BILA bercakap soal bantuan, khususnya bantuan kewangan, sekecil tahi mata, yang diberikan kerajaan kepada rakyat, pemimpin UMNO/BN menggambarkan seolah-olah wang tersebut datang dari poket mereka.
Mereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!
Saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO/BN, wang kerajaan itu datangnya dari siapa? Gaji dan elaun yang diterima oleh para YB UMNO/BN itu sumbangan daripada siapa? Tentulah wang hasil dari keringat rakyat yang dikutip setiapa hari dan setiap tahun lalu digunakan untuk membayar gaji serta elaun para YB UMNO/BN.
Rakyat yang bekerja di pelbagai sektor, swasta atau awam, serta para peniaga dan usahawan membayar cukai pendapatan setiap tahun sehingga mencecah lebih RM50 billion. Kutipan yang dibuat oleh LHDN inilah yang disalurkan ke poket para pemimpin UMNO/BN.
Wang yang dikutip setiap hari melalui saman ekor dan denda kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa itu jugalah yang dikumpulkan dan diguna untuk membayar gaji dan elaun YB dan Menteri-menteri UMNO/BN.
Sewajarnya para pemimpin UMNO/BNlah yang patut bersyukur kerana rakyat masih bermurah hati menjadi pembayar cukai dan pembayar saman ekor yang setia.
Oleh yang demikian, saya ingatkan pemimpin UMNO/BN supaya jangan pandai-pandai keluar fatwa tentang isu kufur ini. Adalah menjadi wajib bagi setiap individu Muslim dan rakyat seluruhnya bagi menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada piliharaya ke-13 akan datang.
Tanah milik rakyat dirampas, kampung halaman dirobohkan, khazanah negara di faraidkan semaunya di kalangan ahli keluarga dan kroni UMNO/BN, pembaziran dalam perbelanjaan projek-projek mega, kos projek sentiasa naik secara tidak munasabah sebagaimana yang berlaku dalam pembinaan lebuhraya Sapulut-Kalabakan.
Manakala hasil balak dimanipulasi, wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan pembangunan umat Islam sebagaimana berlaku di USIA telah dirompak, tanah milik MUIS diberikan kepada bukan Islam dan janji untuk membina masjid oleh IJM sehingga kini tidak kelihatan kalibatnya.
Penolakan perlaksanaan undang-undang Islam juga merupakan isu utama yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas para pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam. Inilah antara dosa-dosa besar para pemimpin UMNO/BN yang menjustifikasikan wajibnya umat Islam mengkuburkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 ini.
Oleh: IBNI ABDULLAH (sabahkini)
Monday, September 13, 2010
BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH BUKAN UMNO/BN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah jika pembangkang mengambil alih kerajaan, rakyat tidak perlu lagi membayar cukai dan saman???
ReplyDeleteapa tindakan PR terhadap 2 buah kampung melayu di P.P yang bakal dirobohkan untuk tujuan pembangunan? apa penjelasan PR berhubung dengan peruntukkan 1.3 juta untuk 19 sekolah agama rakyat, tetapi 1.5 juta hanya untuk 5 buah sekolah cina? konon hapus miskin tegar tetapi realitinya "PULAU PINANG 26 Ogos - Kelibat seorang wanita warga emas.. menyelongkar tong sampah bagi mencari bahan kitar semula...
ReplyDeletejika kerajaan memberi bantuan kepada rakyat, adalah tidak salah jika rakyat mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan....
ReplyDeleteLebih baik bergantung pada usaha sendiri daripada mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
ReplyDeleteTidak salah jika kita bersyukur kepada yang memberi tetapi jangan pula lupa besyukur pada Tuhan... Itu yang paling penting...
ReplyDeleteTidak salahnya kita bersyukur dengan Kerajaan, dan juga dengan Allah sekali. Memang semua rezeki kita dari allah tapi sekurangnya kita berterima kasih juga dengan mahluk allah yang telah memberikan dan bersedekah kepada kita. Itu tidak salah yang penting kita tidak lupa dengan yang maha berkuasa.
ReplyDeleteKenapa pembangkang mejadikan isu perkara ini? setiap agama berlainan kepercayaan mereka. Kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan perolehi. Jadi sekiranya Pembangkang yang menjadi kerajaan adakah lebih sempurna mereka atau sebaliknya. Jadi janganlah terlampau mengaitkan agama dalam politik apabila dikaitkan agama maka pandai songsang jadinya agama bila bercampur aduk dengan politik. maka bersyukur dengan apa yang ada pembangkang.
ReplyDeletemmg menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, hal ini tk perlulah nak dipolitikkan.
ReplyDeletepembangkang tidak perlulah menjadikan pekara ini sebagai isu. tidak salah jika rakyat berterima kasih kepada pihak kerajaan jika menjalankan tugas dengan baik.
