SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Sabah (SPRM) hanya seperti ayam jantan yang koko berderai-derai tetapi buntut penuh tahi berhubung pendedahan SPRM yang hanya menerima 251 kes bagi Januari sehingga Ogos 2010.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah SPRM Sabah, Haji Jalil Jaafar yang memaklumkan bahawa kes rasuah di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 0.04 peratus.
“Saya tidak tahu sama ada Pengarah SPRM hanya menghabiskan masa di Pejabat atau memantau siasatan kes kerana beliau mengakui SPRM hanya membuka sembilan fail siasatan kes bagi tempoh lapan bulan lalu, iaitu daripada 251 kes yang dilaporkan, namun tidak ada tangkapan dibuat. Macam mana mereka kerja saya pun tidak tahu,” kata Zainuddin yang mendakwa membuat lebih lima laporan berhubung rasuah dan salahguna kuasa, namun tidak ada sebarang tindakan tiambil.
Lebih memalukan kata Zainuddin, Jalil membuat kenyataan tersebut selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Kerajaan Negeri, di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman; yang didakwa sebagai tokoh paling banyak melakukan kes rasuah dan salahguna kuasa namun enggan disiasat SPRM walaupun berkoyan laporan dibuat.
Zainuddin menekankan, pihaknya ada membuat laporan rasmi berhubung kegiatan kuari haram di Lahad Datu yang dilindungi Ahli Parlimen dan Adun Lahad Datu sejak lebih 20 tahun lalu, namun SPRM hanya menutup mata mereka sekalipun Jabatan Alam Sekitar menolak EIA yang disediakan dan syarikat berkenaan telah menceroboh hutan simpan.
“Kenapa Fordeco begitu kebal daripada tindakan SPRM? Kalau satu hari tidak apa, tapi kes ini sudah lebih 20 tahun sehingga penduduk Kampung Silam menggelar SPRM berkepala batu kerana enggan mengambil tindakan terhadap pemilik kuari berkenaan; yang bukan sahaja mencemar alam sekitar, malah membiayai semua kegiatan haram di Lahad Datu dan Kinabatangan,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Pengarah SPRM Sabah digantikan dengan pegawai yang lebih proaktif untuk memerangi rasuah di Sabah.
Kes kuari di Keningau yang kononnya diserbu SPRM dibuka semula malah lebih bermaharaja lela daripada sebelumnya dan Kuari Fordeco di Kampung Silam, Lahad Datu belum pernah disentuh pihak berkuasa.
Oleh: QUADRA ESMAIL (sabahkini)
Saturday, September 25, 2010
SPRM SABAH SEPERTI AYAM JANTAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa lagi yang harus rakyat Sabah harapkan untuk melakukan penyiasatan jikalau bukan SPRM Sabah sendiri?
ReplyDeleteSPRM perlu menjalankan tugas mereka dgn telus, jgn biarkan rasuah berleluasa di negara kita.
ReplyDeleteDiharapkan SPRM meningkatkan usaha dalam membanteras rasuah.
ReplyDeleteKita tidak pasti bagaimana prosuder SPRM. Tapi siasatan dibuat bukti tidak kiat untuk menuduh adalah mungkin penyebab banyak kes tidak dapat diselesaikan.
ReplyDeleteNampaknya rasuah semakin berleluasa di negara kita. SPRM harus berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah. Janganlah mengabaikan tanggungjawab kamu!
ReplyDeleteSPRM mempunyai bidang kuasa dan prosedur mereka. apa pun semoga SPRM dapat membenteras setiap masalah rasuah yang berlaku.
ReplyDeletekes rasuah bukan senang untuk diselesaikan..
ReplyDeleteDiharapkan SPRM sendiri tidak menerima sebarang rasuah oleh mana2x pihak. Buatlah apa yang patut untuk membanteras rasuah.
ReplyDeleteada alternatif lain yang boleh digunakan bagi memaksa kertas siasatan dibuka..antaranya adalah melalui media..TV3 ada satu program yang dinamakan Aduan Rakyat..masalah ini boleh diisukan melalui media yang dilihat selama ini memberikan 'feedback' positif dari pihak berkenaan..
ReplyDeletePerkara ini perlu di bersihkan dengan segera kerana ini menjejaskan nama baik serta merta mengheret ketidak cekapan mereka bertugas!!
ReplyDeleteSPRM harus menjalankan tugas mereka dengan lebih telus dan bertanggungjawab..251 kes bukannya sikit..ini sedikit sebanyak mencemarkan imej kita..
