Thursday, October 9, 2014

GRO 17 tahun jadi hamba seks

PETALING JAYA: ASP Muhammad Jais yang mengetuai Unit Siasatan Jenayah Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman berkata remaja bawah umur warganegara Vietnam dipaksa menjadi hamba seks. Remaja itu berusia dalam lingkungan 17 tahun, bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) bersama 12 rakan senegara yang lain.

Melalui semakan yang dibuat remaja terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia.

Remaja tersebut menerima tip sekitar RM100 manakala khidmat seks pula dengan kadar bayaran RM500 untuk satu malam.

Dalam pada itu, premis terbabit turut membenarkan penggunaan dadah semasa menghibur pelanggan, apabila polis menemui bungkusan plastik pil Ecstasy dan Eramin 5.

Pihaknya juga percaya bahawa gadis tersebut didalangi agen pelacuran.
Kesemua mereka dibawa ke IPD Cheras dan akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran.

-fmt

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.