Tuesday, March 11, 2014

PRK Kajang... Penyokong PR Bawa Seikat Kangkung

Hari ini, 11 Mac 2014 ialah hari penamaan calon bari pilihanraya kecil DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan Rakyat sebelum ini telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Namun setelah Mahkamah rayuan mendapati Anwar bersalah di dalam kes liwat 2, maka beliau telah menarik diri dari bertanding dan telah menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan ismail untuk bertanding menggantikan tempatnya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding dalam PRK itu.

Begitu juga parti NewGen yang baru ditubuhkan, dimana Setiausaha Agongnya, S. Gobi Krishnan, telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding. Malah parti berkenaan secara terbuka menyatakan sokongan padunya kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah.

Pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang mendapat sokongan penuh pemimpin PAS dan DAP.

PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar, kata Dr. Hatta Ramli, pengarah Pilihan raya PAS Pusat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut bersetuju dengan keputusan PKR itu dan menyifatkan Wan Azizah sebagai calon yang sangat sesuai bagi menggantikan Anwar. -GB

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.