Saudara Pengarang,
KETIKA seluruh warga Malaysia gembira menyambut Hari Malaysia pada hari ini, 16 September 2010 dalam suasana hari raya, saya masih berduka dengan sikap rakan kelas satu sekolah saya, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang masih bermegah dengan tradisi membela ‘PATI’, yang merupakan kumpulan paling dominan di Parlimen Silam.
Sebagai anak jati Lahad Datu yang baru berumur sehari ketika Sabah Merdeka membentuk Malaysia pada 16 September 2010 saya tidak mengerti apa-apa. Namun kini ketika umur saya 47 tahun yang saya sambut kelmarin, saya terkesima apabila membaca beberapa artikel Sabahkini.net yang baru dimaklumkan rakan sekolah saya kelmarin.
Betapa hancur dan luluhnya hati saya apabila membaca pendedahan Sabahkini.net berhubung rakan akrab sekelas saya sewaktu bersekolah di SMK Agaseh dahulu yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam, yang didakwa membela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); sedangkan suatu waktu dahulu kami membenci semua PATI yang bermaharaja lela di Lahad Datu dan berazam untuk membersihkan PATI jika ditakdirkan diberikuasa suatu hari kelak.
Suatu ketika dahulu, saya terlalu bangga dengan Salleh Kalbi yang berbicara lantang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ‘Kereta Terpakai’ ketika bercakap di dalam Parlimen dan membincangkan secara jelas pendiriannya berhubung isu PATI dalam program Lambai Limbai di RTM1 bersama Tan Sri Simon Sipaun.
Mungkin sukar bagi Salleh untuk mengeluarkan dirinya daripada kepompong PATI setelah mengetahui isterinya juga berasal daripada PATI yang mendapat kad pengenalan projek; namun bukan sukar untuk beliau melakukan ‘U-Turn’ dengan meminta isterinya meletakkan jawatan sebagai guru sekolah sebagaimana yang disarankan Guru Besar dan Pegawai Pendidikan serta memecat Nasri Subairah yang menjadi anak emas PATI yang ditatang bagaikan minyak yang penuh.
SK Pekan 1 Lahad Datu yang melahirkan begitu ramai cendikiawan dan bakal pemimpin masa hadapan kini menjadi tumpuan seluruh Malaysia kerana mempunyai Guru yang berstatus PATI yang tidak mempunyai ketaatan kepada negara ini sebaliknya berkiblatkan negara asal, Filipina.
Salleh mungkin lupa, dengan kecanggihan teknologi sekarang, sebatang jarum jatuh di pulau Bungao, Tawi-Tawi boleh didengar sampai ke New York dan ke seluruh pelusuk dunia melalui internet kerana Sabahkini.net boleh dilayari di mana sahaja di dunia.
Saya juga agak terkejut kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat Salleh yang dilaporkan menyalahguna kuasanya untuk meluluskan peruntukan parlimen kepada PATI dan menyokong permohonan PATI untuk mendapatkan kad pengenalan.
Dalam hal ini, saya kasihan dengan nasib dan masa hadapan anak-anaknya yang tidak berdosa, mungkin menerima ejekan daripada rakan sekolah kerana ibu mereka ‘PATI AYAM’ yang memalsukan keterangan diri untuk menjadi ‘SEEKOR GAJAH’ yang hebat.
Sebagai rakan akrab Salleh, saya mendesak Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Perdana Menteri Malaysia mengkaji kedudukan Salleh yang telah menjadi agen PATI dan menderhakai negara ini sebelum terlambat; apatah lagi beliau telah menikam belakang UMNO dengan menghadiri dan berucap di Majlis SAPP yang bukan parti komponen BN.
Salleh perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas dan Disiplin Parlimen dan UMNO berhubung tindakannya membela PATI dan menjelaskan kedudukan sebenar isterinya bagi mengelak tanggapan jahat pembangkang yang sengaja mengambil kesempatan untuk menjahamkan UMNO pada pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, sekiranya dakwaan Sabahkini.net palsu dan berniat jahat, Salleh sewajarnya mengambil tindakan mahkamah untuk membersihkan namanya sebagai Ahli Parlimen Malaysia yang menerima gaji dan elaun daripada wang pembayar cukai.
Salam Hormat,
RAKAN SEKOLAH YANG KECEWA
-Sabahkini
Thursday, September 16, 2010
APA ERTINYA MERDEKA JIKA YB CURANG?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pernahkan pihak berkuasa menyiasat siapa dalang/agen yang membawa masuk PATI ke Sabah? bagaimana PATI ini boleh menembusi pintu masuk dan perairan kita jika tidak ada dalang yang tamak dan sanggup menderhaka kepada negara. walaupun kerajaan giat menghantar mereka pulang, tapi selagi masih ada dalang2 ini, masalah PATI di Sabah tidak akan pernah selesai...
ReplyDeleteMacammana mereka tahu SAlleh kalbi yang dalang dalam semua ini??Harap penyiasatan lebih dan bukan dengan tuduh tanpa bukti. Kerajaan Sabah dan persekutuan telah berusaha untuk menangani masalah PATI ini. Harap kita memberikan kerja sama kepada kerajaan dan bukan hanya tahu untuk memberikan masalah, dan khabar angin.
ReplyDeleteSila lokapkan "mereka" yang membela PATI!
ReplyDeleteDiharapkan YB yang disyaki ini akan disiasat supaya tiada penyalahgunaan kuasa yang akan memudaratkan keselamatan negara.
