Tuesday, March 11, 2014

MH370: Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan

Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.

Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.

"Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi.

"Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya.

Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut. -

-SH
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " MH370: Telefon Berdering, Tapi Tiada Jawapan "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx