Monday, October 6, 2014

Bapa & kekasih dera anak perempuan

MELAKA: Seorang bapa dan teman wanitanya sangup mendera anak perempuannya sehingga mencederakan beberapa anggota badan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai sering menjadi mangsa pasangan berkenaan.

“Berdasarkan kesan kecederaan baru dan lama di seluruh belakangnya membutikan kanak-kanak tersebut sering menjadi mangsa dera,” Katanya.
Menurut nenek angkat kanak-kanak malang tersebut berkata, pasangan berkenaan kerap mendera kanak-kanak tersebut menggunakan getah paip,penyangkut baju dan tali pinggang serta ditumbuk serta dihentak kepala ke dinding.

Beliau berkata sehubungan itu, bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 36 tahun dan teman wanitanya berusia 31 tahun, ditahan untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Bapa kanak-kanak tersebut ditahan reman enam hari, manakala taman wanitanya dibebaskan dengan jaminan Polis kerana masih lagi menyusukan anak yang berusia dua tahun.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Dalam pada itu pasangan tersebut juga melakukan kesalahan kerana besekedudukan tanpa ada ikatan yang sah serta melahirkan anak luar nikah.
Kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan Seksyen 54 enakmen sama kerana melahirkan anak luar nikah.


-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.