ReplyDeleteentah betul atau tidak apa yang dikatakan. tapi jika tiada bukti bermaksud ianya tidak benar. kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah PATI ini. dengan itu semua pihak perlulah memberikan komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan PATI.
ReplyDeletedakwaan mengenai Salleh Kalbi adalah dalang atau agen PATI perlu disiasat. masalah pati tidak pernah selesai hingga kini. semua pihak harus memberikan kerjasama.
ReplyDeleteMungkin adalah perlu bagi tertuduh untuk mengambil tindakan Mahkamah jika apa yang dikatakan adalah tidak betul serta merta. Dan jika apa yang dikatakan bersangkut paut, jangan teragak2 untuk menjalankan siasatan dan ambil tindakan yang sewajarnya.
ReplyDeleteSalah satu contoh karma. Susah. Macam-macam..
ReplyDeleteUtamakan dalang dari semua masalah kedatangan PATI ini yang perlu diberkas terlebih dahulu. Mungkin baru masalah ini akan dapat diselesaikan sekiranya dalang PATI ini diberkas..
ReplyDeleteTuduhan sebegini amat serius.
ReplyDeletemasalah pati bukanlah masalah baru, ia telah lama wujud di sabah, dalang2 yang membawa masuk pati serta memberi kewarganegaraan kepada pati perlu dikesan dan dibawa ke muka pengadilan. mereka inilah pengkhianat negera.
ReplyDeleteBeribu macam tuduhan yang tidak berasas wujud dalam internet.
ReplyDeleteBukan senang dibendung kerana internet ini bagaikan laut yang tiada sempadanya.
Jika mereka mempunyai mykad, mereka halal hidup seperti rakyat Malaysia yang lain tanpa gangguan.
ReplyDeleteMembela PATI adalah perbuatan yang menghianati negeri. Tindakan tegas patut dijatuhkan keatas sesiapa yang membuat demikian.
ReplyDeleteJika benar dakwaan rakan sekolah Haji Salleh Kalbi ini, bukankah sudah senang2 dan terang2 pengkhianat @ dalang kepada PATI2 AYAM ini?
ReplyDeleteHaaaa ini lagi satu contoh yang mencemar negeri Sabah...tengo orang2 sendiri juga ba yang gila kaya, yang gila nama, gila duit,...sampai bila la isu ini berlarutan!!!!?????
ReplyDeleteJangan undi YB yang curang. Tamatkan pencurangan YB dengan umdi ditangan kita.
ReplyDeleteYB yang menderhaka kepada negerinya sendiri harus dihukum..rakyat jangan undi YB seperti ini...pemimpin seperti inilah yang menjadikan sabah jatuh dan terjatuh berulang kali demi kepentingan diri dan politik beliau..
ReplyDeleteKDN harus membatalkan kewarganegaraan mana2 PATI yang mendapat projek IC..suku asal sabah tidak termasuk mereka yang berketurunan Pilak..rakyat sabah tulen tahu siapa penduduk asal sabah dan yang PATI..
ReplyDeletediharap isu PATI di sabah diselesaikan dengan seberapa segera..mata rakyat tempatan kian pedih melihat kelibat PATI di merata tempat di sabah.
ReplyDeletejika ahli parlimen sendiri yang membela PATI, lama-kelamaan semua warga di Sabah bakal menjadi pelarian di tanah sendiri. sememangnya di Silam, Lahad Datu sudah terkenal dengan terlalu ramai PATI dan lebih beranak pinaklah mereka jika ada ahli parlimen tertentu yang membela mereka...lihat saja siapa mendominasikan kawasan Silam?
ReplyDeleteYB curang umpama menjual negara sendiri! namun setiap apa yang dikatakan dalam artikel ini harus disiasat...
ReplyDeletesampai bilakah rakyat Sabah harus bebas dari dilema PATI?
ReplyDeletetembelang YB membela PATI sudah pecah...apa nak ditunggu, rakyat harus menyingkirkan kuasa YB tersebut! cuma kena siasat juga hal ni...jangan terus termakan fitnah..
ReplyDeletejangan jual kerakyatan sendiri! tanah Sabah bukan untuk PATI..
ReplyDeleteKita tak mungkin boleh menghapuskan PATI jika ada daripada orang kita membela ataupun membawa masuk PATI. Hentikan perbuatan khianat ini.
ReplyDeleteIni adalah tugas yang amat berat. Bukan tangkap dan hantar pulang begitu senang. Dalang dalam kerajaan yang membela pati harus dihapuskan dulu
ReplyDeleteHarap pagar pagar makan padi. Jika benar YB ini pati yang dapat kewarganegaraan dengan cara haram, mana mungkin dia bertindak terhadap orang yang berasal dari tempat yang sama.
ReplyDeleteSukar bagi kita nak membezakan siapa rakyat Sabah yang sebenar sekarang. Lebih-lebih lagi ramai pati yang berkhawin dengan orang tempatan.
ReplyDeleteRed Indian adalah rakyat bumiputra di AMARIKA,. penduduk asli AMARIKA dan keadaan mencorakkan kehidupan kaum red indian..jadi buruan koboi-koboi dlm wang orang putih, apakah bumiputra disabah akan mencontohi sama seperti nasip orang red indian di AMARIKA,. waktu dan keadaan akan menentukan.
ReplyDeletePATI adalah musuh bumiputra.
ReplyDelete