MANTAN wakil rakyat Tamparuli, Edward Linggu Bukut dan mantan Ketua Pemuda UPKO Sulaman, Bobby Ewat adalah antara yang bakal bersaing mendapatkan kedudukan dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat Tuaran.
Pemilihan tersebut yang akan diadakan pada 19 September ini pasti menjadi lebih panas kerana dikatakan rata-rata ahli-ahli PKR di kawasan itu mahukan perubahan pucuk pimpinan di peringkat cabang tersebut.
Edward, adalah seorang mantan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dilaporkan akan menentang Haji Ansari Abdullah menduduki takhta Ketua Cabang Tuaran yang panas.
Umum tahu Ansari adalah bekas calon PKR pada pilihanraya yang lalu dan adalah antara orang kuat PKR yang mempunyai hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan PKR Pusat.
Sementara Edward pula, mendapat sokongan padu daripada kalangan suku kaum Kadazandusun Murut (KDM) termasuk suku Bajau untuk mencuba nasib dalam pertandingan sengit tersebut.
Menurut sumber, Edward mendapat sokongan ahli-ahli PKR Tuaran di kalangan KDM dan juga daripada suku kaum Bajau di Sulaman. Kebanyakan ahli-ahli PKR di Tuaran inginkan perubahan kepimpinan di peringkat Cabang Tuaran untuk lebih kelihatan mantap sewaktu mendepani PRU13 akan datang.
Pertemuan antara Edward dan Ansari adalah yang ditunggu-tunggu kerana kedua calon tersebut mempunyai penyokong kuat masing-masing. Namun, semuanya terletak ditangan ahli-ahli yang akan memberi undian mereka sama ada pada 18 atau 19 September ini secara serentak di seluruh negara.
Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menampilkan bekas Ketua Pemuda UPKO N.10 sulaman dan bekas exco pemuda UPKO kebangsaan, Bobby Ewat akan menentang Timbalan AMK cabang Tuaran.
Kedua-dua regu di antara Edward Linggu Bukut dan Bobby Ewat dipercayai mempunyai kepimpinan yang berkualiti dari segi menghadapi PRU13 kerana masing-masing mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi dan ini membolehkan Parti PKR akan terus berkembang dengan adanya barisan kepimpinan yang baru.
Namun yang pastinya calon-calon baru dari kalangan pemimpin muda haruslah diberi peluang untuk menerajui parti. Ini kerana senario masakini jelas golongan muda mahukan perubahan dari segi pemimpin untuk melakar masa depan mereka.
Oleh: PERISIK SABAHKINI.NET
Thursday, September 9, 2010
Panas Dalam Pemilihan PKR Tuaran?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa-apa pun, selamat berjuang. Tapi undian terakhir terpulang dengan rakyat juga.
ReplyDeletebersaing dan berpolitik lah dengan cara yang sihat..
ReplyDeletekedua2nya ahli lompat.. carilah calon baru kalau mahukan perubahan. anyway, selamat bersaing..
ReplyDeleteSelamat berjuang untuk tuaran. Kedua-dua mereka ini kuat, tapi apa pun, BN tetap kuat disana.
ReplyDeleteAhli yang menetukan siapa yanglebih panas dan membara bagi PKR tuaran. Kedua-dua tidak boleh dinafikan kekuatan mereka, jadi kita tunggu dan lihat apa keputusan pada 19/o9 akan datang.
ReplyDeleteHanya pemimpin yang berkualiti yang dipilih.
ReplyDeleteBiarlah panas, jangan saja tebakar la. hihihi
ReplyDeleteBa tengok ja la siapa yang dipilih nanti.. Yang penting bagi saya ialah rakyat harus setkan minda & pilih pemimpin yang terbaik next GE nanti :)
ReplyDeleteSabah tiada sudah calon pemimpin baru yang berpotensi? Kenapa muka-muka lama yang tidak mendapat tempat dari parti lain setelah menukar pentas, masih mampu meraih sokongan?
ReplyDeletePanas dalam PKR saja. Bagi rakyat biasa macam kita, itu bagaikan satu lakonan saja kerana muka watak-wataknya sama separti wayang Hindustan, cuma latarnya berbeza.
ReplyDeletepanas panas dalam parti PKR ni biasalah..masing-masing cuba tunjukkan siapa hero..
ReplyDeletesaya 'sedih' melihat PKR yang sentiasa dengan kemelut yang tiada penghujungnya! hahaha
ReplyDeletebiarlah pemilihan ini dilakukan dgn cara adil. pililah calon yang berkualiti.
ReplyDeleteYa, biarlah pemilihanan dilakukan secara adil dan saksama.
ReplyDeleteTerlalu panas jaga nanti rosak enjin.
ReplyDeleteBersainglah secara sihat ok? Tunjukkan kewibawaanmu juka kamu benar2 seorang pemimpin.
ReplyDeleteJangan panas-panas, sama-sama dalam satu perahu PKR ,. sama-sama mendayung menuju satu tujuan,- hanya kamurang ini, pilih siapa jadi nakodah saja, supaya perahu kemurang lancar jalannya dan sampai ke tujuan asal dengan selamat.
ReplyDeleteTidak payahlah panas-panas sana.
ReplyDelete