Saturday, March 15, 2014

Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR

Kajang: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. Gambar fail.

"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.

Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.

Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.

Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. -mstar
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx