SETELAH hampir sebulan ‘Detailed Environment Impact Assessment’ (DEIA) yang diumumkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak pembinaan janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300MW di Lahad Datu, namun sehingga ke hari ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak menunjukkan kesungguhan dalam mencari alternatif yang lain dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah terutamanya di kawasan timur seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Lebih mendukacitakan adalah pihak Lahad Datu Energy Sdn Bhd diminta supaya membuat rayuan terhadap pengumuman laporan yang dikeluarkan oleh JAS berkenaan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa SESB tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan kepentingan SESB dikuasai oleh TNB sebanyak 80%, dan TNB sanggup berbuat apa termasuklah membuat rayuan sungguhpun laporan berkenaan dianggap mereka sebagai laporan yang tidak muktamad dan mampu untuk dirayu.
Untuk pengetahuan umum, TNB merupakan sebuah anak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang mana bertapak di Semenanjung Malaysia.
Perlu diingat, bahawa gangguan bekalan elektrik yang terdapat di Sabah terutamanya di Sandakan masih berada di tahap yang membimbangkan. Pihak ahli politik di Sandakan, terutamanya mereka yang kononnya mengutamakan dan melaungkan untuk membantu penduduk Sandakan dalam apa jua konteks, hanya menaburkan janji-janji kosong. Ini adalah kerana bekalan elektrik, air dan kemudahan infrastruktur merupakan isu utama yang masih membelenggu penduduk di Sabah terutamanya di Sandakan.
Adakah TNB sedar bahawa masalah bekalan elektrik yang membelenggu Sandakan masih di tahap yang serius? Sungguhpun janakuasa terpakai yang diletakkan di Sandakan dan Tawau, yang kononnya mampu mengurangkan masalah kekurangan bekalan elektrik, namun pernahkah TNB yang telah mengaut keuntungan sebanyak 80% turun padang untuk meninjau keadaan yang berlaku di Sandakan ini?
Sepanjang sambutan Hari Raya sejak 10 September 2010, kejadian gangguan bekalan elektrik masih menjadi igauan ngeri kepada penduduk Sandakan. Antaranya adalah seorang kakitangan kerajaan yang menetap di Batu 6 yang sedang menyediakan makanan untuk sambutan Hari Raya pada malam pertama, berhadapan dengan gangguan pada pukul 10.30 malam.
Selain itu juga, seorang pengadu yang menetap di Batu 4, mengadu tentang masalah gangguan berlaku pada pukul 9 malam Hari Raya yang kedua dan ketiga. Bukan itu sahaja, seorang guru yang menetap di Taman Grandview, melaporkan bahawa gangguan berlaku kira-kira jam 9 pagi dan ini tidak memberi keselesaan kepada rakan dan saudara yang berkunjung ke rumah guru tersebut.
Untuk yang demikian, adakah TNB sedar bahawa SESB melalui laman sesawangnya www.sesb.com.my telah menyenaraikan kawasan atau daerah yang akan mengalami gangguan bekalan elektrik setiap hari?
Di dalam negeri manakah di Malaysia yang berhadapan dengan masalah yang seumpana ini yang begitu teruk dan tidak terkata lagi seperti yang dihadapi oleh penduduk di Sabah ini?
Para pembaca bolehlah melayari laman sesawang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan gangguan tersebut supaya dapat bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya semasa hendak membuat sesuatu persiapan yang penting dan mustahak.
Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)
Thursday, September 16, 2010
BILA SANDIWARA SESB AKAN BERHENTI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam TNB. proses mencadangkan tenaga elektrik di Sabah memerlukan masa yang lama seperti mana yang berlaku ketika proses cadangan logi arang batu. kita tidak boleh menilai bahawa TNB tidak mempunyai kesungguhan dan meletakkan tempoh 1 bulan untuk menyelesaikan masalah ini. semua orang memerlukan tenaga elektrik sebagai keperluan harian tapi cuba lebih bertolak ansur dan minta penjelasan terus dari TNB. apa2pun, saya harap pihak SESB dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah2 yang dihadapi oleh pengadu.. itu adalah tanggungjawab SESB bagi memastikan kualiti perkhidmatan mereka sentiasa berada ditahap yang memuaskan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBukan mudah untuk mencadangkan sesuatu tenaga elektrik yang baru, kerana ini mengkut tempat dan juga persetujuan dari pihak berkuasa. Maka mungkin TNB tengah mencari cara apa yang sesuai untuk pembinaan tenaga elektrik bagi menangani masalah ini.
ReplyDeleteharap masalah yang berlaku dapat diatasi. ini adalah demi keperluan pengguna.
ReplyDeleteSESB should explain it all. There is pointless to keep everything by themselves. It will cause more problems.
ReplyDeletecadangan penjanaan loji arang batu tidak diterima, bukan mudah bagi sesb untuk mencari kaedah baru, bagaimanapun, SESB akan berusaha juga untuk menyelesaikan masalah elekstirk yang berlaku di Sabah. kita beri peluang kepada SESB mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteSESB sepatutnya mencari penjana kuasa alternatif yang lain selepas penjana kuasa arang batu itu ditolak.
ReplyDeleteMemang ada banyak lagi cara seperti contoh kaedah kincir angin, cuma mungkin kajian sedang dijalankan tetapi belum sempat untuk desebarkan kepada umum. Saya yakin kerajaan tidak akan menghampakan rakyatnya.
ReplyDeleteExplanation from SESB is required. Whatever the problem, solve it.
ReplyDeleteApa yang kita inginkan ialah masalah kekurangan bekalan elektrik ini akan dapat diselesaikan dikawasan sandakan, lahad datu dan tawau. TNB haruslah mencari cara lain untuk mengatasi masalah ini.
ReplyDeletemmg byk lagi kaedah lain boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di sabah, tp SESB memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kaedah apa yang paling sesuai. harap SESB akan mengambil kaedah alternatif yang benar2 sesuai.
ReplyDeleteSandiwara ini akan terus menghantui jika tiada pihak yang bersuara.
ReplyDeleteuntuk mencari kaedah yang sesuai mungkin memerlukan sedikit masa. harap masalah bekalan elektrik ini dapat diatasi.
ReplyDeleteKos pembinaan loji arang batu sebelum ini dianggarkan berjumlah RM1.7 billion. Terus terang loji arang batu mmg tidak relevan dengan negeri kita yang berusaha sedaya upaya dalam menjaga persekitaran semulajadi.
ReplyDeleteSabah dari segi geologi adalah berbeza daripada keadaan geologi di Semenanjung. Mungkin itulah sebab mengapa TNB mengambil jalan mudah dengan proposal membina loji arang batu padahal di Terengganu tidak lama lagi projek pembinaan hidroelektrik pula akan dimulakan. Pihak TNB harus mengemukakan proposal terbaru, yang lebih peka terhadap persekitaran.
ReplyDeleteSESB cuba memeikirkan sesuatu yang baru lagi setelah pembinaan tenaga elektrik pembakaran arang batu tidak diluluskan. Ini bukan mudah untuk mencari idea yang sesuai untuk pembinaan tenaga baru yang sesaui ditempat tersebut.
ReplyDeleteKesukaran ini amat tidak disenangi oleh warga L Datu, Sandakan dan Tawau. SESB harus mencari jalan menamatkan mimpu ngeri ini supaya imej kerajaan tidak terjejas.
ReplyDeleteSudah lama kerajaan mengabaikan masalah ini. langkah mesti diambil sebelum terlambat. Janga sampai kegeraman ini dilepaskan dengan undi dalam pilihan raya.
ReplyDeleteAda kemungkinan penjana kuasa arang batu ini akan ditolak buat selama-lamanya. SESB sepatutnya ada Pelan kedua untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di Sabah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSektor ekonomi terjejas teruk akibat bekalan elektrik yang tidak mencukupi dan tidak menentu.
ReplyDeleteJika Sabah berhasrat mencapai pembangunan yang lebih pesat, masalah ini perlu ditangani segera tetapai jangan gunakan cara yang memudaratkan masa depan alam sekitar kita.
Sandakan bakal maju tidak kira apa pun cara! cuma bagaimana Sandakan hendak maju jika ia tiada kemudahan asas air dan elektrik dan infrastruktur yang mantap?
ReplyDeletecadangkan kepada kerajaan bagaimana nak menyediakan keperluan tenaga elektrik mencukupi di kawasan Pantai Timur Sabah? ada alternatif lain nak bantu penduduk di sana? kadangkala, sesuatu yang berharga terpaksa dikorbankan demi untuk membantu lebih ramai yang memerlukan....dan semua orang kenalah terima kenyataan dan mungkin loji arang batu adalah jawapannya!
ReplyDeletebantu kawasan pantai timur untuk majukan kawasan...
ReplyDeletePlease, solve your internal problems before stepping out the zone.
ReplyDeleteDiharapakan SESB akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di negeri Sabah.
ReplyDeletePihak yang berwajib disarankan menjalankan audit bagi mengenal pasti punca masalah yang sering menghantui para pengguna elektrik di Sabah. Mereka seharusnya peka dengan segala kritikan dan aduan diterima. Itu bukan bermaksud merendah2kan kemampuan mereka tapi untuk meningkatkan lagi prestasi kerja mereka.
ReplyDeleteThey should look into the problem instead of seeking things in the problem.
ReplyDeleteMasalah asas ialah tiada dana yang mencukupi untuk membina loji yang mencukupi.
ReplyDeleteBayangkan sepuluh baldi dengan hanya 7 penutup.
SESB dalam keadaan serba salah. Mungkin SESB ingin memperbaiki situasi ini sayang tidak dapat dibuat kerana bekalan letrik yang tidak mencukupi.
ReplyDeletepenyelesaian tidak sukar sekiranya kerajaan bertekad berbuat demikian.
ReplyDelete