR menghadapi masalah yang sama selain berlaku beberapa kelemahan serupa dalam aspek teknikal.

    Beliau berkata kelemahan dalam aspek kursus dan latihan praktikal untuk petugas pilihan raya serta beberapa masalah teknikal lain yang disuarakan oleh petugas SPR melalui post mortem itu akan diperbaiki di samping memberi penambahbaikan.


    "Semua perkara ini diteliti supaya tidak berlaku lagi kesilapan teknikal yang tidak mengakibatkan atau mengubah bilangan yang menang atau kalah...maklum balas yang kita terima akan diperbaiki," katanya.

    ReplyDelete
  52. Sebagai contoh, katanya, SPR akan membuat perbezaan mengenai ejen calon pilihan raya semasa pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu 24 Julai ini.

    "Ejen calon sebelum ini mengenakan pas dengan warna yang sama, sedangkan mereka mungkin ejen calon untuk ditempatkan di barong SPR, ejen calon di bilik mengundi atau ejen untuk pengiraan undi. Mereka tidak dapat dilihat secara mudah kerana pas mereka berwarna sama," katanya.

    Abdul Aziz berkata kelemahan SPR semasa PRU13 tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai penipuan oleh SPR.

    Ini, katanya, kerana sistem pilihan raya membenarkan proses itu dihadiri ejen calon dari mula penamaan calon sehinggalah pengiraan undi dengan kesemua proses pilihan raya adalah jelas dan tegar, katanya.

    ReplyDelete
  53. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 7:58 PM

    KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Pilihan Raya di sini hari

    ini menolak petisyen yang difailkan oleh PAS untuk mencabar keputusan pilihan

    raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang dan Hulu Besut yang dimenangi oleh

    Barisan Nasional (BN) pada Piluhan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

    ReplyDelete
  54. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 7:59 PM

    Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan

    bantahan awal yang dikemukakan oleh responden.

    Beliau berkata pihak pempetisyen (PAS) gagal mematuhi beberapa peraturan

    mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

    Bagi kawasan DUN Kuala Berang,

    ReplyDelete
  55. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 7:59 PM

    Mariana memerintahkan pihak pempetisyen

    membayar kos RM50,000 kepada responden pertama iaitu Anggota DUN (ADUN) Kuala

    Berang Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta masing-masing RM50,000 kepada

    responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  56. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 7:59 PM

    Mahkamah juga memerintahkan pihak pempetisyen membayar kos RM50,000 kepada

    ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

    ReplyDelete
  57. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 8:00 PM

    MAHKAMAH-PETISYEN 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU

    Pada PRU13, Tengku Putera, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu,

    mengalahkan calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid dengan majoriti 449 undi manakala

    Nawi menewaskan calon PAS Shalahhudin Jaafar dengan majoriti 1,570 undi.

    ReplyDelete
  58. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 8:00 PM

    Pada 18 Julai lepas, mahkamah yang sama turut membatalkan petisyen yang

    difailkan BN terhadap dua ADUN PAS Telok Pasu dan Rantau Abang.

    ReplyDelete
  59. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 8:01 PM

    DUN Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim yang mengalahkan calon BN

    Datuk Abdul Rahin Mohd Said dengan majoriti 109 undi manakala DUN Rantau Abang

    pula dimenangi calon PAS, Alias Harun yang menewaskan calon BN, Datuk Za''abar

    Mohd Adib dengan majoriti 141 undi.

    ReplyDelete
  60. BN Menang PAS KALAH TETAP KALAH!October 6, 2013 at 8:01 PM

    Hakim memerintahkan BN membayar kos RM50,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan

    Raya dan SPR serta membayar kos RM30,000 masing-masing kepada dua ADUN tersebut.

    ReplyDelete
  61. Calon BN tetap menjadi pilihan rakyat kuala besut walaupun pelbagai tomahan yang dilontartkan oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.