Tuesday, March 4, 2014

BN letak calon kitar semula?

Teo Kok SeongKetua Pemuda DAP, Teo Kok Seong berkata MCA ketandusan calon sehingga terpaksa meletakkan calon kitar semula, Datin Paduka Chew Mei Fun di PRK Kajang pada 23 Mac ini.

Katanya, beliau sudah ditolak oleh pengundi Petaling Jaya Utara kerana gagal memberi perkhimatan kepada pengundi di situ.

“Kenapa MCA tidak letak muka baharu? Ini menunjukkan MCA memang ketandusan calon, “ katanya sambil berkata pencalonan Chew Mei Fun sebagai calon BN gagal memberi nilai tambah kepada MCA.

Katanya, keputusan MCA meletakkan Naib Presiden itu sebagai calon tidak akan mengubah pemikiran rakyat Kajang pada PRK ini.

Katanya lagi, memandangkan beliau pernah ditolak oleh pengundi di parlimen Petaling Jaya Utara pada 2008 lalu, tidak mustahil perkara sama berlaku kepadanya di Kajang.

Beliau yang juga ahli parlimen Rasah berkata kenapa setelah rakyat menolaknya di Petaling jaya Utara, beliau perlu berpindah ke Kajang pula.

Sehubungan dengan itu BN dinasihatkan jangan terlalu yakin dengan calonnya, kerana rakyat kini semakin bijak untuk membuat perubahan.

“Kita yakin kerusi Kajang dapat dikekalkan berikutan calon BN dilihat gagal menandingi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Kok Seong memberitahu Pemuda Sosialis DAP akan bersama rakan seperjuangan lain untuk turun padang.

Katanya, semua jentera dari peringkat atasan sehinggalah akar umbi, kini sedang berkerja keras merancang strategi bagi memastikan calon PR menang. -FMT

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.