Friday, October 3, 2014

Ugut : Budaya samseng menular dalam PAS?

Semalam kami telah menyiar sebuah video rakaman audio mengenai Pengarah Eksekutif LENSA yang telah menerima ugutan sebelum beliau menyerahkan memo ke pejabat PAS. [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA

Antara ugutan yang diterima Safwan termasuklah beliau diugut akan dipukul sekiranya meneruskan perancangan untuk menyerahkan surat kepada PAS. Individu yang dipercayai dari kumpulan pro-ulama itu juga seolah mengancam akan mengganggu keluarga Safwan dengan mengatakan beliau tahu mengenai Isteri Safwan, dan alamat rumah Safwan.

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Sebuah video lain kini telah menjadi viral di media sosial mendedahkan tentang sekumpulan pemuda berbadan besar yang telah mengepung Safwan dipercayai berhampiran bangunan pejabat PAS dan telah mengugut Safwan.

Melihat kepada rakaman video berkenaan, ternyata ia ada kaitan dengan rakaman audio perbualan yang diedarkan semalam. Sekumpulan pemuda terdiri dari tujuh orang berbadan besar yang diketahui identitinya dengan cara samseng dan menjelekkan, menunjukkan lagak yang agak kurang ajar sehingga berlaku pertengkaran mulut di antara Safwan dengan individu-individu yang mengepung beliau.

Salah seorang daripada mereka (Orang yang sama membuat panggilan ugutan) memaksa Safwan mengaku bahawa tindakan LENSA menyerahkan surat kepada PAS itu dibuat atas arahan pihak tertentu.

Mereka memaksa Safwan untuk mengaku bahawa tindakan LENSA itu dibuat atas arahan pihak-pihak tertentu yang mereka sebutkan sebagai PASMA dan Anwarinas.

Namun Safwan bertegas bahawa tindakan menyerahkan surat kepada PAS adalah hasil inisiatif LENSA sendiri, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hal ini kerana tindakan menyerahkan surat itu dibuat setelah LENSA menganjurkan empat forum terbuka yang membincangkan krisis politik Selangor.

Ia dileraikan oleh seorang pemuda lain yang datang membela Safwan dan "membebaskan Safwan dari kepungan pemuda samseng berkenaan.

Laporan Polis telah dibuat oleh Safwan ekoran panggilan ugutan yang diterima oleh Safwan Anang pada 30 September 2014 lebih kurang jam 7.50 pagi. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu.

Semalan LENSA telah mengeluarkan kenyataan mengutuk budaya politik samseng ini kerana jelas tidak bermoral dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

LENSA menyeru agar semua pihak membersihkan organisasi masing-masing daripada sebarang anasir politik barbarian yang boleh merencatkan usaha pembinaan politik baru yang berteraskan nilai dan ilmu.

LENSA yakin, semua pihak yang bercita-cita ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik perlu memulakan usaha tersebut dengan menyuburkan semangat demokrasi dalam organisasi masing-masing.

GB meminta PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

-ggb

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.