ReplyDeletejika dakwaan ini datangnya dari mulut politicians maka kebenarannya payah untuk dipercayai kerana politicians suka mempolitikkan sesuatu isu untuk kepentingan politik sendiri..seharusnya penduduk di kawasan terbabit yang diwawancara..kerana yang merasa kesannya secara langsung adalah penduduk setempat dan bukannya politicians yang bukan penduduk setempat..
ReplyDeleteapa pun, biarlah SPRM menjalankan tugas mereka..ketua pemuda pkr memang tidak tahu apa kerja SPRM kerana beliau sendiri bukannya anggota SPRM..oleh itu segala siasatan SPRM adalah sulit..beliau hanya tahu pada luarannya, demikian juga dengan saya..apa pun, selamat maju jaya kepada SPRM.
ReplyDeleterasanya sprm wajar tampil buat penjelasan bagi menjawab persoalan2 yang ditimbulkan oleh Angkatan Muda PKR Sabah ini..
ReplyDeleteIni ada pihak yang terang-terang mengutuk kelembabpan SPRM berhubung beberapa kes menyalah guna kuasa.
ReplyDeleteBenar atau tidak tuduhan ini, SPRM wajar berdepan memberi penjelasan.
SPRM tidak patut berdiam diri dengan kutukan dibuat terhadapnya.
ReplyDeleteBenar kata Maxi shenzi. Jika tuduhan itu tidak berasas, ambil tindakan terhadap pencipta bohong ini.
ReplyDeletehahahhaa, mesti penulisnya ni suka sabung ayam. hahhahaha
ReplyDeleteKalau semua pihak mahi dicuragai, jadi di amnalah rakyat mahu bergantung lagi???? Jadi kita sepatutnya menyakini mereka dan bukan asyik mencurigai kredibiliti SPRM!
ReplyDeleteTak dinafikan mungkin SPRM pun ada kelemahan juga, tapi tak bermakna mereka tak boleh diyakini. So biarkanlah SPRM jalankan t/jawab mereka sebaik mungkin.
ReplyDeleteSaya harap hal ni diberi perhatian serius. Jika tuduhan tu tak berasas, sprm harus jelaskan keadaan dan buat apa yang patut bagi mengelakkan rakyat salah faham terhadap kredebiliti mereka.
ReplyDeleteApapun saya harap rasuah dapat dihapuskan!!
ReplyDeleteSuruhanjaya Penambahan Rasuah Malaysia ... SPRM
ReplyDeleteSPRM punya sukalah,..siapa yg diorang tangkap,.diorang tangkaplah,..siapa yang diorang tidak tangkap..diorang tidak tangkaplah,..begutu saja bah SPRM itu,..
ReplyDeletememang patut Pengarah SPRM Sabah digantikan dengan pegawai yang lebih proaktif untuk memerangi rasuah di Sabah.
ReplyDeleteSPRM perlu menjalankan tugas sebaik mungkin.
ReplyDeleteThis is hard. We are not even in their shoes. We're trying to blame them for everything.
ReplyDeleteApa-apa pun, diharapkan SRPM akan meningkatkan usaha dan menunaikan tanggungjawab sebagai pembanteras rasuah.
ReplyDeleteSPRM haruslah lebih menyakinkan rakyat dengan penyelesaian banyak kes. Tapi ini sebaliknya berlaku, SPRM hanya menjalankan siasatan tapi tdak ada yang meraih hasil memuaskan. Harap SPRM lebih mengutamakan tugas yang telah diberikan.
ReplyDeleteMereka haruslah meningkatkan usaha supaya kekal relevan. Tugas mereka adalah membanteras rasuah, jika tidak dapat menunaikan tugas mereka, maka SPRM tidak lagi relevan. Selamat berjuang.
ReplyDeleteah la la...napa SPRM sabah begini? betul ka tidak o? apapun, diharapkan SPRM sabah dpt menjelaskan dan memantapkan lagi mutu perkhidmatan mereka.
ReplyDeleteadakah benar apa yg dirungkaikan oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah tersebut? andainya benar, betapa malunya SPRM Sabah. Walaubagaimanapun, SPRM Sabah hendaklah membuktikan yang tuduhan ini tidak benar sekali dan sesuatu perlu dilakukan demi menjaga nama baik SPRM Sabah.
ReplyDeleteTiada apa-apa yang boleh dicatat lagi kat sini. Diharapkan SPRM tingkatkan usaha lagi untuk mendapatkan balik keyakinan rakyat.
ReplyDelete