Wednesday, February 19, 2014

Video Chong Wei dan Lin Dan Jadi Bergu!

Perlawanan badminton melibatkan pasangan beregu seteru utama iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan bertemu dengan pasangan China Fu Haifeng dan Cai Yun memperlihatkan persembahan mantap daripada pasangan itu.

Biarpun di luar, Chong Wei dan Lin Dan adalah dua musuh ketat dalam area perseorangan badminton dunia, namun mereka memperlihatkan mereka mampu bermain beregu dengan baik.

Ia diadakan pada 16 Februari lepas di Lingshui China sempena pembukaan pusat latihan badminton baru di wilayah itu.

Perlawanan itu menyaksikan Cai Yun/Haifeng menang set pertama 21-18 ke atas Chong Wei/Lin Dan.

Pada set kedua, kedua-dua beregu bertukar pasangan dengan Lin Dan berpasangan dengan Haifeng manakala Chong Wei pula bergandingan dengan Cai Yun.

Pasangan Lin Dan/Chong Wei bertemu dengan juara dunia sebanyak lima kali iaitu pasangan dari China Cai Yun dan Fu Haifeng.

Perlawanan pertunjukan itu merupakan kali pertama Lin Dan muncul didepan para penyokongnya sejak Ogos tahun lepas selepas menewaskan Chong Wei dalam perlawanan akhir Kejuaraan Dunia di Guangzhou.

Menurut laporan The Star beberapa hari sebelum perlawanan itu, Chong Wei mengakui beliau tidak pernah bermain untuk beregu sebelum ini tetapi menyedari ia adalah satu peluang baik untuk mempromosi badminton kepada dunia.

“Saya menerima undangan dari Ketua Jurulatih China Li Yongbo untuk mengambil bahagian dalam perlawanan pertunjukan ini, saya terkejut yang beliau mahukan saya berpasangan Lin Dan dalam beregu..

"Saya tidak pernah bermain secara beregu sebelum ini tetapi ia adalah idea yang bagus untuk mempromosi badminton,” kata Chong Wei.

Pada awalnya Lin Dan/Chong Wei akan bertemu Cai Yun/Chen Long namun Chen Long tidak dapat hadir maka pasangan beregu musuh utama itu akan bertemu pasangan beregu juara dunia Cai Yun/Haifeng.

Chong Wei juga dilihat berupaya melakukan banyak pukulan ‘jumping smash’ yang padu saling berganti-ganti menunjukkan ada persefahaman yang baik antara mereka.

Perlawanan itu tidak disiarkan secara langsung di stesen televisyen ke seluruh dunia tetapi hanya disiarkan di stesetn televisyen China iaitu CCTV 5.-Mynewshub/sentiasapanas.com

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.