Portal berita Sarawak Report mendakwa sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta.
Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang.
Bagaimanapun portal berita berkenaan melaporkan tanah tersebut kini 'diintai' oleh Quality Concrete Holdings Bhd memandangkan hutan itu mempunyai kayu yang keras dan mempunyai harga pasaran yang tinggi.
"Raziah adalah pemegang saham dan pengarah bukan eksekutif yang dibayar oleh Quality Concrete Holdings, sebuah syarikat awam yang dimiliki oleh keluarga Tiang Ming Sing dan Tiang Ming Kok (masing-masing pengerusi dan pengarah urusan).
"Justeru beliau mendapat manfaat secara langsung daripada hubungannya dengan ketua menteri yang bertanggung-jawab.”
Menurut portal berita itu lagi, oleh kerana Quality Concrete memiliki Sijil Pendudukan selama setahun yang diterima mengikut Seksyen B, Ordinans Hutan, maka syarikat itu dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan persetujuan tuan tanah iaitu penduduk Iban sebelum memulakan kerja-kerja pembalakan.
Antara caranya ialah memberi bayaran sagu hati RM250 kepada setiap 16 keluarga dan RM800 kepada setiap ketua kampung untuk mendapatkan persetujuan mereka.
"Kami juga diugut jika kami menolak tawaran itu, kami dianggap menenatng kerajaan dan menolak pembangunan negeri,” kata seorang daripada penduduk berkenaan.
Perkara ini harus disiasat dan penjelasan lanjut diperlukan.
ReplyDeleteentah betul atau tidak seperti dinyatakan. sebaiknya disiasat dan penjelasan diberikan.
ReplyDeleteSiasatan harus terhadap Quality Concrete tersebut. Adakah mereka menggunakan nama kerajaan untuk mendapatkan keuntungan dari tanah milik orang iban tersebut.
ReplyDeletejika benar tanah itu adalah tanah hak warisan pribumi, maka Quality Concrete Holdings Bhd tidak berhak untuk melakukan pembalakan kawasan tersebut, tanah tersebut perlu dijaga dan dilindungi. hal ini perlu disiasat.
ReplyDeleteKalau betul, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memang sudah melampau. Sudah memerintah Swak dlm jangka masa yang sgt lama dan sudah mengaut keuntungan dgn sgt byk tapi bandar Kuching masih tidak maju2. Tapi kalau tidak, hmm masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin. Kdg2 susah jg utk mengambil tindakan thdp Abdul Taib kerana beliau tidak boleh dikenakan tindakan undang2. "According to the report, the chief minister reserves his right to revoke timber licenses while no legal challenge is possible against the chief minister. This is to ensure that the anyone with logging interest is loyal to the chief minister."
ReplyDeletePerkara ini perlu disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeleteKalau benar kawasan tersebut telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956 tapi kenapa ada pihak yang ingin mencoroboh. Perkara ini mungkin ada salah faham dan perlu disiasat dan dijelaskan.
ReplyDeleteInilah kerana ketamakkan segolongan manusia sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkannya. Kerajaan sarawak harus menangani masalah ini. Kenapa firma ini mengugut penduduk iban untuk emperolehi tahan milik mereka.
ReplyDeletejangan tunduk dengan desakan kewangan dan ugutan. jangan biarkan pihak lain mendapat keuntungan disebabkan berjaya menindas pihak lain. mana pihak berkuasa, sprm dan pemimin yang kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat?....
ReplyDeleteSebelum membuat sebarang tuduhan, baik perkara ini disiasat teliti terlebih dahulu. Jika firma itu memang ada berbuat sedemikan, diharapkan kerajaan melakukan sesuatu!
ReplyDeletejika ia adalah tanah hak warisan. penduduk setempat perlu mempertahankan tanah tersebut daripada dicerobohi. tanah tesebut harus dilindungi.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat. harap pekara ini diselesaikan dengan baik dan kepentingan semua pihak perlulah dijaga.
ReplyDeleteKalau Salah perbetulkan dan mesti mengikut undang2 untuk meletakkan/kenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan, tapi apapun siasatan perlu dilakukan dengan segera....
ReplyDeleteDuit memang telah menjadi Tuhan Mereka. Apalah yang tidak akan menyakitkan hati mereka selagi duit?
ReplyDeleteApa lah yang mahu jadi ni oo. Ada2 ja isu yang timbul. hhuhuhu
ReplyDeleteHarap hal ni dapat disiasat dan selesaikanlah segera. Jangan biarkan hal ni berlanjutan lebih lama kerana ia akan mengundang ketidakpuasan hati ramai pihak terutamanya yang terlibat.
ReplyDeleteYa, kita tunggu penyiasatan lanjut sebelum membuat spekulasi.
ReplyDeleteapa juga kita mau sibuk2 hal rumah tangga negeri lain ni...bagus kita selesaikan byk masalah di sabah ni
ReplyDeleteTanah Iban untuk Iban.
ReplyDelete