ReplyDeletesaya anggap apa yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pelik dan cuba memesongkan sesuatu maksud baik seseorang. Saya rasa kenyataan yang betul ialah "RAKYAT BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN TETAPI BERSYUKUR KEPADA ALLAH"...
ReplyDeletehak ini tak pelru nak dijadikan isu, kita seharusnya berterima dgn bantuan yang diberikan kerajaan.
ReplyDeletekepada penulis artikel, jangan suka memanipulasikan sebarang perkataan dan maksud yang boleh menghuru harakan masyarakat!
ReplyDeleteApakah sumbangan pihak pembangkang?
ReplyDeleteWe should blame the people for causing this, instead of spitting to the party.
ReplyDeleteKita haruslah bersyukur dengan apa2x sumbangan yang diberi kerajaan.
ReplyDeleteKita wajib bersyukur kpd Allah atas segala limpah kurnia serta rahmat yg dberikn tapi apakah Allah melarang kita berterimakasih kpd org yg menolong kita..janganlah demi kepentingan politik sanggup memusnahkn budaya sopan & tata susila masyarakat kita, sanggupkh kita tengo nanti seorang anak melupakan kedua org tuanya hanya kerana beranggapan kerja mendidik & mengasuh sda semestinya tanggungjwb kedua org tua & rezeki dari ibu/bapa itu datang dari tuhan & yg layak terima ucapan terima kasih & disyukuri hanya tuhan.
ReplyDeleteSegala keberkatan adalah dari Tuhan Maha Kuasa. Kita bersyukur pada tuhan.
ReplyDeleteKita patut bersyukur pada kerajaan? Bersyukur pada YB( menteri)? Atau mereka yang patut bersyukur pada rakyat yang memilih mereka?
ReplyDeleteApa-apa pun agama tetap agama dan politik tetap politik dan tidak perlulah dicampur adukkan, apa yang penting ialah berterima kasih dan bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita miliki pada hari ini.
ReplyDeleteMereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!
ReplyDeleteJangan gunakan kenyataan ini untuk mendapat undi. Sebenernya rakyat sudah sedar dan yakin akan kepimpinan kerajaan hingga ke hari ini. Berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN dan bersyukur kepada Allah. Takkan benda macam ini pun boleh kufur....
Artikel ini bersifat tidak berpuas hati dengan kerajaan dan akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Harap benda2 macam ini dapat diketepikan dan lebih berfikiran positif.
ReplyDeleteBersyukur tu amalan yang mulia. Jadi amalkan lah selalu.
ReplyDeleteBetul tu Antanum. Dah orang ber mestilah kita rasa berterima kasih dan bersyukur seadanya kan.. Paling penting bersyukur kepada Tuhan kerana masih bernafas sehingga saat ini :)
ReplyDeleteSetuju ali asgar. hal mcm ni pun mahu diperbesarkan. alahai!!!
ReplyDeleteSemoga pembaca tidak terpedaya dengan bentuk penulisan yang seolah-oleh cuba memutar belitkan keadaan.
ReplyDeletekalau telah diberikan bantuan, tidak salah mengucapkan terima kasih..
ReplyDeletebagaimana pula dengan rakyat di negeri2 di bawah kerajaan PR?
ReplyDeletememang seolah-olah memutar belitkan keadaan...rakyat diharap tidak terkeliru dengan artikel atau penulisan seperti ini..
ReplyDeletenampaknya pembangkang sekarang berada dalam keadaan terdesak dan kehabisan isu untuk menyerang kerajaan sehingga sanggup menghasut rakyat supaya jangan bersyukur dan berterima kasih. itukah amalan murni dan contoh yang diamalkan oleh pembangkang?? jangan buang masa kerana negeri2 jajahan PR lebih memerlukan perhatian.
ReplyDeleteTidak baik mencampur aduk agama dengan politik.
ReplyDeleteDamn funny. Which party is good to be true?
ReplyDeleteTiada parti yang sempurna di dunia ini. Namun setiap kekurangan harus diterima dengan hati terbuka.
ReplyDeleteYang penting kita jangan lupakan Tuhan. Syukur kita pada Tuhan sentiasa.
ReplyDeleteKarut punya cerita. Rakyat yang beri mandat pada mereka mengurus negara, kenapa pula kita kena bersyukur pada mereka?
ReplyDeleteOrang ramai jangan mudah dihasut oleh kata-kata ahli politik. Mereka patut bersyukur pada kita yang mengundi mereka sebagai yb.
ReplyDeletePoliticians are seeking benefits so it won't be a surprise if most of the people have been neglected. Despite sweet promises and vows, all are bs.
ReplyDeleteThe people should vote for the best. That's the point now.
ReplyDeleteMahu bersyukur dengan pihak yang mana, ini terpulang dengan setiap individu.
ReplyDeleteLets votes for the best.
ReplyDeleteLet the people vote for team they want to vote. Don't brainwash them.
ReplyDelete